Thursday, June 3, 2010

Fruit Tartlet

Projek 2 hari lepas.. saja2 nak melayan tekak yg nak makan menda tak tentu arah ni..
Resepi doh pastri dari Rinnchan n krim kastard dari noreen...

Bahan-bahan:
Untuk doh pastri
250gm butter
80gm icing sugar
2 biji telur
440gm tepung gandum
1 teaspn esen vanila

*Resepi asal separuh drp resepi di atas, che'pah gandakan dapat 70 tart saiz medium

Kaedah penyediaan:
1. Satukan semua bahan dan uli sehingga menjadi doh.
2. Ambil sebahagian kecil doh dan tekankan dalam acuan tat. Sila rujuk gambar di atas.
3. Cucuk-cucuk pastri menggunakan garpu dan bakar doh pastri selama 8-10 minit atau sehingga separuh masak pada suhu 175 darjah cel.


Bahan2 krim kastard:
1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml (1 cawan) susu segar
1 biji telur
1 sudu besar mentega

Cara2.. satukan semua bahan kecuali mentega , masak atas api perlahan hingga pekat , matikan api n masukan mentega , kacau rata.


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin