Saturday, September 4, 2010

Biskut Dahlia

Yehhhhhhh.... panazzzz ... baru keluar oven...kalau maz dah berbalang2 mngodeh biskut, begitu juga nurindah .. alongroz n n dik ika bangkok kita tu.. ... saya baru ada kesempatan nak join aktiviti ini... terpandang biskut dahlia di dapur Cik Mat Gebu.. hati terus terpikat.. jatuh chenta... walaupun rupa biskut kita tak secantik Cik Mat punya.. tapi tetap rasa puas hati n harap2 rasanya juga akan memenuhi selera.. petang masa berbuka nnti baru dapat merasa... Saya minta izin CP rspi ni disini.. utk rujukan di masa depan.. TQ cik mat n Norazie RN kerana berkongsi resepi
Sumber : Dapur Tanpa Sempadan
BAHAN-BAHANNYA :-)

300 g mentega /saya guna SCS
160 g gula aising (mat guna 140 g)
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla (mat guna esen rose)/ saya guna copy paste.. saja suke2..
240 g tepung gandum*
100 g tepung jagung*
160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga kembang.
  2. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.
  3. Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit.
  4. Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

2 comments:

izahdaut said...

kak zana.lawo nye sekut neh...ramai tul buat sekut dahlia.....comel2 belaka

indahhouse said...

Salam Aidilfitri buat kak zana dan family.

Clap! clap! comelnya dahlia kat zana... :D
Sempat ajak anak2 mendahlia kak? penat nak tekan acuan tuh. saya aritu sakit bahu sebab buat berganda2 adunan. kihkih.

Kesempatan ni, saya mohon halal seme2 ya kak. Mohon ampun dan maaf kalu ada tersilap kata, terguris rasa sepanjang kita kenal ya kak. Moga Aidilfitri kali ni membawa sinar bahagia untuk kita smua.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin