Saturday, April 13, 2013

MUFFIN COKLAT

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..
Teringin nak makan muffin yg panas2.. merajinkan diri sebelum bersiap2 menghantar aimman ke INTEC minggu lepas.. Copypaste resepi dari dapur KNor Secubit Garam.. Terima kasih Yani tuan punya resepi asal...

MUFFIN COKLAT 
resipi : Yani

Bahan:
200g coklat masakan
70g mentega
2 biji telur
50g gula halus
60g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder

Cara:
Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" .
Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh (K.Nor letak 3/4 penuh cup)
Bakar selama 20 minit.
Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.



Award dari NaSya.. terima kasih Nasya atas ingatan.. smga persahabatan terus berkekalan..

5 comments:

Unknown said...

salam kak...

sedapnyer tgk mapin akk nih..campak 10 bijik kt sini...hihiih
gebussss...terliur tgk....

Amie said...

Sedapnya muffin... saya tak sabar makan muffin yang baru kuar oven he he ehhh sedap!

Hanim said...

Satu adunan ni dapat bape biji kak?

tun_telani said...

Salam kak zana.. elok gebu nmpk mapin akk nih.. mesti sedap kan.

Rohah said...

Muffin mnjadi pebret sy kak, kdg2 mengalahkn anak2 mkn..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin