Saturday, February 4, 2012

KUIH KASWI


Kuih kegemaran saya  ... anak2 mmg tak suka kuih2 lama ni.. saya buat setengah adunan dpd resepi asal.. resepi terbaik yang pernah saya cuba.. sgt tidak mengecewakan.. saya suke tekturnya yg kenyal2 gitew... sedapppppp... pasti saya buat lagi.. resepi saya rujuk  Dari Dapur CT yg cun tu.. resepi asal oleh Kak Wan (Citarasawan) .. terima kasih buat ke dua2nya...
sblum mengukus ...  (1/2 adunan = 22 biji acuan lompang)

 Resepi asal di SINI..http://resipicitarasawan.blogspot.com/2012/01/kuih-kaswi.html
dan Dari  Dapur CT

KUIH KASWI
(Resepi Citarawan yang diubahsuai kepada 1/2 adunan sahaja)

Bahan A
1 cwn gula melaka
1/4 gula pasir
1 cwn air
1 helai daun pandan

Bahan B
1/4 cwn tepung ubi
3/4 cwn tepung gandum
1 cawan air
saya tambah 4 sudu besar kicap manis( spt madiha)
2 sudu besar air kapur

Kelapa parut + garam sbg salutan

Cara-cara
1. Masak bahan A hingga larut  dan sejukkan.
2. Satukan bahan B sehingga sebati /rata
3. Satukan bahan A & B, kacau rata dan tapis.
4. Sapukan acuan lompang sedikit minyak dan tuangkan adunan
5. Kukus anggaran 20 minit (air kukusan mendidih). Sejukkan dan salutlah dengan kelapa parut.

versi salut penuh!!

Tuesday, January 31, 2012

RICH OREO CHOC BROWNIES again...


Mem'brownis' jugak.. gara2 terpandang di dapur Ayu subuh2 tadi... plan asal nak buat seperti ayu.. tapi bila terpandang 2 bungkus oreo yg tidak terusik .. terus ubah plan.. n buat oreo brownis AlongRos yang sangat sedap ini... ala2  chewy, gooey n yummy , terima kasih Along yer... hujung minggu ni nanti saya akan buat lagi untuk aimman pulak...

 saya guna oreo filling coklat .. kalau nak tgok versi yang lain boleh lah jengok2 di dapur Alongroz yer..


RICH OREO CHOC BROWNIS
 (Sumber : AlongRoz)
(Makes 8" sq) 
INGREDIENTS:
225g/8oz Butter
240g Cooking Chocolate
3 Large Eggs
1 tsp Coffee Powder
1 tsp Essence Vanilla
250g Castor Sugar
60g Flour*
40g Cocoa Powder*
1/2 tbsp BP*
1 tsp Salt* (* mixed together)
1 1/2 packs Oreos Cookies - break & mix with 15g Flour
(1 pack = 137g but no need to be so accurate)
 

METHOD:
1. Melt chocolate & add butter.
Stir until smooth.
2. Whisk eggs, coffee, EV & sugar until smooth.
Add in chocolate mixture & stir well.
Fold in flour mixture until well mixed.
Finally fold in Oreos.
3. Bake 170C for 45 min.

Sunday, January 29, 2012

KUIH BAKAR JOAYEE

Aktiviti membakar hari ini .. esok dah mula sekolah.. maka selepas ni kuranglah aktiviti saya di dapur.. . cuti CNY kali ni mmg tak ke mana2.. kerana aimman nk duduk di rumah .. dapat jugak tidur di kg semalaman.. hari khamis 26 jan aimman dah pulang ke kem karisma PLKN di Kuala Pilah..bila masak2 ni mmg terasa rindu pada abang.. ada la menu yg kene skip.. espc fav abg..  hihihi...

Kisah kuih bakar pulak.. kali pertama saya mencuba resepi Joayee ini.. selalu buat kuih bakar guna resepi sendiri.. hihihi.. mcm sombong gitew.. hihihi.. harap kwn2 tidak berkecil hati yer.. resepi joayee tetap hebat..ramai yg dah mencuba..  saya sekeluarga menyukainya.. mmg sedapp... cukup lemak dgn manis yg sedang2 .. terima kasih Joayee kerana berkongsi resepi..

KUIH BAKAR

Bahan-bahan ( 6 org )/( 3 biji -  acuan baulu pecah 8 )

(Sumber : MYR oleh Joayee)


  • 1 cup gula
  • 1 cup jus pandan (atau air + pandan essence)
  • 2 cup tepung gandum
  • 2 1/4 cup santan (atau 1 can santan-450ml )/ saya campur santan +susu cair)
  • 2 tbs butter
  • 3 biji telur
  • 1/2 tsp garam
  • colour hijau
  • bijan

Cara-cara


  1. campurkan semua bahan. blend sampai  sebati.
  2. masukkan 2 tbs minyak dlm loyang .
  3. panaskan loyang dlm oven. bila minyak dah panas, masukkan mixture tadi kuih, taburkan bijan. bakar @180 sampai brown atau garing...  (oven saya anggaran 50 minit)

Saturday, January 28, 2012

NASI DAGING UTARA VS AIR ASAM ,

Semalam terpandang cikmin menayang nasi dagingnya by Noxxa.. teringat daging korban yang masih berbaki serta my noxxa yang macam lama tak diguna utk memasak nasi.. hampir terlupa kaedah penggunaannya.. terima kasih cikmin mengingatkan saya.. mmg kerja jadi mudah kalau kita rajin.. hihihi..
Resepi nasi daging saya CP  dari dapur cikmin... terima kasih sekali lagi  cikmin.. 
  
NASI DAGING UTARA
(Sumber : cikmin.comhttp://cikmin.com/2010/08/nasi-daging-utara/
1 kilo daging batang pinang – dipotong sebesar kotak mancis / 600 gm
1 kilo beras basmathi – bersih dan toskan / 3 cwn
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan minyak masak / saya kurang
3 s/b planta
1 tin tomato sup Kimball – boleh ganti dengan sos tomato beberapa sudu besar / sos tomato jer
3 s/b rempah nasi daging-boleh ganti serbuk kurma
sudu kecil rempah sajira – rempah ni boleh cari kat kedai mamak .. tak letak
sedikit gula batu – saya letak gula melaka... hihihi.. suke ati jer..
dan garam secukup rasa
sedikit kismis dan bawang goreng untuk taburan
Bahan tumis :-
4 sekawan – kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan Pelaga
sedikit daun ketumbar – untuk wangikan nasi
3 helai daun pandan
1 batang serai – diketuk
1 labu bawang besar – dikisar
3 ulas bawang putih – dikisar
1 inci halia – dikisar
3 cawan air
Cara :
1. Panaskan minyak masak dan masukkan planta
2. Tumis 4 sekawan, daun ketumbar, daun pandan dan halia
3. Masukkan bahan yang dikisar
4. Masukkan rempah yang dibancuh dgn sedikit air,kacau biar wangi
5. Masukkan daging,tomato sup kimball dan air yang telah disukat dengan sukatan beras.
6. Setelah air mendidih, masukan gula batu dan garam secukup rasa dan baru masukkan susu cair
7. Masukkan beras dan kismis. Masak dgn rice cooker untuk nasi masak sekata..
8. Gemburkan nasi…boleh ambil daging yg tertanam dalam nasi untuk dicicah bersama air asam



Air asam kegemaran saya... rspi ika bangkok yang lama dah menyepi tu.. miss u bebeyy...

AIR ASAM
Sumber : IKA@ARAH
Bahan2
  • 4 biji Cili >terpulang nak pedas tambahkan kuantiti cili
  • 1 biji Lada Merah Besar
  • 1 ulas Bawang Putih
  • 1 inci Belacan yg di bakar
  • 1 sb sos tomato
  • 1 sb sos cili
  • 1 sb sos ikan
  • 60 ml air asam jawa>>kalau nak cair boleh tmbhkan air
  • 1 sk gula >> terpulang nak manis mcm mana
  • secubit garam

**Kesemua bahan di atas di blend hingga hancur atau separuh hancur terpulang nak mcm mana, kalau nak cair sedikit just tambahkan air kemudian perasakan kembali. Kemudian masukkan bhn2 hirisan td, dan siap utk di hidang bersama nasi daging :-)

Bahan Hiris
  • Sedikit hirisan bwg merah
  • Sedikit tomato di hiris dadu
  • Daun ketumbar di hiris halus
  • 1 biji cili di hiris bulat

 Sambal telur rebus goreng  berlado.. resepi Ayu di Curlybabe's Satisfaction..  gandingan yang serasi... tq ayu for sharing... nanti saya buat entry lain untuk resepi telur berlado ni..
Nasi daging by Noxxa.... utk rujukan saya yg selalu lupa ni... saya masak daging dgn highpres 7 min (coz daging korban.. rasanya bukan batang pinang.. mokcik pun tak kenal rupa batang pinang sebenarnya).. utk masak nasi  set 7 min jugak highpres... )  n siap...

Thursday, January 26, 2012

TIRAMISU BISCOTTI 2

Memang sedap..   buat dengan deco yang sangat minimum.. berangan gak nk letak bluebery filling.. bila fikirkan kemanisannya .. ooopss.. kesian nanti en husben tak leh nk makan banyak..  first time jugak dapat rasa biskut tiramisu.. tq  Acu  @coklatku atas bekalan biskut tiramisu .. lum terjumpa lagi biskut ni kt BP..

 

 Resepi saya ubahsuai dari dapur Tun Telani. ..terima kasih tun   kalau nk mencuba versi yang lain boleh lah jenguk2 ke dapur Kak Nor Secubit Garam ,   atau ke dpur Shiela Spices Journey yer..

TIRAMISU  BISCOTTI
  • 1 bungkus biskut tiramisu
  • 250ml whipping cream(non diary)
  • 200ml cream cheese
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
  • 1 sudu makan serbuk nescafe
  • serbuk koko untuk hiasan
Cara2
1. Pukul whipping cream hingga kembang/kental
2. Dalam bekas yang lain pukul cream cheese dan gula halus hingga kembang
3. Satukan whipping cream n cream cheese dengan menggunakan spatula.
4. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
5. Celup sebentar biskut dan susun lah dalam bekas yang sesuai, masukkan sedikit adunan cream tadi, kemudian ulangi sehingga habis.
6. Sejukkan sebentar , bolehlah hias ikut selera..



Monday, January 23, 2012

ROTI GULA MENTEGA

Resepi mudah2 n sedappp... celup dalam teh  or coffee... or di makan begitu saja...  Saya guna roti gardenia potong 4 n tabur sedikit serbuk kayu manis di atas gula...

ROTI GULA MENTEGA
(Sumber : Anawahid)

Bahan2nya:-
1 buku roti – saya guna roti yg dh siap buang tepi –
Butter/Margerine secukupnya
Gula Pasir - secukupnya


Cara2nya:-
1.Sapukan roti dgn butter.margerin secukupnya, setelah itu taburkan gula ikut suka manisnya. Susun didalam dulang pembakar.
2.Panaskan oven pd 180C selama 5 minit, masukkan roti kedalam oven dan kecilkan suhu pada 120C – 150C bergantung pada oven masing2.
3.Bakar selama 15 hingga 20 minit. Siap!

Saturday, January 21, 2012

CREAM PUFF 2

Yehhh..cuti..  melayan menu kegemaran anak2.. minta maaf yer kalau selalu memandang  menu2 ulang tayang.. kalau masak yg lain nanti banyak pulak soaljawabnya.. so dalam suasana meriah cuti2 ni kalau dapat nak memasak semua makanan kegemaran aimman yang sedang bercuti.. risau jugak melihat keadaan nya.. balik dengan batuk2 n nampak susut susuk badannya.. semoga anak ibu diberi kekuatan fizikal & mental serta kesihatan yang baik sepanjang menghabiskan prgrm PLKNnya..

Resepi Cream Puff di dapur Jun Yummylocious.. tq jun.. utk cream kastard saya mgunakan rspi noreen..

 CREAM PUFF
(Sumber : Yummylicious)

Bahan-bahan
1 cwn air
113gm butter
1/2 sdt garam
1 cwn tepung
4 biji telur
1/2 sdt esen vanilla
1/4 sdt baking powder
1 sdb gula

Cara-cara

1. Campurkan tepung, baking powder, garam n gula. ketepikan. 
2. Panaskan butter hingga cair. masukkan air, kacau sebati. masukkan tepung n esen n kacau cepat hingga sebati. padamkan api, terus kacau hingga sebati. masukkan kedalam mixer, sejukkan sekejap (dalam 10min). 
3. masukkan telur n pukul (3-4min gitu). masukkan kedalam pastry bag, paipkan atas tray beralas dgn jarak 1 in setiap satu. spray permukaan dgn air untuk mendapatkan bentuk yg cantik n  bakar pada 180'c selama 25min. 

CREAM KASTARD ( saya buat 2 adunan Cream kasrd utk puff di atas)
Bahan2 krim kastard:
1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml (1 cawan) susu segar
1 biji telur
1 sudu besar mentega
cara:

1. masukkan bahan dari no. 1 -3 ke dalam mangkuk. masukkan 1-2 sudu besar susu. kacau jangan ada yang berketul
2. masukkan telur dan kacau lagi. kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau ( saya kacau adunan atas api perlahan hingga pekat) n akhir sekali masukan mentega.)
3. tutupkan mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. guna suhu yang tinggi dan masak sehingga pekat. kacau kastard setiap satu min dan ulangi sehingga pekat
4. bila dah siap, masukkan mentega dan kacau
5. krim kastard boleh disimpan di dalam fridge kalau tak habis

Friday, January 20, 2012

VANILLA PEACH MUFFINS

 
   
Laporan muffin yg dah terlepas... resepi dari Kak Paty's kitchen.. Tq kak berkongsi resepi ...

Vanilla Peach Muffins   

(source : Paty's Kitchen)

1 ¾ cup all purpose flour
1 ½ tsp baking powder
½ tsp salt
2 large eggs
¾ cup sugar
2 tbsp vegetable oil
2 tsp vanilla extract*
1 ½ cups peeled, diced frozen peaches (unthawed)
coarse sugar, for topping
Preheat oven to 350F and line a 12-cup muffin tin with baking cups.

In a medium bowl, whisk together flour, baking powder and salt.
In a large bowl, whisk/beat together eggs and sugar for about a minute at high speed, just until fairly smooth, then add in oil and vanilla. 

Add in flour mixture and stir until just combined. 

Briefly stir in peach pieces. 
ivide evenly into muffin cups and sprinkle with coarse sugar.


Bake at 350F for 18-22 minutes, until a tester inserted into the center comes out clean. Cool on a wire rack.

These are best on the day they are made.

Makes 12 muffins.

*Vanilla paste, if you can find it, is a great substitute, since it will add attractive vanilla specks to your muffins.

Tuesday, January 10, 2012

PRATHA PUFF INTI KENTANG



Lama tak buat ... sambil menghitung hari.. malam2 saya menyibuk2kan diri... make over PRATHA ... menjadi Pratha Pufff...
potong 2 pratha segera.. apa brand tak kisah... yang  ni brand  c4 jer..

 CONTOH PRATHA yang digunakan ... ehsan en google..

letak inti... inti ikut selera masing2...
lipat dua potong tersebut.. tekan lah kelilingnya dengan garfu.. sebelum bakar kelar2 lah sikit permukaannya.. sapu kuning telur... saya bakar pada suhu 200C selama 20-25 minit... 

 boleh frozen... plastik lapis paratha tu jangan dibuang.. terus balutkan pratha puff tu n boleh terus frozen..
hasil membakar malam2... saya suke yang rangup2 camni... ikutlah selera masing2 yer..

Sunday, January 8, 2012

ORANGES MUFFINS

Asalamualaikum dan selamat sejahtera...   
Muffin Oren semalam ... terhangus sedikit kerena leka bertelefon .. suke rasanya dgn manis yg manja2.. plan nak ke kuala pilah hari ini tidak kesampaian .. pihak kem PLKN tidak membuka pintu utk ibu bapa kerana ada program agaknya... terus menghitung hari lagi  ... walaupun dapat berbual panjang .. tetap tak rasa puas.. Semoga anak ibu diberi kekuatan fizikal dan mental serta diberikan kesihatan yang baik sepanjang tempoh latihan ini... amin.. Kisah muffin pulak... terima kasih Izah n Doc Inahar kerana memberi inspirasi..  untuk muffin ni saya letak topping



ORANGES MUFFINS




Bahannya:



2 cawan tepung

2 sudu teh baking powder

1/4 sudu teh soda bikarbonat

1 sudu teh garam

1/2 cawan gula halus

 1 sudu besar parutan kulit oren

1/2 cawan butter (dicairkan)

2/3 cawan jus oren -saya perah dari buah oren

1 1/2 sudu besar oren sunquick -saya tambah

2 biji telur

1/2 cawan kacang walnut - saya tak letak / badam slice



topping : -saya tak letak, saya taburkan coklat chip


1 sudu besar butter cair

1/4 cawan gula perang

1/2 sudu teh ground cinnamon



Caranya:



Campurkan tepung, baking powder, soda dan garam, kemudian ayakkan ke dalam mangkuk yang besar. Masukkan pula gula halus dan parutan limau. Kacau sebati

Satukan jus oren, butter cair, oren sunquick dan telur. Kacau sebati dan tuang ke dalam mangkuk tepung tadi.

Gaul semuanya supaya bersatu, tapi jangan terlalu lama cukup sekadar semuanya sebati.

Masukkan ke dalam muffin try.

Untuk topping, gaul rata butter, gula perang dan cinnamon. Kemudian taburkan di atas muffin tadi.

Bakar muffin pada suhu 175 / 180 C selama 20-25 minit.

Tuesday, January 3, 2012

AKHIRNYA...

1 Januari 2012.. Aimman  ke Program PLKN di Kem Karisma di Kuala Pilah Negeri Sembilan.. betapa beratnya hati ibu nak melepaskan abg ke sana.. kali pertama abg berjauhan dari keluarga dalam tempoh masa yang agak lama.. teringat semasa selepas UPSR dulu abg meminta ibu menulis surat kepada guru besarnya untuk menyatakan abang tidak berminat untuk ke asrama penuh apabila guru besarnya mendesak supaya mengisi borang  asrama penuh. Selepas PMR abang juga mendapat tawaran belajar di sek asrama penuh.. namun abang menolaknya.. huuu.. doa ibu smga abg diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan urusan di sepanjang masa mengikuti program ini....

Saturday, December 31, 2011

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2012

 brokoli goreng udang blackpepper.. 
Assalamualaikum dan salam sejahtera... 
Menu2 sempoi  akhir di penghujung tahun 2011.. rasa dah lama blog kesayangan ini tidak berkemas kini.. minta maaf kepada rakan blogger yg berkunjung jika saya tidak sempat berkunjung balas.. Insyaallah jika ada kelapangan waktu pasti saya sempatkan utk menjengah n menurunkan sepatah2 kata.. hari ini memang dah trasa lega bila tugas yg digalas sepanjang cuti persekolahan telah dapat diselesaikan.. selepas ni akan pasti sibuk dengan urusan diawal persekolahan pula..  dan  esok pula  1 Jan 2012.. saya juga kene redha utk melepaskan anak bujang kesayangan saya mengikuti program PLKN di Kuala Pilah.. 

'SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2012'

daging korban... rebus jer..

air asam...

Friday, December 23, 2011

NASI LEMAK BERAS BASMATHI

Nasi lemak beras basmathi.. panjaggggg...
Assalamualaikum dan salam sejahtera...  

semakin hari semakin dekat waktunya...
27 Dis .. mesyuarat guru kali pertama 2012.. rasa hilang semangat nk meneruskan sesi persekolahan yg baru.. semuanya mcm sudah hilang... huuuu

29 Dis .. pendaftaran pelajar Ting 1 - 6 ... rasanya bertugas dikaunter Jualan peralaatan sekolah (Koperasi)

31 Dis .. Mesyuarat di SMK Pekan Baru, Muar, Johor
1 Jan 2012... huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... ibu sangat sedih.. abang ke PLKN Kuala Pilah.. 


(untuk ingatan saya : 1 mangkuk beras sukatan airnya 1 mangkuk + lebihkan sikit jer .. )

Tuesday, December 20, 2011

TART NENAS

Projek raya puasa bertanggguh ke raya haji.. dan akhirnya sampai ke bulan 12.. saja letak jem gedabak2.. kasi puas makan.. guna resepi yg sama.. saya mmg suke rspi kak Ina  ni.. kerana pastrynya yg ranggup.. tak hancur di tangan.. kali ni saya bakar selama 30 minit.. tu yg cam gelap jer.. terima kasih kak Ina KL ( cari rspi kt blog akk tak jumpa pulak .. harap2 tak salah. Saya link ke blog akk jugak)

 TART NENAS
(Sumber : Kak Ina KL)
Bahan-bahan
120 gm marjerin -akak gunakan mentega semuanya 250gm jadi kena tambah tepung sikit.
120 gm mentega
60 gm gula aising
1 biji kuning telur
1 sudu teh vanila
330-350 gm tepung gandum*
50 gm tepung jagung*
* ayak

Bahan jem nenas
450 gm parutan nenas – tapis
1 camb jus limau nipis
180 gm gula pasir
1 batang kulit kayu manis


Cara membuat:
1. Pukul marjerin, mentega, gula, kuning telur dan vanila hingga sebati.
2. Masukkan bahan ayak. Gaul rata menjadi doh.
3. Canai setebal 4 mm. Terap dengan acuan berbentuk kelopak pecah 6.
4. Angkat dengan hujung pisau dan tekan ke dalam mangkuk kertas yang diletak di dalam tin 'patty' berlubang saiz sama.
5. Tekan jem yang sudah dibentuk bulat di tengahnya.
6. Canai nipis sebahagian doh, potong bentuk jejari dan letak di atas

 

Friday, December 16, 2011

CINNAMON PULL APART BREAD

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Godaan kak nor yang menjadi semalam... saya sangat suka kan nya.. serumah beraroma kayu manis.. makan panas2 lapis demi lapisssss...Semalam Tun @ Life is a contant battle membuat tayangan jugak ... sedangkan saya punya masih OTW... Terima kasih kak nor kerana mengoda dan berkongsi tips ..Resepi saya CP dari dapur Secubit Garam. Terima kasih juga Shidah..
CINNAMON PULL APART BREAD
Recipe: Joy the Baker
source : Shidah & K.Nor

For the Dough (in BM)
2 3/4 cups plus 2 tbs tepung
1/4 cup gula kasar
2 1/4 sudu kecik yeast
1/2 sudu kecik garam
4 tbs butter
1/3 cup susu penuh krim
1/4 cup air
2 biji telur (size A)
1 sudu kecil Vanilla extract

For the Filling
1 cup gula kasar ~ ( saya kurangkan gula 1/2 cwn)
2 sudu kecil serbuk kayu manis (cinnamon) ~ ikut kak nor 1 sudu kecil jer
1/2 sudu kecil serbuk buah pala (nutmeg) ~ k.nor skip sbb tak ada stok
4 tbs butter - dicairkan sehingga menjadi brown

Cara:
Dalam mangkuk yang besar, campurkan 2 cups tepung, sugar, yeast, and salt. Ketepikan

Pukul telur, ketepikan

Dalam small saucepan, campurkan susu dan mentega, panaskan sehingga mentega cair. Ketepikan dan masukkan air dan vanilla extract. Biarkan seketika sehingga mixture menjadi suam2 kuku.

Tuangkan mixture susu dan mentega tadi kedalam bahan kering, kacau dengan senduk. Masukkan telur dan kacau lagi. Add 3/4 cup tepung, dan uli sehingga sebati. The dough will be sticky. Masukkan dough kedalam mangkuk besar yang telah di gris dengan butter/minyak. Tutup dengan kain atau cling wrap, biarkan sehingga dough naik 2 kali ganda.

note : dough yang the naik, boleh disimpan di dalam peti semalaman, dan diguna keesokan hari. (I skipped this)

Sementara menunggu dough naik, campurkan gula, serbuk kayu manis dan serbuk buah pala di dalam mangkuk.

*utk kaedah membentuk roti ni sila rujuk/klik pada link Joy OF Baker atau Shidah.


Bila dough dah naik 2 kali ganda, bolehla dimasukkan kedalam oven yang telah dipanaskan.

Place a rack in the center of the oven and preheat to 350 degrees F. Place loaf in the oven and bake for 30 to 35 minutes, until the top is very golden brown. The top may be lightly browned, but the center may still be raw. A nice, dark, golden brown will ensure that the center is cooked as well.

Remove from the oven and allow to rest for 20 to 30 minutes. Run a butter knife around the edges of the pan to loosen the bread and invert onto a clean board. Place a cake stand or cake plate on top of the upside down loaf, and carefully invert so it’s right side up. Serve warm with coffee or tea.

* Kaedah K.Nor bila guna BM:
Masukkan bahan cecair dulu (bancuhan susu dan mentega, air, telur dan vanila)
Masukkan bahan2 kering (tepung, yis, gula dan garam)
On kan BM dan biarkan ia menguli spt biasa.

Tuesday, December 13, 2011

DONUT again...

Assalamulaikum dan salam sejahtera..
Selepas cuti2.. bersambung mesyuarat pulak... ke'buzy'an akan berlanjutan sehingga ke tahun depan.. hari ni sambil mengalas tugas yg diamanahkan.. bertugas jugak mengurus kerja2 pembungkusan alatan persekolahan tahun 2012 bersama rakan2 guru koperasi sekolah... dapur mmg dah lama tak berasap.. kain baju tak berlipat ( hihihi.. hari ni jugak syamira ambil tugas melipat baju.. boleh tahan jugak skillnya..)

Kisah donut yang dah terlepas.. tinggal gambar saja utk dipandang.. resepi donut yg biasa2 jer.. ada kt N3 sebelum ni.. cuma kali ni tambah satu lagi jenis topping.. peanut glaze.. adik manis noorsha yg ajar.. tq noorsha..


Monday, December 5, 2011

BREAD BUTTER PUDDING again..

Menghabis saki baki roti di hujung minggu... sambil mgemas mana2 yang patut ... tuan tanah nak mengantung periuk buat sementara waktu sehingga tak tau bila.. harap2 tidak berpanjangan sehingga ke tahun depan... apapun saya pasti merindui semua dapur kawan2 blogger jika tidak bersiaran..

RESEPI BREAD & BUTTER PUDDING

BAHAN2 NYA:

6 biji roti burger (saya campur 2 kpg roti gardenia).. plan nk buat burger yg tk mjadi..
2 cwn fresh milk

1 cwn whip@fresh cream - boleh ganti dgn susu .
2 biji telur
1/2 cwn gula
sedikit gula utk ditabur atas puding sebelum dibakar
50 gm raisins
100 gm butter
esen vanilla

Cara2
1. Panaskan susu sekadar suam dan masukan butter.
2.Telur dan gula di pukul hingga gula hancur.Kemudian masukan cream and esen vanilla dan pukul sebati dan masukan ke dalam susu suam tadi.. kacau hingga sebati.
3. Susun roti yg telah dipotong kecil ke dlm loyang pembakar.sambil ditabur kismis
4. Tuangkan bancuhan susu tadi ke atas roti dan biarkan berendam 10 minit.
5. Panaskan oven 170C.
6. Taburkan gula diatas roti tadi sebelum dibakar
secara water bath(letak loyang atas dulang berisi air panas )selama 40-45 minit.

Saturday, December 3, 2011

BEEHOON SUP UTARA

Siri menghabiskan tulang2 daging korban tempohari.. masak sup utara jer senang.. Malas pulak nak buat nasi impit.. so gantikan nasi impit dengan beehon.. gunakan resepi soto daging utara quinnie.. TQ Quinnie

SOTO DAGING UTARA


Bahan2 sup

1 kg daging cincang
1 kg tulang
5 sudu besar rempah sup adabi
2 sudu besar rempah kurma
2 helai daun pandan disimpul
2 inci halia diketuk..ketuk bagi dia pecah2 skit je..tak mo hancur sgt
1 inci lengkuas*
2 serai*
1 bawang besar*
6 bawang putih* (bahan ni tak yah tumbuk..biar dlm bentuk asal )
1 kulit kayu manis
2 bunga lawang
5 buah pelaga
1 kiub ayam
1 sudu besar lada hitam- ditumbuk lumat
4 ketul kentang dipotong 8
garam

bahan sampingan

nasi impit/ bihun /mee/ kuetiau
bawang goreng
sambal kicap
sayur taugeh
daun sup dan daun bawang yg dihiris

Cara2

1. mula2 basuh bersih daging dan tulang. kemudian masukkan kedalam periuk...biar besar skit periuknya...lepas tu..masukkan air secukupnya...masukkan daun pandan yg disimpul...rempah sup dan rempah kurma....bawang besar..bawang putih..halia..lengkuas..serai...kulit kayu manis...buah pelaga...bunga cengkih....tutup periuk dan masak selama 1 jam....

2. selepas satu jam...masukkan kiub ayam...kentang dan lada hitam yg ditumbuk. masak lagi selama 1 jam...kiranya masak sampai 2 jam la....masak lama sebab nak bagi daging tu lembut.....rasa daging..kalau dah lembut boleh tambahkan garam..kalau tak lembut lagi...masak lagi hingga daging lembut....lepas tu baru letak garam...jgn letak garam selagi daging tak lembut ye...tambah air jika air berkurang....

3. bila dah masak boleh la dihidang dgn bahan2 sampingan....isi nasi impit dalam mangkok..masukkan taugeh...daun bawang dan sup...cili kicap...dan bawang goreng...lepas tu masukkan kuah sup serta dagingnya...dah siap..boleh la makan..senang je nak buat nya sebab campak2 je semua bahan..:)

4..cili kicap...cara nak buat...bawang putih skit..cili padi skit...kicap cair lemak manis...blend bahan hingga lumat...dah siap..:)

ROTI JALA 3

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera !
Mari menjala @mengirai @ mengayam di pagi sabtu yang cerah dini... lepas ni nak menyidai kain yang dah tersadai lembab 2- 3 hr..
Banyak resepi roti jala.. saya try n error rspi ni coz tak nak guna telur..

ROTI JALA 3


( menghasilkan +/- 25 kpg)
Bahan2nya
2 cawan tepung gandum
1 cwn susu segar/cair
2 cwn air
sedikit garam
sedikit mentega @ minyak masak
serbuk kunyit/pewarna kuning

Cara2:
1. Blend semua bahan di atas sehingga adunan sebati
2. Kalau cair boleh tambahkan sesudu tpg/ kalau pekat boleh tambahkan sedikit air.
3. Boleh di kirai atas kuali non- stik

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin