Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Saturday, August 18, 2012

SALAM LEBARAN 1433H


Salam Lebaran, Maaf Zahir dan Batin kepada semua blogger GMM  andai ada terkasar bahasa atau yang menyakitkan hati selama kita berkawan di alam maya dan kepada semua  pengunjung yang sudi menjenguk blog , akhir kata hanya kemaafan yang dipinta..

Saturday, July 21, 2012

PAVLOVA n HAPPY BIRTHDAY ABANG!!

Asalamualaikum dan Salam Ramdhan buat semua... 
Pavlova yang tertangguh kejadiannya... membakarnya semalam sementara menunggu abang pulang ke Batu Pahat dari Shah Alam .. oleh kerana agak lewat abang sampai.. lepas solat marhgrib terus seisi keluarga bergegas ke SR  untuk makan2.. pavlova saya simpan dibekas kedap udara.. dah malam rasa tak larat pulak nk makan2.. hari ini kami berbuka puasa di kampung dengan mak n abah juga oteh berdessert  'pavlova'.. adik2 yang jauh 'diperantauan'  tu jgn cemburu  pulak yer.... hihihi

 19 Julai hari lahir abang yang ke 18.. semoga abang sentiasa dalam keberkatan, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki , dipermudahkan menerima pelajaran dan berjaya dalam pelajaran,berjaya dalam  kehidupan didunia n akhirat.. ameen..

 Resepi dari Dapur Tanpa Sempadan.. Terima kasih Cik Mat.. 

 PAVLOVA
BAHAN-BAHANNYA :-)
4 putih telur (mat guna telur gred A)
1 cawan gula halus (mat cedok keluar 2 camca teh)
1 camca besar tepung jagung
1 camca teh cuka makan
1 camca teh esen vanilla
3/4 cawan non-dairy whipping cream, putar hingga kembang
Buah2an segar seperti stroberi, kiwi, peach, anggur, blueberry, raspberry dan mangga
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, buat satu bulatan berukuran 9 inci pada kertas minyak. Kemudian terbalikkan kertas tadi dan alas kan pada loyang pembakar (gunakan bayang bulatan tadi sebagai ukuran pavlova nanti). Ketepikan.
  2. Putar putih telur hingga berbuih, guna kelajuan tinggi, masukkan gula halus sedikit demi sedikit hingga habis dan terus putar hingga menjadi meringue yang kental dan berkilat. Ayak tepung jagung, kacau rata dengan spatula. 
  3. Masukkan esen vanilla dan cuka makan, gaul rata. Tuang atas kertas minyak tadi dan bentukkan seperti lingkaran pada kertas tadi. Bentukkan bulat dan tinggi sedikit, tak perlu kemas2 sangat.
  4. Turun suhu oven pada 130C dan bakar pavlova selama 1 jam 20 minit, mat guna api atas dan bawah. Bila pavlova nampak pucat dan sedikit perang, matikan api oven, renggangkan sedikit pintunya dan biar pavlova sejuk sendiri dalam oven.
  5. Bila sejuk, berhati2, alihkan pavlova tadi ke dalam pinggan sesuai. Putar non-dairy whipping cream hingga kembang dan kental (pastikan ia sejuk). Kemudian tuang dan ratakan atas pavlova tadi. Hias dengan buah2 segar seperti dalam gambar, hidangkan dan simpan dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan...

Friday, July 20, 2012

SALAM RAMADHAN 1433H

Assalamualaikum& Salam Sejahtera.. selamat menjalani ibadah puasa kepada semua pengunjung Inspirasiku. Semoga ibadah kita tahun ini mendapat keberkatan.. 

Buat Aimman yang pertama kali berpuasa berjauhan dari keluarga, semoga terus diberi kekuatan .. ibu doakan semga dipermudahkan semasa menjalani ibadah puasa dan mengikuti pelajaran serta berjaya cemerlang dalam ujian/peperiksaan..amin

Niat Puasa Ramadhan (harian)

نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
maksudnya: Sahaja aku berpuasa esok hari pada bulan Ramadhan kerana Allah Taala.
 
Niat Puasa Ramadhan (sebulan)
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
maksudnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Doa berbuka puasa

اللهم لك صمت وبك امنت وعلى رزقك أفطرت
maksudnya: Ya Allah aku telah berpuasa untuk Engkau dan pada Kaulah aku mempercayainya dan aku membuka puasa dengan apa yang Engkau berikan.

Monday, February 6, 2012

di Kem Karisma PLKN Kuala Pilah...

Masih teringat2  dengan kehilangan 'style' rambutnya yang asal... hihihi .. 5 Feb di Kem PLKN Karisma.. kulit dah bertambah gelap.. muka pun cam dah tak berjaga.. aduhai anak ibu.. badan memang dah slim ..  dek kerana agak memilih makan dan kurang selera makan.. bersabar  yer anak ibu.. semoga anak ibu terus diberi kekuatan fizikal dan mental dan kesihatan yang baik  sepanjang mengikuti prgram ini.. ibu juga sama2 count down bila la nak abis plkn ni... huuuu

 makan2... join sekali anak kawan...


berkelah di kuala pilah...
Nasi tomato/ayam masak merah/sup ayam...
 Rich Oreo Choc Brownies
 lama dah tak buat keje angkut-mengangkut camni... puas n rasa seronok...

Friday, December 23, 2011

NASI LEMAK BERAS BASMATHI

Nasi lemak beras basmathi.. panjaggggg...
Assalamualaikum dan salam sejahtera...  

semakin hari semakin dekat waktunya...
27 Dis .. mesyuarat guru kali pertama 2012.. rasa hilang semangat nk meneruskan sesi persekolahan yg baru.. semuanya mcm sudah hilang... huuuu

29 Dis .. pendaftaran pelajar Ting 1 - 6 ... rasanya bertugas dikaunter Jualan peralaatan sekolah (Koperasi)

31 Dis .. Mesyuarat di SMK Pekan Baru, Muar, Johor
1 Jan 2012... huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... ibu sangat sedih.. abang ke PLKN Kuala Pilah.. 


(untuk ingatan saya : 1 mangkuk beras sukatan airnya 1 mangkuk + lebihkan sikit jer .. )

Friday, September 9, 2011

REUNION X5A3(1983) SMDS ..

1 September 2011(Khamis)
1983..
Sambutan Hari Raya & Majlis Perjumpaan Bekas Pelajar 5a3 1983 SMK Dato' Sulaiman, Pt Sulung telah berlansung di Balai Budaya Kg Separap pada hari raya ke 3 ( 1Sept 2011) jam 2.00 ptg . Selepas 28 tahun terpisah membawa haluan .. kami dapat berhimpun dalam suasana yang sangat meriah dengan kehadiran ahli keluarga masing2. Syukur Alhamdulillah .. perjalanan majlis yang telah dirancang sejak Januari dapat berjalan dengan lancar.. daripada 40 orang sekelas kini tinggal 38 orang ( 2 org rakan telah meninggal dunia) .. telah dapat dihubungi .. kepada semua 29 orang rakan-rakan bersama keluarga yg dapat hadir diucapkan terima kasih dan tahniah.. kepada yang tidak dapat hadir kerana komitmen lain diharap pada suatu masa kita akan berjumpa.. Tahniah juga untuk Nizam yang telah bertungkus lumus mengumpul dan tak jemu2 menghubungi rakan2 .. utk AJK yang lain Razif, Norman, Jamal, Azaraie juga diucapkan terima kasih begitu juga Nuraha.. Akhir sekali Terima kasih untuk bekas guru kami Cikgu Md Kamarudin bin Husin(yg dapat hadir) dan semua guru2 yg pernah mendidik kami serta JKKK kg Separap atas kerjasama yg diebrikan sepanjang majlis ini berlangsung.. Saya beserta AJK memohon ampun dan maaf sekiranya ada yang tak dapat dilayan n tersinggung hati sepanjang majlis ini berlangsung..
cabutan bertuah!! .. mmg btuah kau fadzil
jamuan.. makan time

rindunya pada kau org semua.. tak puas berjumpa n bersembang... InsyaAllah panjang umur.. jumpa lagi.. Semua gambar adalah Ihsan dari Waknin Zaihan.. Terima kasih Waknin..

Saturday, May 28, 2011

SURPRISE!!!!

Surprise 2!!!... kek belated birthday di kelas 6A4.. terima kasih kepada semua pelajar kesayangan saya di kelas ini.. semoga anda semua mendapat keputusan cemerlang dalam STPM 2011..
Surprise 1 !!!.. early celebration birthday on 18 May ... by 6A3... I love U all so muchhhh... saya doakan semoga semuanya juga mendapat kejayaan cemerlang dalam STPM 2011...
mmg diluar jangkaan.. semuanya berpakat ... menyerang ke rumah ... Wakenabeb...
aduhai.. bersusah payah mengusung kek..
sekelas 6A3.. minta maaf banyak2 yer .. tak da apa2 persediaan.. lainkali nnti saya jemput ke rumah.. pelajar2 yang sentiasa dalam ingatan saya.. siang n malam.. 'harapan saya semoga semuanya juga berkerja keras utk dapat A dalam ekonomi.. surprise ' all Apple' yg selalu saya termimpi2..... ( Pic oleh Shu Xian) TERIMA KASIH UNTUK SEMUA 6A3 N 6A4...

Monday, April 4, 2011

Mesyuarat Agong PIBG & Pelancaran Sambutan Jubli Emas SMKDBL

Apa yang di sibukkan.. kerja2 disebalik tabir JK Cenderahati bersama rakan2 guru dan pelajar yang membantu... rewang time !!!!.. menyediakan cenderahati untuk tetamu VVIP (Pengarah Pelajaran Ng Johor) membungkus goodies untuk tetamu VIP( Pegawai2 di Pejabat Pelajaran BP, Pengetua/Guru Besar, Bekas2 Pelajar & Guru) dan Ibubapa, pelajar cemerlang, pelajar2 pembantu dan guru2 sekiranya ada lebihan yer.. sian kita kan...
Antara tertamu VIP yang hadir ..
Mengedarkan beg2 cenderahati untuk ibubapa yang hadir mesyuarat PIBG sebagai kenangan...
Antara pelajar cemerlang STPM...
Majlis penyampaian sebahagian cenderahati untuk Tuan Pengarah sebagai kenangan... Kepada semua pelajar & guru yang telah membantu dan menyelesaikan tugas dengan jayanya diucapkan terima kasih.. (SEMUA GAMBAR DARI WEB SEKOLAH .. ampun cikgu Selvam)


Tuesday, February 22, 2011

KEPUTUSAN STPM 2010

(gambar : Ihsan mykampung.sinchew.com.)

Cerita semalam.. di SIN CHEW DAILY hari ini ... mungkin ada juga di akhbar lain.. cuma hari ni mmg rasa seronok walaupun tak boleh nak baca kerana mendapat liputan akbar berbahasa Cina .. akhbar berbahasa melayu mmg jarang kelihatan disini.. mungkin tiada menteri @ YB maka tiadalah kepentingan untuk membuat liputan.. fullstop zana .. hahaha.. Terima kasih Pn Lee kerana mengalih bahasa untuk kami..pada tahun ni SDBL mengekalkan pencapaian 100% untuk 3 th berturut2.. dengan 2 orang pelajar dari SDBL merupakan pelajar terbaik peringkat negeri Johor. Tahniah untuk semua pelajar ting 6 2010 serta semua warga pendidik di SDBL..
antara beberapa pelajar sastera yg mendapat keputusan cemerlang..
pelajar2 aliran sains yg mendapat keputusan cemerlang..

Monday, January 31, 2011

MEMOTONG!!!!

Hari ini saya ada acara memotong dan menjahit... harap2 sangat sebelum naik sekolah nanti siaplah baju kerja saya ni.. saya memang suke menjahit.. tpi masa jer yg tidak mengizinkan.. tapi bila rasa tak sabar nak memakai baju baru penyelesainya ialah kenalah menjahit sendiri... dalam pada itu ada 3 helai baju saya di tailor yg dihantar dari bulan Nov 2010 hingga skrg tak siap2... macam2 perasaan ada... huuuu

Monday, January 24, 2011

Cerita Semalam ..

Pagi2 ahad ber'ia'2 saya memasak soto.. siap jer memasak soto terus memasak Puding susu koktail ni.. tiba2 hilang pulak perasaan nak merakam pic semalam .. bila balik petang hari ini (isnin) selepas bermesyuarat di PPD.. tekak memang terasa nk makan yg sejuk2 maka ini sahaja yg tinggal...

Puding Susu Koktail
Bahan-bahan ( 1 loyang besar )
1 paket serbuk agar2 (11gm)
2 biji telur ..
4 cawan air
1/2 tin susu cair
1 cawan gula
2-3 sudu besar tepung kastad
1 tin fruit cocktail


Cara-cara
1. masak agar2 dengan air dan gula hingga larut.
2. pukul telur dan campurkan tepung kastad, kacau rata dan ketepikan.
3. bila campuran agar2 larut, masukkan susu cair. bila mendidih, masukkan campuran telur dan tepung kastad. masukkan fruit cocktal.
4. masukkan kedalam loyang atau acuan disukai. sejukkan dan hidangkan
.

buat lagi petang semalam (ahad)... TIRAMISU...
makan hari ini.. nasi ayam tasik Y...

Wednesday, January 5, 2011

SUPIRMOM

Tugas bermula jam 620 pagi... menghantar aimman ke high school kemudian adik ke TIGS.. tahun ni adik dah pun belajar di sek men.. sekejap jer masa berlalu.. kemudian menuju ke tempat bertugas.. lebihkurang jam 640 pagi.. walaupun sesi persekolahan bermula jam 720 pgi.. saya dah biasa datang awal ke sekolah... bersedia awal lebih baik kan... jam 330 ptg.. mengambil anak-anak n pulang ke rumah.. begitulah rutin seharian saya.. aduhai penatnya...

Thursday, December 30, 2010

Sate Rusa di Sate Makmur, Kluang Johor

Balik dari Mesing hari tu.. sempat singgah di warong sate sepupu yg berniaga di kawasan kg baru (klau tak silap yer) kluang.. en hb kata teringin nak makan sate rusa.. utk merasai kenikmatan sate ni.. saya mkn begitu sahaja tanpa kuah.. bagi saya mmg sedap.. coz tiada berlemak seperti sate lembu.

Tq Din n Salmi .. atas sate free hari tu.. hihihi.. smga perniagaan sate makmur semakin laris...

Wednesday, December 29, 2010

Kerja oh kerja...

Cuti panjang yg penuh dengan kerja... selepas balik bercuti dari langkawi.. saya banyak menghabiskan masa cuti di sekolah.. membuat buku perancangan dan takwim utk sekolah, 2 hari mesyuarat di muar, 5 hari packing peralatan alatulis bersama pembantu2 koop yg taat setia, disamping menyiapkan tugas dan amanah penting ... lastly menghadiri pelbagai mesyuarat di sekolah bermula 27 Disember 2010.. dan pendaftaran pelajar bermula 29 Dis hingga 1 Jan 2011... dan menunggu Isnin untuk proses pembelajaran murid dan pengajaran guru..... are u readyyyyyyyyy....

Tanjung Leman

25- 26 Disember bersama family sebelah hb berkonvoi ke tg leman.. menginap 1 malam di Tunjuk Laut Beach Resort..menempah 2 rumah saiz family dgn 2 bilik n ruang dapur.. RM 300/mlm.. keadaan rumah n servis agak kurang memuaskan.. apapun kami pasrah.. mungkin tidak ada 'lain kali' untuk ke sini...hehehe... dalam ke pasrahan.. tuan empunya blog ini pun terus hilang mood utk merakam kenangan manis disini.. saya dan en hb sempat ke jeti nelayan tg leman utk melihat n membeli ikan segar utk di bawa pulang..
Sebahagian keluarga en hb.. dalam perjalanan pulang sempat memenuhi hajat emak@mak atok ke Pantai Air Papan Mersing.. dapat melihat pemandangan sahaja.. kerana banyak bendera merah berkibaran di tepian pantai..
Breakfast timeee.. menu nasi goreng kg , sandwich sardin, air kopi o, n teh o... mmg berselera bila makan beramai2...

makan2 beselerak..
pemandangan di pantai tg leman...
emak @ mak atok yg membesarkan adik beradik en hb... (selepas kematian ayah n bonda mereka)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin