Monday, July 8, 2013

BISKUT FAMOUS AMOS lagi...


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..

Jom kita buat  untuk kunyah2... kalau rajin bolehlah buat comel2.. yg nak cepat macam saya .. boleh buat saiz gedabak... baru puas hati mengunyah...terima kasih mrnamie dan Naz ..

RESEPI BISKUT FAMOUS AMOS
(Sumber : MRNAMIE) 
(Boleh  juga rujuk  di SINI (Naz- Cute Oven, Small Kitchen)
Bahan-bahan ( 70-80 biji )
* 250g mentega
* 280g tepung gandum
* 10g serbuk koko
* 150g gula kastor
* ½ sudu kecil esen vanila
* ½ sudu kecil soda bikarbonat
* 2 sudu besar susu tepung
* 2 sudu besar tepung jagung
* 1 biji kuning telur
* 100g sebarang kekacang (walnut, badam, hazel, gajus, etc, yang dicincang)
* 100g coklat cip
* Secubit garam

Cara-cara
1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanila hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
3. Ayakkan tepung gandum, tepung jagung, susu tepung, soda bikarbonat, serbuk koko dan garam ke dalam bahan yang dipukul tadi.Kemudian kacau hingga rata.
4. Masukkan coklat cip dan cincangan kacang. Kacau rata.
5. Sudukan adunan di atas dulang pembakar. Bakar pada suhu 160°C selama 15-20 minit atau sehingga kekuningan.
6. Sejukkan biskut terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam balang kuih.



2 comments:

Cida de' Nuanza said...

rata2 dh start wat kukis.... ambik mood nak raya.. hihi

Sury Abil said...

Sekut yg semestinya femes amos..kalau sempat blh buat gak thn ni..:-)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin