Thursday, August 2, 2012

SAMBAL SOTONG


Salam Ramdhan ke 13... menu berbuka yang dah terlepas... sotong potong bunga2 inspirasi dari dapur knor Secubit Garam... saya copypaste resepi sambal sotong dayang dari Dapurku sayang untuk sesiapa yang baru nak belajar membuat sambal sotong.. tq knor n dayang yang memberi inspirasi..

SAMBAL SOTONG
(Sumber : DapurKu sayang)
Bahan-bahan :


  • 10 ekor sotong sederhana (dibersihkan).../saya guna sotong besar..
  • 1 labu bawang besar (dikisar)
  • 3 biji bawang merah (dikisar)
  • 1 cm halia (dikisar)
  • 3-4 sudu besar cili kisar/cili giling
  • 1 inci belacan bakar (dikisar)
  • 1 labu bawang besar (dihiris)
  • sedikit air asam jawa
  • gula melaka
  • garam secukup rasa
Cara-cara 
  1. Gaul-gaulkan sotong dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Kemudian digoreng hingga masak/garing. Ketepikan.. saya ikut cara knor..
  2. Tinggalkan sedikit minyak menggoreng sotong tadi. Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili kisar hingga garing. Masukkan garam, gula dan bawang besar. Kacau lagi. 
  3. Akhir sekali masukkan sotong dan air asam jawa. Gaul-gaulkan sebati hingga kuahnya pekat. 
  4. Setelah masak, hidangkan bersama nasi putih atau nasi lemak. 
 CARA2 MEMOTONG SOTONG BERBUNGA
(Sumber: Secubit garam)
Cara:
Bersihkan sotong dan hiris selebar 1 in. Gunting/potong dgn pisau disatu bahagian (jgn sampai putus) hingga keliling sotong tadi. Buat hingga habis dan toskan.
Masukkan sotong kedalam kuali kecil dan panaskan dgn api sederhana.
Kacau2 dan biarkan sotong hingga setengah masak.
Tak perlu dimasukkan air kerana nanti sotong tu sendiri akan mengeluarkan airnya (airnya jgn dibuang)
Tutup api dan ketepikan. (jgn masak lama, cuma lebih kurang 2 minit jer)
untuk petua memasak sotong bolehlah jengah2 di blog knor secubit garam..

7 comments:

ijayuji said...

Salam kak! waahhhh! suke sambal sotong berbanding udang :D kitanya stok sotong sume besar2 tak sesuwai buat sambal gini, sbb tu kita bako ajerr sotong2 tu sume ehehe...

hazila said...

Kak Zana,
Dah start buat kuih raya? Buat banyak banyak ye...

Ayu said...

Assalam cikgu..sedapnya sambal sotong ni..buat munger2 lagilah berselera nak makan..mee hoon taucu kat bawah tu dah lama kita buat..aduhh..semuanya seap time siang2 nikan..bila dah berbuka..makannya sikit aje..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Salm, Kak. Sambalnya merah, sotong tu putih segar nampak, mesti sedap, tambah nasi kak... ;-))

Nur-nba said...

Salam.. Kak Dzana, macam2 tahu je Nur busy dengan fail ISO.. Isnin depan pemantauan SPSK.. Nak menangis rasanya sebab banyak lagi tak lengkap.. :(

Unknown said...

sedapnya tgk sambal sotong akak ni..my fav sambal ni:)

Yatie said...

Assalamualaikum KZana,
sambal sotong kegemaranku..menyelerakan sungguh..sedap ni kalau makan dngn nasi lemak...maunya bertambah nasi dan lauk..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin