
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Sarapan pagi Jumaat.. memang puashati guna rspi Maz .. lembut n gebu dan tidak berkedut hingga ke petang.. akk setuju dgn kata Maz tu.. senang, sedap n simple (3S) Maz buat dapat 14 biji akk buat dapat 8 biji dgn saiz yg beso gedabak.. kalau nk comel2 kene ikut maz yer.. untuk Maz yang sedang berbahagia bersama suami di bumi Bahrain tu akk ucapkan terima kasih..
PAU 3S
(Sumber :
ILHAM DAPUR )
Bahan-bahan (dalam 14 biji saiz kecil)
- 1 1/4 tepung serbaguna (allpurpose flour) - tepung gandum pun ok
- 120ml air sedikit suam (anggaran sahaja) saya letak sikit2 sehingga doh bgumpal shj)
- 1/2 sudu besar yis kering
- 1/2 sudu besar gula
- 1/2 sudu kecil baking powder
- 3 sudu besar minyak masak - maz guna sunflower oil, sini xde minyak sawit
- 1/2 sudu kecil garam
- inti secukupnya - maz guna inti kacang merah, biar keras dalam petiais sekejap senang nak bulatkan
- kertas minyak secukupnya - potong 4 segi kecil untuk lapik bawah pau
Cara
1. Dalam bekas yang sesuai masukkan air, yis dan gula. Biarkan seketika dalam 1-2 minit.
2. Kemudian masukkan minyak masak dan kacau sikit guna garfu.
3. Satukan baking powder, tepung dan garam, kemudian tuang dalam bancuhan yis tadi sampai dikacau guna garfu dan tepung melekat pada garfu.
4. Kemudian boleh la diuli guna tangan. Kalau lembik celup je tangan dalam tepung (atau tabur je tepung sikit) dan uli sehingga doh tidak melekat pada tangan dalam 8-10 minit. Ramas-ramas manja pun ok semasa proses menguli tu.
5. Tutup bekas dengan plastik/tuala yang sesuai dan rehatkan doh selama 30-35 minit atau dah naik sekali ganda.
6. Sediakan pengukus. Amik doh yang telah naik tadi dan tumbuk sikit buang angin. Kemudian amik doh sebesar bola ping pong dan leperkan sedikit, masukkan inti dan tutup kemas. Kemudian letakkan sekeping kertas minyak dan susun dalam pengukus. Buat sampai habis dan rehakan pau selama 10-15 minit.
7. Kukus dalam air yang telah mendidih selama 8-10 minit dengan api sederhana. Pastikan penutup pengukus dibalut dengan kain/tuala agar air tidak menitis atas pau.