Thursday, May 20, 2010

LABU SIRA

Jom makan labu.. satu lagi dessert lama yang sangat sedap..dah lama mencari rspi n ternmpk rspi ni di dapur nor64.. lengkap dengan langkah2 memasak... masak separuh dulu.. takut tak menjadi.. rupa2nya sekali hadap jer dah licin..esok nak masak lagi labu yang masih berbaki separuh tu...utk rspi ni saya letakkan gula setakat menutupi labu shj.... so manisnya pun manja2 shaja.. terima kasih kak ani n nor64 yer.. minta izin copy paste rspi di sini..






Bahan -bahan :

  • 1 biji labu besar ( cukup tua )
  • 1 kilo gula pasir
  • 10 helai daun pandan
  • 1 sb kapur sireh

Langkah membuat:

  1. Potong labu mengikut ira labu . Kulit tak perlu buang.
  2. Rendam dengan air kapur selama 1jam - 11/2 jam.
  3. Susun daun pandan di dasar periuk .
  4. Susun pula labu yang telah ditoskan . (Bertindih pun tak pe)
  5. Siram gula pasir di atas labu hingga labu tenggelam.(saya kurangkan gula)
  6. Masakkan di atas api dengan api yang perlahan .
  7. Masakkan hingga keluar bunga gula ( air gula berbuih dan pekat)
  8. Labu telah empuk ..tutup api.
  9. Sejukkan dalam peti sebelum di makan.
  10. Semasa hidang, siram labu dengan air gula yang bersira tadi.

Nota:

Sangat nyaman dalam cuaca yang panas. Pastikan gula cukup, kalau tidak rasa tawar . Mesti rendam dalam air kapur untuk mengelakkan labu pecah. Tidak perlu bubuh air masa memasaknya




3 comments:

HALAMANKU said...

mmm k.Zana cam best... memang senang yer?.. nak cuber he he.. rindunyer kat aka he he he...

nor64 said...

salam zana,

tahniah dah makan labu sira...camne senang dari buat kacang gorengkan ...hehehe...akak pun peminat labu tegar hihihiii

indahhouse said...

salam kak zana,
aiseh kak.. saya teringat labu kat dalam peti ais. pemberian FIL. aduh, buat sira, mmg habis kat saya sorang ni. ;)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin