
Siri menghabiskan tulang2 daging korban tempohari.. masak sup utara jer senang.. Malas pulak nak buat nasi impit.. so gantikan nasi impit dengan beehon.. gunakan resepi soto daging utara quinnie.. TQ
Quinnie
SOTO DAGING UTARA
Bahan2 sup
1 kg daging cincang
1 kg tulang
5 sudu besar rempah sup adabi
2 sudu besar rempah kurma
2 helai daun pandan disimpul
2 inci halia diketuk..ketuk bagi dia pecah2 skit je..tak mo hancur sgt
1 inci lengkuas*
2 serai*
1 bawang besar*
6 bawang putih* (bahan ni tak yah tumbuk..biar dlm bentuk asal )
1 kulit kayu manis
2 bunga lawang
5 buah pelaga
1 kiub ayam
1 sudu besar lada hitam- ditumbuk lumat
4 ketul kentang dipotong 8
garam
bahan sampingan
nasi impit/ bihun /mee/ kuetiau
bawang goreng
sambal kicap
sayur taugeh
daun sup dan daun bawang yg dihiris
Cara2
1. mula2 basuh bersih daging dan tulang. kemudian masukkan kedalam periuk...biar besar skit periuknya...lepas tu..masukkan air secukupnya...masukkan daun pandan yg disimpul...rempah sup dan rempah kurma....bawang besar..bawang putih..halia..lengkuas..serai...kulit kayu manis...buah pelaga...bunga cengkih....tutup periuk dan masak selama 1 jam....
2. selepas satu jam...masukkan kiub ayam...kentang dan lada hitam yg ditumbuk. masak lagi selama 1 jam...kiranya masak sampai 2 jam la....masak lama sebab nak bagi daging tu lembut.....rasa daging..kalau dah lembut boleh tambahkan garam..kalau tak lembut lagi...masak lagi hingga daging lembut....lepas tu baru letak garam...jgn letak garam selagi daging tak lembut ye...tambah air jika air berkurang....
3. bila dah masak boleh la dihidang dgn bahan2 sampingan....isi nasi impit dalam mangkok..masukkan taugeh...daun bawang dan sup...cili kicap...dan bawang goreng...lepas tu masukkan kuah sup serta dagingnya...dah siap..boleh la makan..senang je nak buat nya sebab campak2 je semua bahan..:)
4..cili kicap...cara nak buat...bawang putih skit..cili padi skit...kicap cair lemak manis...blend bahan hingga lumat...dah siap..:)