Friday, October 17, 2014

VICTORIA SANDWICH CAKE



Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera

VSC yang sangat sedapp... dengan homemade strawberry compote..

Resepi VSC dari dapur Yatie  di Sinar Kehidupan terima kasih yatie.

VICTORIA SANDWICH CAKE
Sumber : Sinar Kehidupan
Bahan-Bahan:-
  • 250 gm butter
  • 250 gm gula castor - akak bubuh 200 gm gula castor
  • 220 gm tepung kek + 30 gm tepung jagung*
  • secubit garam*
  • 5 biji telor yg besar
  • 2 sudu besar golden syrup
  • 2 sudu teh esen vanila
  • Jem strawberry utk sapu pd kek - akak guna jem strawberry jenama"Smuckers"
Cara-Cara:
  1. Panaskan oven suhu 150C dan sediakan acuan kek 2 biji ukuran 8 inci yg dialas dgn kertas kek
  2. Ayak bahan bertanda *sehingga 3 kali supaya kek jadi gebu dan ketepikan.
  3. Putar butter,gula dan golden syrup hingga kembang dan gebu.
  4. Masukan telor satu persatu sambil diputar perlahan dan bubuh esen vanila.
  5. Masukan tepung dan kaup balik dengan senduk hingga sebati.
  6. Bahagikan adunan menjadi 2 bahagian dan ratakan kedalam 2 tin kek tadi dan bakar selama 30 minit.
  7. Sejukan kek dan sapu jem diatas sebiji kek dan lapiskan dgn sebiji lagi kek..kemudian tabur diatas kek dgn gula castor.


STRAWBERRY COMPOTE

Bahan- bahan

500 gm strawberry (bersihkan potong 2)
1/2 cwn gula + boleh lebihkan gula klau suka manis..
1 biji jus lemon
sedikit tepung jagung sebagai pemekat

Cara-cara.
1. Masukkan strawberry, gula dan jus lemon dalam periuk dan masak api perlahan.
2. Masak sehingga mendidih dan pekat. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau rata. 



Thursday, October 16, 2014

CREAM PUFF


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.... 
 Resepi CP dari My Mintroom tq Marsita.. 

Cream Puff
Sumber: Mas Dapur Mas 
Resepi Asal :  Anna Qawina

Bahan :
125 grm butter
1 cawan air (250ml) *boleh dicampur dengan susu segar jika mahu.
150 grm tepung gandum  *diayak bersama
1 sudu kecil baking powder - Mas tambah
*diayak bersama
1 sudu besar gula kastor - Mas tambah
*diayak bersama
secubit garam
*diayak bersama
4 biji telur
1 sdk esen vanila

Cara :
Satukan air dan butter dalam periuk, panaskan sehingga mendidih
Masukkan bahan2 kering yang di ayak.
Kacau cepat2 sehingga adunan tepung tak melekat didasar & sekeliling periuk.
Tutup api  dan masukkan ke dalam mixer.
Putar adunan tepung tadi dengan kelajuan sederhana, sehingga adunan menjadi suam.
Masukkan telur satu persatu, pecahkan telur, kocok2 dengan garfu kemudian masukkan ke dalam mixer, dah sebati baru pecahkan sebiji lagi telur dan teruskan sehinggan 4 biji telur.
Masukkan juga esen vanila.
Pukul adunan dari speed medium kepada high speed, sehingga daunan kelihatan berkilat dan pekat.
Alas loyang dengan butter @ paper @ alum.foil, paipkan atau sudukan adunan puff tadi mengikut saiz dan bentuk yang anda ingikan.
Buat sehingga habis, spray @ sapu atau renjis2kan puff dengan air supaya puff naik dengan cantik.
Bakar didalam oven dengan suhu 200'C selama 20 - 25 minit api atas bawah (bergantung kpd jenis oven anda dan juga saiz puff) (makin kecil puff makin pendek masa membakar)
"On" kipas oven jika ada.
Puff yang menjadi akan ringan dan berongga didalam, ketepikan untuk diisi dengan inti pilihan.
  
Resepi Filling Kastard
Sumber : Kak Ida & Tun Telani

Bahan2:
( Mas buat 2 1/2 adunan filling kastard tuk 1 adunan cream puff tu )

2 camca besar tepung kastard
2 camca besar gula kastor
1 1/3 cawan susu segar
30 gram mentega (kurang lebih 2 camca teh)
2 camca teh esen vanilla

Cara:
Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla.
Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat.
Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan.
*Kami suka resepi ni kalau untuk makan-makan kat rumah, lembut dan manis sedang2 aje.

Cara menyediakan Cream Puff
Gunting atau potong sedikit jangan putus puff tu.
paipkan inti kastard yang dah sejuk kedalam rongga puff
Tabur snow powder diatasnya.



Wednesday, October 15, 2014

GRILLED LAMB CHOP


Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera...

Makan2 yang dah berlalu...

Lamb chop secukupnya (beli yang telah siap berempah) dan panggang hingga masak..
Brown sause saya guna resepi di Dapur Mamasya .. mudah dan sedap rasanya.. tq mamasya.

Untuk Sos Perang ( brown sause ) @ Sos lada hitam 
Sumber : Dapur Mamasya.

1 labu bawang besar ( potong dadu) 
1 sudu besar mentega 
2 sudu besar tepung gandum ( ayak dulu takut macam-macam ada dalam tepung) 
1 liter air ( lebih kurang dalam 1 jag kecil )- letak tak sampai 1 liter dlm 2-3 gelas tengok kepekatan sos, tambah sikit2 air jika perlu 
3 sudu besar sos tiram 
1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos ) 
1 sudu makan sos tomato atau sos chili 
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus) 
1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu. 
Sedikit garam 

Cara membuatnya 
1. Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu. 
2. Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi. 
3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat. Boleh di angkat dan dihidangkan. 
* jika anda biasa guna kaedah white sos iaitu masak tepung gandum dalam mentega dulu baru masuk bahan-bahan lain boleh juga. Tapi saya lebih suka buat begini je sebab lebih senang. 
** Anda boleh juga tambah cendawan dalam tin yang sudah dipotong-potong jika anda mahu. 


Friday, October 10, 2014

NASI MANDHI


Assalamualaikum wbt... 
Apa khabar semua sahabat alam maya saya.. rupanya dah 5 bulan saya membiarkan ruang kesayangan ini ditinggalkan..  memang rasa berat hati sebenarnya nak menayang menu2 di sini bila terkenang sibujang yang jauh di sana... dah 7 bulan juga abang di perantauan demi pengajian.. sempat juga abang bertanya ketika pulang bercuti hari raya  baru ni 'kenapa ibu tak updated blog ibu ..' saya hanya senyum shj.. gelodak hati ibu hanya ibu-ibu yg tau kan... 

Saya kongsikan di sini menu nasi mandhi dari ILHAM DAPUR  maz yg juga jauh di Bahrain. Menu yang terus menjadi kegemaran keluarga nampaknya. Terima kasih Maz berkongsi resepi ini. 

Nasi Mandhi 
Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam (1kg berat) - cuci bersih dan tak perlu potong
  • 1 biji tomato - belah 4
  • 2 ulas bawang putih - ketuk
  • 1 labu bawang besar purple - belah 6
  • 1 sudu kecil serbuk rempah mix arabic
  • 2 helai daun bay
  • 1 inci halia - ketuk
  • 1 ketul kiub pati ayam
  • sedikit garam - jika perlu
Cara


1. Dalam periuk didikkan 1 liter air bersama semua bahan diatas kecuali ayam. Bila air dah mendidih baru masukkan ayam dan rebus sehingga ayam masak selama 30-35 minit.
 
2. Bila dan masak keluarkan ayam dan ketepikan dulu air rebusan tadi (jangan dibuang).
 
3. Dalam mangkuk kecil masukkan 1/2 sudu besar air rebusan, beberapa titik pewarna kuning, secubit rempah mix arabic dan 1-2 cubit garam, sebatikan dan dengan guna berus (berus utk berus telur atas biskut tu) dan sapu pada seluruh ayam tadi termasuk dicelah kepak dan paha.
 
4. Kemudian masukkan ayam dalam loyang dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan dulu dengan suhu 180C selama 40-45 minit.

Nasi

  • 2 cawan beras basmati - cuci bersih dan rendam 15-20 minit
  • 2 cawan air rebusan ayam @ ikut sukatan air beras masing-masing
  • 2 helai daun bay
  • 1/2 sudu kecil serbuk rempah mix arabic
  • 1 biji buah tomato - belah 6 *
  • 1 labu bawang besar purple - belah 6 *
  • 1 ulas bawang putih - tumbuk lumat
  • 1 inci halia - tumbuk lumat
  • 7 biji buah pelaga *
  • 7 kuntum bunga cengkih *
  • 1 batang kulit kayu manis *
  • 3 sudu besar minyak sapi
  • 3 sudu besar minyak sayur
  • beberapa titik pewarna kuning
  • sedikit garam - jika perlu
Cara


1. Dalam periuk (maz guna rice cooker terus) panaskan minyak sapi dan minyak sayur. Kemudian masukkan bahan tumbuk dan daun bay, tumis hingga wangi. Masukkan pula rempah mix arabic.
 
2. Masukkan semua bahan * dan masak hingga bawang dan tomato layu.
 
3. Kemudian masukkan air rebusan ayam secukupnya (dalam 2 cawan) dan tutup periuk biar mendidih. Bila dan mendidih masukkan beras yang telah ditoskan, kacau sebati dan tambah sedikit garam jika perlu. Tutup periuk nasi dan biar hingga nasi kering.
 
4. Bila nasi dah kering/hampir masak, titikkan beberapa titik pewarna kuning dan biar nasi masak sepenuhnya.
 
5. Bila nasi dan masak gemburkan sikit dengan garfu.
 
6. Sedia untuk dihidang dengan sup (air rebusan ayam) dan sambal tomato/sos

Sambal/Sos Tomato

  • 2 biji tomato ranum
  • 7-8 batang daun ketumbar
  • 1/2 labu bawang besar purple
  • sedikit garam
  • sedikit jus limau
Cara

1. Kisar semua bahan (rasanya tidak masin sangat dan masam sangat, sedap2 je, light gitu)





Saturday, May 3, 2014

FLOURLESS CHOC ALMONDTORTE


Assalamualakum dan selamat sejahtera...

Mencuba kek yg memang 'klas' rasanya.. resepi dr ezani masterchef msia.
klik sini

Flourless Choc Almond Torte / Torte Coklat BadamBahan-bahan kek:
100g mentega
140g coklat hitam
6 biji telur, diasingkan putih dan kuning
140g badam kisar/serbuk badam
85g gula castor

Bahan-bahan ganache coklat:
150g coklat hitam
150ml krim memasak/krim putar/whipping cream (BUKAN non-dairy whipped topping)



1. Panaskan ketuhar ke suhu 170 darjah C. Sediakan tin pembakar kek "springform" berukuran 20cm. Alaskan dasarnya dengan kertas pembakar dan sapukan mentega di seluruh bahagian dalam tin.
2. Untuk menyediakan kek, pecah-pecahkan coklat hitam dan cairkan bersama mentega di dalam mangkuk tahan panas yang diletakkan di atas air mereneh (double boil). Kacau sehingga sebati. Biarkan sejuk seketika (5 minit).
3. Masukkan kuning telur dan serbuk badam ke dalam campuran coklat dan kacau sehingga sebati.
4. Dalam mangkuk yang berasingan, pukul putih telur sehingga kembang sedikit (soft peak). Masukkan gula kastor dan pukul sehingga kembang sepenuhnya (stiff peak).
5. Campurkan sepertiga putih telur yang telah dipukul tadi ke dalam adunan coklat dan badam. Lebihan putih telur dikaup balikkan ke dalam adunan kek dengan perlahan-lahan.
6. Tuangkan adunan kek ke dalam tin pembakar dan bakar di dalam ketuhar selama 35-45 minit sehingga kek naik dan permukaan atasnya kering. Bahagian dalam akan masih basah lagi jika dicucuk dengan lidi, tetapi tidak mengapa. Keluarkan dari ketuhar dan biarkan sejuk. Jangan risau jika kek mendap dan merekah.
7. Keluarkan kek dari tin dan tanggalkan kertas pembakar. Letakkan kek di atas pinggan hidang.
8. Sediakan ganache. Potong coklat hitam dan masukkan ke dalam mangkuk.
9. Panaskan krim di dalam periuk kecil sehingga mendidih.
10. Tuangkan krim yang telah dipanaskan tadi ke atas coklat, biarkan selama 5 minit, kemudian kacau sehingga ganache licin dan berkilat.
11. Tuangkan ganache ke atas kek. 
12. Untuk menghias kek, lebihan ganache boleh disejukkan di dalam peti sejuk sehingga keras sedikit, kemudian pukul ganache dengan pemukul elektrik sehingga gebu dan bolehlah dipaipkan bentuk rosette di atas kek.


Friday, May 2, 2014

KEK PISANG WALNUT


Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
Saya tambah walnut..  anggaran 1 cwn...
Kek Pisang

Bahan bahan:
4 biji pisang emas - lecek (saya guna 5 biji)
1 cwn gula kaster
1 cwn minyak jagung
4 biji telur gred A (saya guna gred B)

Bahan ayak:
1 1/2 cwn tepung gandum
1 sk soda bicarbonat
1 sk baking powder

Bahan lain:
1 sb jus limau nipis (tak letak)
1sk esen vanila (guna vanilla extract)

Cara cara:
Panaskan oven pada suhu 170C. Lengser mentega pada loyang. Ketepikan. 
Putar gula, telur dan minyak dlm anggaran 3-5min @ hingga putih. Masukkan pisang dan kacau rata. 

Masukkan pula tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit. Kacau sebati dengan menggunakan spatula. 

Masukkan esen vanila, jus limau dan gaul sebati. Tuang dalam loyang dan bakar selama 40 -60 minit atau sehingga masak. 

Nota:
Apabila permukaan atas telah perang, saya kurangkan suhu ke 150C. Saya bakar selama 1 jam. 

Wednesday, April 30, 2014

BASIC BUTTERMILK SCONES


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

BASIC BUTTERMILK SCONES
(Taste.com)
 Ingredients
  • 2 cups self-raising flour
  • 1 tablespoon caster sugar
  • Pinch of salt
  • 60g butter, chilled, chopped
  • 3/4 cup buttermilk
  • Extra buttermilk, for brushing
  • Raspberry jam and whipped cream, to serve



 Method
  1. Preheat oven to 220°C/200°C fan-forced. Line a baking tray with baking paper. Position oven rack in the top half of oven.
  2. Step 2
    Sift flour, sugar and salt into a bowl. Add butter. Using fingertips, rub butter into flour mixture until mixture resembles fine breadcrumbs.
  3. Step 3
    Make a well in centre of mixture. Add buttermilk. Using a flat-bladed knife, stir until a sticky dough forms. Turn out onto a lightly floured surface. Knead gently until just smooth.
  4. Step 4
    Using a lightly floured rolling pin, gently roll dough out until 2cm thick. Using a 6cm round cutter, cut out scones. Press leftover dough together. Repeat to make 12 scones.
  5. Step 5
    Place scones, just touching, on prepared tray. Brush with buttermilk. Bake for 12 to 15 minutes or until golden and hollow when tapped on top. Serve with jam and cream.

Tuesday, April 29, 2014

BREAD BUTTER PUDDING


Assalamualaikum dan selamat sejahtera...
Suka guna resepi ni.. mmg sedap.. ditambah pulak dengan butterscoth yg meleleh2 tu.. menjamu rakan di bilik guru masa bila ntah.. sampai sudah terlupa..
Terima kasih Ita Rohaya Bakery dah tuan punya resepi Chef Asma

Butter Pudding  
Sumber : Kelas Puding Chef Asma
Bahan2 (A)
 10 keping roti(secukupnya lebihkan pun takpe)  
250g butter  
250g kismis
serbuk kulit kayu manis-secukupnya shj

(B) Filling kastard  
1 liter fresh milk  
200g gula castor  
10 biji telur  
1 tsp esen vanilla

Cara2nya:
1.Sapu acuan dgn butter & potong tepi roti(jgn di buang)  
2.Sapu roti ngan butter & susun roti dlm acuan.  
3.Setiap lapisan tabur kismis & serbuk kulit kayu manis  
4. Buat sehingga beberapa lapisan & tuangkan filling (bahan B).  
5.Letak butter pada lapisan terakhir dan biarkan adunan sebentar sehingga roti tu lembut.
6. Bakar suhu 160 C sehingga masak guna cara steambaked.

Cara2 buat filling:  
1.Campurkan kesemua bahan
2. Tuangkan keatas roti & biarkan roti lembut.

Vanilla Sauce  
Bahan2 (A)  
1 liter fresh milk
200g gula kastor  
1/2 tsp esen vanilla
(B)  
40g custard powder  
250ml air
Cara2nya:  
1. Panaskan baha(A) sehingga mendidih
2. Bancuh bahan (B) & campurkan ke dalam bahan (A)  
3. Masak sehingga pekat(jika terlalu pekat boleh dicampur air @ fresh milk sedikit)


Monday, April 28, 2014

CONGO BAR


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

CONGO BAR
(Sumber : Masam Manis)
Bahan-bahannya
315 gm tepung gandum
2 1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
150 gm butter
320 gm gula perang - boleh kurangkan
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
250 gm chocolate chips
1 cawan kacang pican atau apa2 kekacang - optional
Kepingan badam untuk taburan - optional




Cara-cara
Ayak tepung, baking powder dan garam dalam bekas besar dan ketepikan.
Dalam bekas lain campurkan gula perang bersama mentega dan kacau rata sehingga butter melarut.
Masukkan telur sebiji demi sebijik dan putar sebati.
Masukkan esen vanila.
Masukkan tepung , baking powder dan garam yang telah di ayak dan kacau rata. Akhir sekali masukkan chocolate chips dan kekacang dan gaul sempurna.
Tuangkan adunan kedalam tin pembakar ukuran 13 X 9 yang telah digris dgn butter dan dialas dgn kertas minyak.
Ratakan permukan adunan dan taburkan kepingan badam dan chocolate chips jika suka sebagai hiasan.
Bakar pada suhu 170C selama lebih kurang 30 minit atau sehingga permukaan atasnyer kuning keemasan. Jangan terlebih bakar.



Friday, April 25, 2014

ROTI SARANG LEBAH @BEE HIVES BUN


 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Saya copy paste resepi dari blog Izah Muffin Lover.. tq Lydia dan Izah..
Untuk penjimatan tenaga dan masa saya guna BM sahaja...

ROTI SARANG LEBAH @bee HIVES BUN
Resepi: Lydia Honey 

DOH✏️
2 cawan tepung gandum * izah campur tepung roti
1/2 Sudu teh dry yeast
1/4 Sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt, suhu bilik *yogurt tak de izah ganti buttermilk
¼ cawan minyak sun flower
1/2 cawan air suam +-

**Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch jika suka

Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
Dalam mangkuk adunan, campurkan, garam, tepung gsndum, baking powder dan kacau sebati.
Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.��
Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan. INGAT..cara ulinya jika tak ada BM adalah macam nak sental baju zaman dolu2 (zaman tak de washing machine basuh kain kat sungai), tolak tarik tolak tarik menggunakan penumbuk lagi bagus.
Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup like dalam oven atau microwave yang TAK di ON ok..��
Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginya
Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.
Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.
Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi. ��
Sementra menunggu doh naik ON kan over anda.. Setting 180-200C api atas bawah..(ikut oven anda gak ye..my oven suhu ni).
Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.
Time bako dalam 10-15 minit.
Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.
Sedia untuk dihidangkan.

NOTE:-
1) doh memang lembik.. Jsngan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nk bahagi2 doh kecik2.
2) No need perfect bulat sgt just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik.
3) Make sure oven benar2 panas supaya ia lembut bak cotton.
4) JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras
5) Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2.

BUTTERSCOTCH SAUCE
1/2 cup brown sugar bukan gula merah ok
1/2 cup whipping cream(kalau tak de boh jer susu cair)
A pinch of salt
1/2 tsp vanilla essence
25g butter

Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya.
Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.


NOTE:-
Make sure semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan.
Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat.. Berhati2, baik guna senduk jangan guna sudu takut malang tak berbau .

Saturday, April 5, 2014

2 APRIL 2014


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Syukur Alhamdulillah.
3 hari sudah anak ibu berada di bumi sakura ...
berlepas pada 2 april 1050 am  dan selamat mendarat  pada jam 715 pm..(waktu M'sia)
sunyi, hiba, rindu, bimbang dan macam2 rasa dibenak hati ibu..
Jutaan terima kasih kepada emak ,adik adik , ipar duai, saudara mara, sahabat sekerja, sahabat yang mengenali secara langsung atau  tidak,  yang tiada henti memberi doa serta sokongan moral.
Jutaan terima kasih juga buat semua pendidik di Tadika Alhuda, SMK Limpon 2, SMK Tinggi Batu Pahat, Cikgu Hashim, dan pensyarah2 di INTEC Shah Alam , juga penaja.
Semoga anak ibu dipermudahkan urusan pengajian, tabah mengharungi kehidupan di rantau orang, berjaya dalam pelajaran, kerjaya, kehidupan di dunia juga kehidupan di akhirat..aminn .. jangan tinggal solat ya abang..

mereka yang selalu bersama .. susah dan senang.. makndak n pakndak pulak tercicir..

2 intan payung ibu.. smga cita2 adik nak ke korea berjaya nanti... hari2 ambik mood running man..

Tuesday, March 18, 2014

TAKOYAKI


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Pray4MH370..

Takoyaki
Sumber : Ilhamusafir

Bahan2 Sos Takoyaki (boleh juga digunakan untuk Okonomiyaki)
1 cawan sos tomato
1 cawan worcestershire sos/tak letak..
2 cm halia ~ diparut halus
1 ulas bawang putih ~ diparut/tumbuk halus
¼ cawan gula

Cara2 Menyediakan Sos
Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan dimasak sehingga sos menjadi agak pekat.
Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam botol sos (yang biasa kita letak mayonis yang senang nak picit tu)
Nota dari Ilhamusafir: Untuk pengetahuan tuan tuan dan puan puan sos ni bertahan selama sebulan jika disimpan di dalam peti ais..

Bahan2 Batter Takoyaki
1 cawan tepung gandum
300 ml air (MaDiHaA tambah lagi 50 ml air) / saya guna 15o ml susu+ 150 air
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam..
1 biji telur
4 sb udang geragau (saya tambah )
Bahan2 Isian Takoyaki
Boleh dipelbagaikan isiannya walaupun Takoyaki merujuk kepada Octopus Ball.
Antara bahan2 yang sesuai ialah :
Tuna/Octopus/Isi Udang/Crab fillet (MaDiHaA guna isi udang & Crab fillet)
Daun bawang ~ dipotong halus
kubis - hiris halus

Bahan2 Taburan 
Serbuk ikan bilis (MaDiHaA tak letak)
Serbuk nori (seaweed)
Katsuoboshi.. (hirisan ikan bonito nipis macam kertas )

Cara2 Memasak Takoyaki
1. Bancuh semua bahan2 batter dengan menggunakan whisker sehingga sebati. Tuangkan ke dalam jug plastik yang sesuai. (supaya mudah nak menuang batter ke acuan nanti) Ketepikan sebentar.
2. Panaskan acuan takoyaki dengan api yang sederhana. Sapukan sedikit minyak masak dalam setiap lubang acuan. Bila acuan dah agak panas, tuangkan batter ke setiap lubang acuan sehingga penuh.
3. Masukkan bahan2 isian (samada isi udang/tuna/ octopus yg telah dipotong kecil/crab stick yg dipotong kecil). Kuantiti isian tu ikut suka.. kalau letak lebih lagi sedap! Kemudian taburkan dengan hirisan daun bawang diikuti dengan kobis yang telah dicincang (MaDiHaA suka sayur banyak!).


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin