Monday, October 20, 2008

Slice Cheese Cake

Dah selalu buat cheese cake ni.. mudah n yummy... TQ onigiri @myresepi ..lepas ni nak cuba marble'kan cheese cake ni mcm di dapur Alongroz tu..

Bahan-bahan:
4-5 keping slice cheese
200 ml susu segar
70 gram butter
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila


Cara-cara
1. Potong slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
2. Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.

3. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
4. Dalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
5. Campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata.
6. Glis acuan kek dan alaskan dengan kertas dan masukkan adunan kek.
7. Bakar pada suhu 170C- 20 minit dan turunkan suhu 140 C - 40 minit,

(letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie)

2 comments:

Intan dan Shahrul Fitri said...

Salam kak Zana..

saya belum pernah buat cheese cake..teringin nak buat.. nmpak resepi mcm senang jek..ada masa,nak try la..

dZana said...

ada masa cuba lah intan.. tentu hb n anak2 suka..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin