Saturday, June 19, 2010

Homemade Cendol

kenapa nk buat sendiri... beli jer senang.. ayat biasa yang selalu saya dengar... sejak bergeng dengan blogger2 kaki masak ni.. semangat jadi lain.. walaupun semuanya boleh dibeli dengan mudah.. hati hati mcm rela nak buat sendiri.. jadi ke tak jd itu cerita lain.. penat ke tak penat pun cerita lain.. walaupun 'kejab ada, kejab takde' .. bila ada masa dapur2 kwan tetap kene geledah.. .. yang penting memang rasa puas n gembira bila yg 'dikerjakan' tu menjadi n dinikmati seisi keluarga.. kalau tak percaya.. cubalahhh...

petang semalam.. walaupun dlm keadaan berbisolddddddd.... hati ni tetap gigih nk buat cendol sendiri... nah.. ini hasilnya terimakasih untuk bdaria di Jurnal resepi bdaria kerana berkongsi rspi ini.. akak minta izin CP..
HOMEMADE CENDOL

Bahan-bahannya:-

1 1/4 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung gandum
1 sudu makan tepung jagung
1/4 tsp kapur makan + sedikit air= air kapur pekat
10-12 helai daun pandan
3 cawan air
secubit garam
(jika daun pandan anda tidak banyak, anda boleh guna pewarna hijau dan perasa pandan)

Cara-caranya:-
  1. Kisar daun pandan bersama 2 cawan air dan kemudian tapis ambil jusnya sahaja
  2. Masukkan semua jenis tepung, garam dan air kapur kedalam bekas dan masukkan jus pandan sedikit demi sedikit sehingga sebati dan kemudian masukkan baki air.
  3. Tapis bancuhan tepung supaya tidak berketul
  4. Masukkan kedalam kuali dan kacau sentiasa sehingga ia berkilat dan tidak melekat di permukaan kuali.
  5. Sediakan satu bekas yang berisi air biasa atau lebih elok air sejuk
  6. Masukkan bancuhan kedalam bekas berlubang dan kemudian tekan kedalam bekas berisi air ini. Buat sehingga habis.
  7. Biarkan ia menjadi betul2 keras didalam air tersebut.
  8. Jika hendak simpan pastikan cendol + air
cendol plus cincau ais...

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin