Friday, August 12, 2011

KUIH BOM

Kuih paling ganazz... dijamin tidak meletop semasa mengoreng.. TQ alongroz atas kongsi2 resepi yang selamat ni.. hihihi.. minta izin CP resepi along disini..

Petikan dari blog Alongroz

Resipi dah ramai member blogger yg mencuba & berpuas hati sebab ianya tak meletup apabila di goreng (lebih selamat...!). Rasanya pula memang sedap sebab tak liat walaupun masih springy gitu (tak tau nak translate "springy"...hehe) dan rangup di luar....! Lagi satu keistimewaan resepi ni, kuih tetap solid molid, bulat jer tak penyet selepas di goreng.

KUIH BOM
By:
AlongRoz@HomeKreation
Bilangan: 12 biji
BAHAN2:
80g Keledek
- kukus & lecek
120g Tepung Pulut
20g Tepung Gandum
35g Gula Kastor
Secubit Garam
100ml Air
Biji Bijan
- utk salut
Inti Kelapa / Kacang Merah/Hijau

CARA2:
1. Campurkan kesemua bahan (kecuali bijan & inti) sehingga sebati menjadi doh lembut.
Bahagikan kpd 12 ketul.
Leperkan seketul doh, letak seketul inti, balut & bulatkan.
Golekkan ke atas biji bijan sehingga menyaluti seluruh permukaan bola kuih.
Ulang sehingga habis.

2. Goreng dgn minyak yg dalam sehingga garing.







7 comments:

HomeKreation said...

Salam Zana cayang... amacam sedap tak? Eh, mana ada ganaz... kuih ni baih tau, bukan gang terrorist....hehehe

Ina Mohamed said...

macam best jer kuih bom ni letak keledek. nak kena cuba jgk la satu hari nti.

Fiza Nordin said...

tebabommmm ehehee
sedap nampaknye...tp ntah bile nak try buat.... kena buat inti dulu pastu cari2 resipi yg menggunakan inti tu...klu tak, kesian kat inti tu dok beku dlm peti lelame hihihiii

Sheery Dream Cakes said...

sedapnya kuih bom... suka makan kuih nie .. sedap

Juwita Jamaludin said...

salam kak dzana.. sedapnya kuih bom ita tak pernah buat lagi.. ihihihi nak try la buat tapi takut orang kata waktu goreng kena hati2 ye

Amie said...

suka makan dan buat kuih bom ni, itulah yang menghairankan, namanya bomtapi tak pandai meletup!

izahdaut said...

TAK PERNHA SEUMUR HIDUP BUA KUIH NI. KALAU BELI PUN MESTI LIAT SEMACAM JE.. LEH LA TRY RESEPI NI PULAK.. BILA BACA TESTIMONI TU KAN, CAM TERLIURR JE.. HEHE

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin