Sunday, October 30, 2011

BAKED MACARONI

Habis sudah cuti2 Deepavali.. tak ke mana2 pun.. melayan aimman yang bakal menduduki peperiksaan SPM bertulis 14 Nov nanti .. dah lama nak buat baked pasta ni.. asyik tertangguh2 sehinggakan mozarella cheese yg dibeli hampir luput tarikh.. hari ni sempat jugak memenuhi permintaan syamira yg nakkan samosa lagi.. ini kira menu breakfast merangkap lunch yer .. guna resepi Dayang dari Dapurku Sayang.. Terima kasih dayang.. akk CP resepi utk dikongsi bersama .. untuk lihat hasil yang sangat cantik bolehlah jengok ke dapur dayang yer.. hasilnya tak cantik bila dipotong.. tentu ada silap dimana2 tu .. yg pasti sos putih akk ni mmg cukup2 jer... begitu juga sos pasta tu.. macam sikit pulak .. lain kali kene lebihkan .. akk punya berderai bila dipotong.. panas2 terus kene terkam.. tak sempat nk menyejuk.. anyway pasta camni mmg sedap mkn panas2.. tq again dayang!..


selepas dituang sos putih dan taburan mozarela cheese..
baru kuar oven.. best- best...

Baked Pasta

bahan-bahan : untuk 4-5 orang makan
  • 2 cawan makaroni + 1 cawan pasta spirals (direbus ala dente* dan toskan)
  • 150 g minced beef/chicken
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
  • 1 tin kecil puri tomato atau 1 botol kecil sos spagetti
  • sedikit sos cili
  • sedikit sos tomato
  • sedikit garam
  • 1 sudu besar mentega
Sos Putih :
  • 2 cawan susu segar
  • 1 sudu besar mentega
  • sedikit lada sulah
  • 2 sudu besar tepung gandum (dibancuh dengan sedikit air)
  • 1 slice cheesedale atau 30 g krim keju
  • sedikit garam dan gula
  • lain-lain : keju parut dan oregano
Cara-cara :

  1. Cairkan mentega di dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan daging/ayam cincang dan kacau hingga airnya kering.
  3. Barulah dimasukkan puri tomato atau sos spagetti. Gaulkan sebati. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, garam dan gula secukup rasa. Setelah kuahnya pekat. Tutupkan api.
  4. Satukan kuahnya dengan pasta tadi dan gaulkan hingga rata. Boleh juga letak mushroom jika suka.
  5. Sementara itu, untuk sos putih : Cairkan mentega di dalam kuali leper/periuk. Kemudian masukkan cheesedale atau krim keju. Kacau hingga cair. Barulah dituangkan susu segar. Masak hingga susu mendidih. Masukkan lada sulah, sedikit garam dan gula.
  6. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung dan kacau lagi hingga pekat. Tutupkan api.
  7. Sediakan bekas tahan panas atau loyang aluminium. Sapukan dengan mentega. Masukkan pasta tadi di dalamnya dan ratakan dengan sos putih.
  8. Taburkan keju parut dan oregano.
  9. Bakarlah selama 35-40 atau hingga keperangan dengan suhu 160C.

4 comments:

Amie said...

mmmmm....yummy! baunya sampai ke tempat Amie, sedapnya....cukuplah dapat sepotong, tapau ye Dzana...

Nuwairani said...

wah! sedapnya! bleh try jugak ni nanti...

Mamasya said...

Aslmkum cikgu Dzana....slmpun buat lagi baked pasta ni...sedap. sos putih sy lebihkan, lagi byk sos lagi sedap..

Nadz Nazharzan said...

Alamak kak Zana.. Mcm berjanji lak kita ni. Naz pun baru jer membakar makaroni adn cheese mlm tadi. Tak sempat lagi masukkan post. Dahlah bekas pembakar kita lebih kurang sama..hehehe..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin