Friday, January 16, 2009

Cuti Sakit...


Baru 2 minggu mula persekolahan dah KO.. hari ni sempat lagi dtg sekolah walaupun badan dah terasa seram sejuk.. sbb ada tugas yang perlu disiapkan.. balik dari sekolah terus ke klinik, ambil ubat n doc beri cuti sakit esok kerana esok( Sabtu )adalah hari persekolahan ganti sempena tahun baru cina.. nak masak mmg tak larat.. so mkn ubat n tido jer seharian..

Thursday, January 15, 2009

Hadiah dr HANA n ANAWAHID

Terima Kasihhh.. dik Ina@ hana n Anawahid .. siapalah saya tanpa geng2 cyber semua..sesama berkongsi cerita keluarga , perasaan suka, duka n gembira, pengalaman ngeri n indah, nasihat n pandangan, ilmu masakan n mcm2 ilmu yg berguna .. berkongsi stress kerja n stress tenet yg kkdg lemau giler.. semoga silaturrahim berpanjangan.. hadiah ini dipanjangkan kepada semua yang sudi singgah di sini..
Hadiah tambahan juga dari Anawahid...hamper tak de ke..

p/s.. dah mula buzy.. dpur pun tak brasapppp...badan pun rasa dah panas..cam nak demam.. kene ambik lebih Vit C ... betul ke doc ....uwaaaaaaa

Tuesday, January 13, 2009

Majlis Perpisahan Pn Hjh Faridah

Majlis Perpisahan Pn Hjh Faridah.. mantan PK .. Tahniah atas kenaikan pangkat sebagai Pengetua SMK Permata Jaya.. Seorang ketua yang hebat dan berdedikasi.. terasa benar kehilangannya.. Jutaan Terima Kasih atas segala bimbingan dan tunjuk ajar yang telah diberi, Jasa dan budi baik hjh akan dikenang hingga ke akhir hayat..

Juga perpisahan untuk gengbas skolah .. hudah..selamat bertugas di tempat baru.. geng 18x aku dah kurang sorang ni.. uwaaaaa...
Agenda biasa majlis.. makan2..

petang.. latihan rumah.. sempat gak lenggang mak limah kat padang.. 2 round u..hrp cairlah sikit kolestoral dlm badan ni...
hahahahah... selain toys yg ada di dpur, toys ini juga penting ye kawan2.. xtvt selingan semasa menonton tv..senangggg... pakai baju tido pun boleh buat..hehehehe.. masalahnya figure yg ku impikan..belum menjadi realiti..

Monday, January 12, 2009

Kek Span Coklat

Kek untuk HB... hehehe birthday on 13 Jan.. awal sehari.. coz bila dah skool mmg buzy.. tak apelah.. yang penting ingatan dan doa.. mendeco.. hahaha...panjang cete.. kelako pun ada..yg penting dpt pujian melangit dr anak n HB.. Resepi kek span dari tokeh n cikgu kek yang terer tu Sweetlily(SL).. TQ SL.. rspi 100% menjadi, boleh dipercayai n angkut semua..TQ again..
Cream cheese tu..hehehe..bior lah rahsia.. tragisss..kene berguru lagik.. hana jepon tolonggggg...
Bahan-bahan:

4 biji telur
120gm gula kaster
1 camb ovalette -(tak letak pun tak pe..)
80gm tepung gandum
1tsp baking powder
20gm serbuk koko
65gm minyak jagung atau minyak masak atau butter yg di cairkan

Cara membuatnya:

1. dalam satu adunan, telur, gula dan ovalette di putar menggunakan kelajuan maksimum berwarna putih seperti ini, bila di angkat adunan tak jatuh ke bawah.
2. Ayak tepung, baking powder, serbuk koko masuk dlm adunan..
3. Terus masuk minyak. putar perlahan hingga adunan b'gaul rata dan sebati ,tuang dalam loyang berukuran 8".
4. bakar pada suhu 170'c - selama lebih kurang 30 /40 minit

Saturday, January 10, 2009

Cinnamon Rolls

Dah lama tak meroti.. selalu mgusik si ana waheed n dah berjangkit kat sini.. inspirasi dr kak ina kl pas tu kuar pulak kat rumah masz.. telah ku realiti kan ari ini.. rspi tokeh MYR @ Yani.. TQ yani.. cuma tukarsikit fresh milk ke susu tepung jer..n filling tambah raisin.. lembut textur roti ni.. lainkali boleh buat lagik.. coz sedappp gilerrrr.. anak2 layan dgn chocolate hershey's..ibu malas nak buat cream ler...rspi angkut 100%.. ampun n TQ again yani..

Bahan2
300g tepung roti
50g butter
1 biji telur
50g gula halus
100ml fresh milk/air (suhu badan)(ganti susu tepung 5 sb)
8g dry yeast
1 sudu kecil garam

= Filling =
2-3 sudu kecil cinnamon powder (ikut suka )
60g gula perang
20g butter-suhu bilik

Cara buat roti:
1. Gaulkan butter dengan tepung sehingga jadi macam serbuk roti
2. Kemudian masukkan gula dan dry yeast. Kacau dengan sudu sehingga bergaul rata.
3. Masukkan pula garam, telur dan susu. Uli sehingga tak melekat ditangan atau sehingga licin.
4. Wrap dengan plastik/ kain lembab. Biarkan naik sehingga 1.5 kali ganda. Bila dah naik, buatkan bentuk bulat sekali lagi dan rehatkan selama 10 minit.
5. Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Ambik 1 bahagian dan canaikan lebih kurang 20x25cm. Letakkan bahan-bahan filling.
6. Kemudian gulung. Bahagikan pula kepada 4 bahagian kecil( lebih kurang 4 cm panjang). Ulang untuk doh yang sebahagian lagi.
7. Lapikkan roti dengan muffin cup. Biar naik 1.5 kali ganda lagi. Bakar dengan suhu 180C selama 15 minit.












Thursday, January 8, 2009

KUIH BAKAR PANDAN

Yesssss.. bakar pandan again.. dah lama tak buat last seblm puasa ari tuh.. ada nostalgia.. kuih ini lah yang telah memanjangkan silaturahimku hingga ke Jepun sana.. permulaan ku utk berblogger n mengenal kwn2 cyber yang hebat2 belaka.. TQ dik ina Hana Jepun tuh kerana mjadi motivator n telah menjadikan aku seorang penagih..... penagih blog.. sesibuk, sepenat or seminit pun, tetap mencuri masa mengintai blog-blog kauorang semua... rspi ni juga my first entry di Myresepi.. tak caya..hehehe.. boleh klik di sini. Resepi juga ada di sini..

KUIH BAKAR PANDAN
(Sumber Asal : Inspirasiku di MYR)
Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan air pandan
1 cawan santan1 cawan susu cair (sejat)
3 biji telur
Sedikit pewarna hijau
Sebagai hiasan- sedikit bijan jika suka

Cara-cara
Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan
Blender hingga sebati
Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan bahan tadi kedalamnya.
Taburkan bijan (jika suka)
Bakar 40 - 55 minit pada suhu 180c/ hingga masak / berkerak..

ps.. kalau tak suka manis gula tu boleh kurang 3/4 cwn jerk
kalau nak kurangkan bau 'keteluran' nye boleh boh sikit esen vanila..



Lot Korner yang sentiasa menjadi rebutan... boleh bergaduh beb.. uwaaaaaa...


Sempat ke jamahkan kengkwn kat skool pagi tadi.. ada kwn yg bawa bubur asyura n ole-ole dr kwn yang baru blik dari menunaikan haji...

Wednesday, January 7, 2009

Peria Goreng Tepung

Peria Goreng Tepung.. selalu msk peria dgn telur or msk lemak pedas..kali ni goreng tepung.. masih terasa kepahitannyer.. first time mkn peria ni di restoran Asam Manis .. n tak tau pun camna restoran tu msk..ini try n error je.. peria hiris nipis, bancuh tepung, bwg putih tumbuh, garam n air..agak2 boleh salut peria..n goreng hingga kekuningan.. jgn sampai geseng...

Tuesday, January 6, 2009

Ayam Masak Kicap

Malas betul nak msk hari ni.. bdn pun rasa letihhh.. klau beli lauk siap pun selalu sudahnya ke bakul sampah.. so goreng ayam n msk kicap mcm selalu jerk.. tadi dah singgah ke kedai nak beli sayur.. bila parking n tgok sisi kete..alamakkkk.. dah kene kissss.. tak sedo pun bila terkene tu.. ni msti berselesih kete di sek agama pesta tadi.. kat situ time 3.30 kete mak bapak mmg banyak n masing2 degil2 belaka termasuk lah yg kene kiss ni.. walaupun sikit tapi nak kene jwb gak dgn HB ni.. maklumlah 2nd darling dia... HB keje bawa kete kecik.. 1st darling bawa kete beso...jawab..jgn tak jwb ye.. abis mood nak beli sayor so balikkk..
ooooh lupa.. 2 ketul untuk alongroz yg dah lapo tuh.. n KL pun2 ketul gak..

Back to school....

Dah masuk hari ke 2 persekolahan tahun2009.. dah terasa penatnya.. kerja2 rutin perlu diteruskan.. selain ada co- bisnes.. part time job juga perlu dibereskan.. bersama penumpang depan.. anak dara kesayangan ku yang gebuss.. Syamira..tahun5
Penumpang belakang..anak bujang kesayangan ku yang cool.. n kkdg berangin.. Aimman.. Ting 3
Hari ni pindah ke kelas yang baru siap dibina.. tak da bekalan api.. CF pun tak pasti..hehehe.. jgn runtuh sudah...kerusi meja pun baru..
Ting 6 Atas 3
Hehehe.. soping..soping.. soping bawah meja... perniagaan haram di BG.. mcm2 adaaaa...

Kihkihkih... adussssssssss.. Tag yang tertangguh...perlu dibereskan dahulu... nak lipat kain 3 bakul sambil tgok news di TV...

Sunday, January 4, 2009

Muffin Epal

Muffin lagik.. untuk bekal anak2 esok.. inspirasi dr inahar's.. tapi masih menggunakan rspi dr dapur wani oleh kim marie..

Serves: 12
Preparation time: 15 minutes or less

Ingredients
220 g self-raising flour (1 1/2 cups campur 1 sudu serbuk kayu manis)
1/2 - 3/4 cup vegetable oil ( 1/2 cawan butter cair..)
3/4 cup buttermilk or regular milk (guna susu sejat...)
1/2 - 3/4 cup caster sugar1 egg, lightly beaten
1 teaspoon vanilla extract
150 g added flavours (frozen raspberries, dark/milk/white choc bits, grated apple, mashed banana) (...guna epal hijau potong kiub )

Method
1. Preheat oven to 180°C.
2. Grease muffin tins or use liners.
3. Mix all dry ingredients together and make a well.
4. Mix all wet ingredients together and pour into the well.
5. Add flavourings and mix well until just combined.
6. Place in tins and bake for 15-20 minutes or until lightly browned.



Kuey Teow Goreng

Makan malam...

Saturday, January 3, 2009

Kek Kukus Velvet Hawflakes again..

Ini saja yang dpt diselamatkan...buat smlm..dah byk kali buat n ramai yang dah mencuba.. klau nak tgok yang lebih cantik ada di dapur kak ummi kita tu..resepi kak fida di MYR.. dan dah entry di sini..

Air Bandung Laici

Air sirap, susu sejat secukup rasa, cincau n air laici n buah laici...
Tukang buat air...bersama air bandung laici.. selepas menonton iklan susu sejat di TV..

Bendi Goreng Berlada

makan tengahari... simple saja...silakan...

Asam Pedas Ikan Parang

My favorite.. anak2 n HB kureng sikit coz byk tulang...tak pe ibu mkn isi yg lain mkn kuah..hehehe..

Roti Daging..

Breakfast hari ni.. simple jer.. guna lebihan inti daging ari tu.. roti yang tak abis tpi lum expired.. sapu butter,sos, daging, hirisan tomato, tabur mozarela cheese n bakar api atas 5 -6 minit.. @ hingga cheese mencair... sedappp..

Aduhhh.. Penatnye...pendaftaran pelajar 1 jan...

Kesibukan di kaunter koperasi... hari tuh dah belanja mkn .. hari ni kene kerje lebih yerk.. ingat tuh..
Ibu bapa berbaris panjang menunggu penuh kesabaran.. 3 kaunter untuk ting 1 masih tidak mencukupi.. tahun depan kene tambah lagi.. rutin biasa di awal tahun persekolahan

'Saya yang menurut perintah ' dan 'Berkhidmat untuk Negara'

Ole-ole dari Hana

TQ Hana.. atas ingatan.. smpi ujung nyawa pun lum tentu dpt sampai nih.. tgok pic dulu...tengah kumpul duit ni.. tapi nak gi mekah ..hehehe..

Thursday, January 1, 2009

Simple Pizza

Request syamira pulak.. guna stok yg ada dalam esbox..inspirasi drp mat gebu n ubahsuai ikut apa yang ada .. TQ mat.. n rspi asal boleh dapat di sini

BAHAN DOH :
500 g tepung roti( guna tepung gandum...)
250 ml air suam
10 g yis segera
1 camca besar gula halus
1 camca teh garam halus
4 camca besar mentega
1 camca teh bread softerner
1 camca teh bread improver

BAHAN SOS:
1 biji bwg besar ,potong dadu
3 ulas bawang putih, hiris halus
1/2 biji tomato, potong dadu
5 sb sos tomato
5 sb sos cili
sedikit serbuk lada
sedikit piza seasoning
(tumis bwg putih, bwg merah hingga layu masuk yg lain2, kacau sebati hingga masak n tutup api)

BAHAN ISIAN :
2 biji tomato , hiris nipis
6 batang sosej ayamas, hiris bulat
10 kuntum cendawan butang, dihiris
1/2 biji red capsicum
1/2 biji green capsicum
Keju Mozarella secukupnya

CARA DOH :
1. Masukkan semua bahan untuk doh ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh.

UNTUK PIZZA :
1. Panaskan oven pada suhu 200C, lenser dulang pizza dengan sedikit mentega, bagi 2 doh, ambil satu bahagian, bulat2kan dan canai, alih doh ke dalam dulang tadi dan tekan supaya rata dan bulat.
2. Masukkan ke dalam oven dan bakar kosong selama 5 minit. Keluarkan dan sapu dengan sos dan tabur bahan2 inti ikut suka dan akhir sekali tabur parutan keju mozarella.
3. Bakar kembali selama 20 - 25 minit hingga keju cair dan roti pizza kelihatan kekuningan.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin