Showing posts with label Kentang. Show all posts
Showing posts with label Kentang. Show all posts

Wednesday, April 11, 2012

CHEZZY POTATO WEDGES

Assalamualaikum &  Salam Sejahtera...
Edisi menu sarapan di hari cuti.. sempena musim kentang berharga murah.. puas jugak lah mgadap kentang 5 kg tu.. sebelum ni  dah cuba juga crispy potato wedges di dapur ucubakery dan mamahawa  .. lepas ni mungkin ada bingka kentang, donat kentang, sherperd pie n apa2 aja yg berkentang  agaknya... kalau tidakpun mungkin boleh berimbun hijau kat sudut dapur tu.. kita tunggu dan lihat jer la..

Potato Wedges kali ni nampak cam ala2 makanan sihat sikit.. tak da goreng2.. (kes malas la ni)

CHEZZY POTATO WEDGES (BAKED)
( by: Inspirasiku)
Bahan2
5 biji kentang
garam
sedikit lada hitam
2 sudu besar butter
slice cheese

Cara2
1. Kupas kentang, potong wedges, rebus hingga empuk (masuk garam).
2. Toskan air, gaul dengan butter dan tabur  serbuk lada hitam.
3. Taburkan slice cheese dan bakar 15 minit (oven 160C)

Wednesday, February 2, 2011

POTATO WEDGES

Acara memanaskan dapur hari dimulakan dengan ... kentang goreng berpotongan wedges.. betul ke ni.. dan digayakan bersama jalapeno cheese yang di oder dari Ummi Cheezy House.. jom sarapan..
Potato Wedges My Style..
Bahan:
5 biji kentang kulit nipis saiz sederhana
sedikit garam
4 sb tepung gandum
sedikt serbuk kunyit dan garam
minyak untuk mengoreng

Cara2
1. Bersihkan kulit kentang... klau nk buang kulit pun boleh..
2. Potong bentuk baji
3. Rebus separuh masak n masukkan sedikit garam.
4. Buang air rebusan dan sejukkan
5. Bancuh tepung, garam, kunyit bersama air.. agak2 adunan tepung menyaluti kentang.. tak perlu pekat sangat.
5. Goreng dalam minyak yg banyak dengan api perlahan.. boleh guna 'deep fryer' .. saya tak da deep fryer.. so saya guna periuk kecil untuk mengoreng.. itulah deef fryer saya selama ini.. hihihi.. idea dari kawan2 jugak..

roti gulung sosej .. saya guna Cream Crakers Jacob yang dihancurkan untuk menyaluti roti gulung ni.. mudah jer kan.. resepi boleh tengok di SINI..
lepas goreng PW sambung goreng Roti Gulung Sosej...

Tuesday, August 4, 2009

Potato Wedges

Bekalan anak2 n ibu ke sekolah hari ini.. resepi noorsha....tq noorsha..

Saturday, April 18, 2009

Potato Wedges

kihkihkih.. satu lagi hasil hari ini.. untuk minum petang ...lagi byk keje lagi tinggilah nafsu tekak nih..mcm2 nak mkn... buat keje mghadap laptop.. sambil mnyelam minum air sikit2... faham2 jer lah..

wedges yang sedapp..TQ noorsha..berkongsi rspi.. rspi copy paste dari dapur noorsha

Bahan²
2 biji kentang - potong berbaji

2 sudu teh serbuk lada hitam berperisa AJISHIO ( tak letak...)
1 sudu teh serbuk cili
1 biji putih telur - dikocok
Tepung gandum secukupnya untuk salut
Garam

Cara²
1. kentang dibersihkan dengan air suam untuk buang kotoran dikulit. setelah bersih, potong berbaji. kulit kentang tak perlu dibuang.

2. Rebus kentang bersama sedikit garam hingga empuk.
3. Setelah empuk, angkat kentang dan toskan.Tunggu hingga agak suam² sedikit.
4. Selepas itu, satukan serbuk lada hitam dan serbuk cili di dalam plastik. Masukkan kentang tadi dan goncang² sehingga kedua² serbuk tadi bersalut dengan kentang.
5. Kocok telur putih, tak perlu sampai kembang. Masukkan kentang satu demi satu ke dalam telur kemudian salutkan pula dengan tepung sepenuhnya.
6. goreng dengan api perlahan hingga keemasan.
7. Hidangkan panas² bersama sos thousand island & mayonis..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin