Saturday, March 27, 2010

Berlawan Senyummmmmmmmm....

yessss...projek smlm... menjadi jugak akhirnya.. mcm buat experimen pulak eh.. celik mata hari ni trus buka dapur knor.. saya pun mcm k nor jugak.. hihihi.. tanpa kepastian menjadi atau tak terus gamble utk buat 2 adunan coz melihat kuantiti tepungnya hanya 125 gm.. ahhh.. melambak lah jawapnya.. siapa nak makan ni.. huuu.. anak2 ku memang tak layan kuih2 mcm ni.. kebetulan ada prgrm maulidur rasul di sekolah smlm.. dptlah kawan merasa apam mekar ku ini.. sesiapa yg belum mencuba.. bolehlah ambil bahagian yer.. mcm2 perasaan ada.. teruja.. debak.. debuk.. mekar ke tidak apam aku ni.. hihihi.. resepi K Fida MYR n CP dari dapur Knor Secubit Garam.. TQ kak....

Bahan2.
  • 125 g tepung gandum*
  • 1 sk baking powder* (*ayak bersama)
  • 115 g gula halus
  • 1/2 sk penuh ovallete
  • 4 1/4 sb susu cair
  • 1 biji telur - A
  • 1/2 sk esen vanilla
  • 1 sk choc. pes (akak guna 1 sb koko dibancuh air jadikan pes)
  1. Panaskan kukusan.Sediakan papercup beralas mangkuk alum.
  2. Pukul semua bahan kecuali choc pes hingga sebati dan pekat.
  3. Adunan dibahagi dua dan bubuh choc pes pd satu bahagian.
  4. Bubuh adunan berselan-seli dlm papercup yg tersedia hingga habis.
  5. Kukus hingga mekar selama 10-15 min dgn api kuat.
  6. Sejukkan kuih dan boleh disajikan.

Friday, March 26, 2010

Tomato Spaghetti

Menu Aimmann......... sos readymade .. tambah jer meatball..

Mango Sticky Rice Pudding

Resepi dari dapur Ika .. rasanya ramai yang dah ambil bahagian masak dessert ni.. Ika punya pasal la ni..hihihi.. tq ika..berjaya mengoda akk buat semua ni.. akk CP jer... Tq again my dear..

Prep Time: 10 minutes

Cook Time: 25 minutes

Ingredients:

  • SERVES 3-4
  • 1 cup Thai Sweet Rice (also called 'sticky rice', available at Asian food stores)
  • 1-2 ripe mangos, cut into bite-size pieces (for more on mangos, see below)
  • 4-5 Tbsp. palm sugar OR brown sugar
  • 1/4 tsp. salt
  • 1 can good-quality (thick) coconut milk
  • water (for boiling or steaming the rice)

Preparation:Soak the rice in 1 cup water for 20-30 minutes, OR up to 4 hours.

  1. Do not drain the rice. Simply add 3/4 cup (more) water, plus 1/4 can coconut milk, 1/4 tsp. salt, and 1 Tbsp. brown sugar. Stir this into the rice.
  2. Bring to a gentle boil, then partially cover with a lid (leaving some room for steam to escape). Reduce heat to medium-low (#2.5 on the dial).
  3. Simmer in this way for 20 minutes, or until the coconut-water has been absorbed by the rice. Turn off the heat, but leave the pot on the burner with the lid on tight. Allow to sit for 5-10 minutes. (For step-by-step instructions (with pictures) on how to do this, see my: How to Cook Sticky Rice.
  4. To make the sauce, warm (do not boil) the rest of the can of coconut milk over medium-low heat (5 minutes). Add 3 Tbsp. sugar, stirring to dissolve.
  5. Taste-test the sauce for sweetness, adding more sugar if desired. (note that it will taste less sweet when added to the rice).
  6. Add scoops of rice (portion out 1 scoop per person) directly to the sauce pot and stir over low heat, gently breaking apart large lumps, but leaving smaller lumps/chunks). Now add the mango pieces and gently stir until everything is warmed through. Portion out into serving bowls, making sure everyone has equal amounts of rice, mango, and plenty of sauce. Enjoy!

UDANG MASALA

Resepi C/P dari dapur Doc Inahar... asal dari Chef hanieliza.. mudah saja... n sedapp.. tq kak liza n doc..
Bahan A:-
  • 500 gm udang (dibersihkan )
  • 2 biji tomato (dibelah 4 atau 6)
  • 3 tangkai daun kari
  • 1/2 cawan yogurt asli
  • 2 tangkai cili merah (dihiris serong)
  • 2 tangkai cili hijau (dihiris serong)
  • 2 sudu kecil serbuk cili (*ni akak tambah sikit nk kasi pedas sikit, terpulang ya..)

Bahan B (dikisar):-

  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 sudu besar jintan putih - kisar kering
  • 1 sudu besar jintan manis - kisar kering
  • 1 sudu besar lada putih - kisar kering
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit

Cara-Cara:-

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan yang dikisar dan daun kari hingga wangi.
  2. Masukkan udang dan tomato. Kemudian kacau rata (tambah air sekiranya perlu)
  3. Masukkan yogurt, cili merah dan cili hijau. Kacau sebentar dan tutup api.
  4. Sedia dihidangkan....Senang kaannnnn... ^_^

Saturday, March 20, 2010

Daging Blackpepper..

Masak2 sempoi hujung minggu..menghabiskan baki2 stok yang ada.. sblm balik kg.. esok tentu dapur tak berasap...tak tau bila nak berasap balik.. bila dah mula sekolah.. sekali sekala jer dapur ni dapat berasap.. tu pun setakat goreng telur jer.. daging blackpeper resepi dari dapur knor juga hana.. tak ingat yang mana dulu.. hihihi.. tak kisahlah.. yang pasti kedua2nya mmg sentiasa hangat dengan pelbagai resepi.. tak pernah kering idea.. TQ knor n hana...

Bahan-bahan
500gm daging batang pinang-
1 sb serbuk lada hitam yg ditumbuk kasar - lebihkan jika ingin lebih pedas
1 biji lada benggala hijau
1 biji lada merah
3 sb kicap manis
2 sb sos tiram
1 cawan air
1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air
1/2 sudu garam halus dan 1 sb gula
minyak utk menggoreng
* saya tambah 2 biji kentang potong wedges- digoreng..

Cara-cara
1. Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng.
2. Potong panjang kedua2 lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir2 lada
3. Panaskan minyak. Sebolehnya digunakan minyak yg banyak dan menggunakan api yg kuat spt yg ditunjukajar oleh chef asal supaya daging itu tak perlu digoreng dgn lama. Goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.
4. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati. Peringatan: garam tak perlu letak banyak2 kerana dah pun masin - dari kicap dan sos tiram
5. Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan hidangkan panas2 dgn nasi putih.


Taufu Fa..

Taufu Fa.. air gula merah.. guna tauhu lembut.. kukus sekejap.. n siapp...

Friday, March 19, 2010

Nasi Baryani Ayam Mudah..(Penang Style)

Ronda-ronda... cari rspi.. suka2 nak mencuba.. kebetulan ada stok beras basmathi n rempah baryani tu.. kita mmg tak berapa minat nasi baryani .. orang kata baryani johor sedap.. yer ke...tak tau sedap nya di mana..ikut selera masing2.. yang penting suka mencuba kan.. tentu kenyang perut isi rumah yang lain..
syamira tanya.. mana ayamnya bu.. mana kuahnya bu.. hahaha.. kene bergandingan dengan dalca tentu lebih umppp kan.. but.. ibu dah malas pulakk.. layan jer lah dengan air sejuk yer nak.. tak senonoh tul ibu ni.. tercekik gak anak2 ibu ni nanti.. hahaha.. dah ibu nak buat keje sekolah la... RESEPI DARI DAPUR MINA.. bolehlah jenguk2 kat situ eh.. TQ Mina for sharing this rspi..

Thursday, March 18, 2010

Donut Kentang

Makan2 untuk minum petang.. first time mencuba donut kentang dari dapur ros@jintanmanis.. kawan2 lain rasanya dah ramai yang mencuba.. donut ini memang sedap n lembut tekturnya.. tq ros berkongsi rspi.. akak CnP resepi dari dapur ros ya..

Bahan-bahannya

250 gram tepung gandum
80 gram kentang yang telah direbus dan dilenyek ( lebih kurang 2 biji kentang saiz kecil)
2 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit)
80/90ml susu segar boleh ganti dengan air suam
1 1/2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil)

( susu tu ros letak sikit-sikit klu 80ml tu dah memadai dan doh ok, kita guna 80ml je, klu rasa keras guna 90ml, sebab saiz telur yang digunakan lain-lain kan, di sini kena pandai agak-agak ye, doh jangan lembik sanngat, nanti donut meresap minyak bila digoreng.)

Caranya.
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.

2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.

3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.

4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan,

Daging Bakar Lada Hitam vs Air Asam

Teringat makan2 di Rasa Utara Berjaya Times Sq masa CNY ari tuh.. oder daging bakar.. saja nak tgok rupa daging bakar di restoran tuh.. boleh laaa.. kene lah kata sedap coz dah ber enget2 kuar.. buat sendiri mmg berbaloi.. semua boleh letak extraa... makan pun ber ektra2 juga la jwpnya..
Dah pernah buat rspi ni sblum ni.. Untuk air asam blend sekali Cili, air asam jawa, sos ikan, gula, belacan, bwg putih, sos tomato dgn sos cili sikit.. Rasa agak2lah ya nak manis masam2 pedas.. last sekali hiriskan bwg merah besor tuu dgn daun ketumbar..siap!.... ayat2 ni copy dari dapur Ika ya.. jangan marah ika...TQ so muchhh...

Kailan Goreng Sos Tiram

campak2.. rasa2.. makan2...

Wednesday, March 17, 2010

Steak With Mushroom Sause

Cuti sekolah berbaki 3-4 hari lagi... huuu.. kelas tambahan, SMM, pembinaan item, fail, report n mcm2 lagi nak dibereskan dalam masa cuti ni.. mane mungkin.. nak menjahit , nak masak, nak jalan2.. arggghhhhhhhhhhhhhhhhhh.....

Jom makan2.. steak beli yg dah siap berempah dari care four... Untuk sos cendawan resepi dari dapur Ita nun jauh di bumi jepun.. tq ita .. akak copypaste sahaja..

Bahan-bahan ( 4-6 orang )

  • 2 sb mentega*
  • 1-2 biji bawang besar* - didadu- ita guna 1/2 biji bawang besar je
  • 1 sb mentega
  • 1 sb tepung gandum
  • 100 ml air rebusan daging - guna kiub je
  • 2 sb tomato paste
  • 1/2 sk serbuk lada putih
  • 1 sb kicap masin
  • 2 sb kicap manis
  • 100 ml susu cair/fresh cream
  • 150 g cendawan butang dlm tin - sy guna yang fresh
  • 1 sk hirisan daun basil/selasih - tak letak
  • garam secukup rasa -

Cara-cara

  1. Tumis bahan bertanda * hingga layu dan angkat dan ketepikan.
  2. Di dalam kuali yang sama,panaskan mentega dan masukkan tepung gandum dan kacau.Kecilkan api.
  3. Kemudian masukkan kesemua bahan2 yg lain juga bawang goreng tadi dan kacau hingga sebati.
  4. Siap untuk disajikan.

Kentang rebus kemudian bakar sebentar brsama slice cheese... sedapp anak2 suka .. mak anak pun suke.. kobis plus carot.. mayonis, lada hitam, sedikit kismis..

Sweet Love Hugs........

Tq Doc Inahar... muaaaahhhhhhhhh....

Wednesday, March 10, 2010

Kuih Bakar Pisang

Banyak perkara yg berlaku beberapa hari yang lepas.. dengan cuaca yg mmg panas, catuan bekalan air ,masalah b****... , hari sukan di sekolah.. arggggg.... dah hampir 2 minggu rupanya dapurku tak berasap... kuih bakar pisang ni adalah kejadian sebelum bekalan air dicatu.. faham2 jerlah bila tak da bekalan air paip.. mood memasak pun ikut kemarau sama... Alhamdullilah.. dah 2 hari ni bekalan air dah pulih seperti biasa.. harap2 mood memasak akan datang semula..

Bahan2
1 sisir pisang masak ( 10 - 13 biji).. di lenyek kasar .. byk ni coz sy suka pisang.. klau tak suka boleh kurangkan...
1 cwn tepung*
3/4 cwn gula*
1 cwn santan*
1 cwn susu sejat/cair*
1 biji telur*
2 sudu besar butter*

Cara2
1. Blender semua bahan*
2. Tuang adunan ke dalam mangkuk berisi pisang lenyek dan di gaul rata.
3. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan butter
4. Bakar 180C selama 1 jam.. or lebih untuk dapatkan kerak yang hebat.
5. Sejukkan.. baru di potong.. masuk peti ais lagi bestt

Wednesday, March 3, 2010

SWEET MANGGO LASSI

pergggg.. memang sedap meneguk di kala cuaca panazzzz... resepi copy paste dari dapur knor terenganu kite... resepi asal dari dapur Love2cook.. TQ Love n K nor...

Sweet Lassi by Love2cook
  • 200ml plain yogurt
  • 100ml water
  • 5 tbsp of sugar ( add/less)
  • ice cubes
  • any fruit juice (guna fresh manggo)
  1. Blend smooth all ingredients. (u may add the fruit juice later b4 serving

Tuesday, March 2, 2010

Kisah Cikgu Sains Ting 5...

Penghibur di kala stress.. siapa yang salah.. siapa yang silap.. ibu yang mengandung... bapa yang menge'bin' .. guru yang mengajar... entahlahhhhh....

Monday, March 1, 2010

Tauhu Goreng vs Sambal Popia

Copy dari dapur Abbot... sos popia ku telah terlebih kicap.. tapi rasa tetap hebat.. TQ K Nor T'ganu.. dah betul kan eja nama k nor tu.. hihihi n Abbot..

Sos Popia

5 sudu besar cili mesin
2 cawan air
1 sudu besar kicap manis
nisan/gula melaka
air asam jawa/cuka
2 sudu besar bijan ~ disangai dan tumbuk kasi pecah2 sket
(ganti kacang tanah tumbuk)

Masukkan kesemua bahan kecuali bijan.
Renih hingga hampir pekat dan masukkan bijan.
Rasa la masam manis dia dan ikut kepekatan yg disukai.
Padamkan api dan biarkan sejuk baru la digunakan

Sunday, February 28, 2010

Sekitar Majis Perkawinan di Meru,Klang...

25 Feb..bertolak dari BP pada hari jumaat ..jam 230 ptg.. singgah di Restoran Jejantas Melaka.. makan2.. tak da yang menarik sangat di sini.. mknan biasa2 saja.. takat kenyang jer.. rasa mmg 'out' ...dah lama tau.. tpi saja2 nak singgah.. mana lah tau ada perubahan kan.. sampai Meru jam 6 ptg.. malam.. walaupun mak saudara dah menyediakan rumah utk menginap.. oleh kerana kami datang dari BP dalam bilangan yang ramai.. so saya memilih utk menginap di hotel berdekatan.. bukan sombong.. tpi heheheh.. tak tau la apa nk kata eh.. 2 jam juga meronda malam dalam cuaca hujan.. jam 10 mlm.. check in di Comfort Hotel.. walau pun tak comfort mane pun..tak pe lah.. lena juga tido...
sarapan pagi di rumah pengantin.. mewah betul makanan.. martabak, roti canai. popia, nasi lemak n kuih hijau kuning tuh..
pas tuh dalam kul 11 pg..menu ayam golek n dgn berbagai lauk pauk yang lain..
kul 2 petang ..kambing bakar pulak.. org berebut2 brgambar dgn kambing.. my dear HB sibuk nak brgmbar dgn kambing pulak..
menu kul 4 ptg..bubur chacha n pau.. sapa lagi yg paling rajin tuh.. bujang ku Aimman..
pengantin..
cendolpulut durian, ice cream.. jambu n pisang

Friday, February 26, 2010

Blueberry Cheese Tart

Tiada ribut .. tiada hujan.. tengah kemarau.. tetiba teringinn nak makan cheese tart... mmmm sedapp n puas hati.. dengan filling yang enakk...

BLUEBERRY CHEESE TART
Source: Kak Rinchan

Bahan-bahan:
Untuk doh pastri
250gm butter
80gm icing sugar
2 biji telur
440gm tepung gandum
1 teaspn esen vanila

*Resepi asal separuh drp resepi di atas, che'pah gandakan dapat 70 tart saiz medium

Kaedah penyediaan:
1. Satukan semua bahan dan uli sehingga menjadi doh.
2. Ambil sebahagian kecil doh dan tekankan dalam acuan tat. Sila rujuk gambar di atas.
3. Cucuk-cucuk pastri menggunakan garpu dan bakar doh pastri selama 8-10 minit atau sehingga separuh masak pada suhu 175 darjah cel.
4. Sementara itu sediakan bahan isian cheese.

Filling
Source: Kak Mas

250g Philadelphia cream cheese
60g gula caster
20g butter
1 'B' egg

Blueberry filling

6. Untuk filling, pukul cream cheese, gula dan butter sampai kembang, masuk telur dan pukul hingga rata.Masukkan dalam piping beg.
7. Pipekan cheese dlm pastry dan sudukan 1/4 sudu kecil blueberry. Buat corak ikut suka.
8. Bakar 180C dalam 5-10minit. Angkat.

Sukantara 24/25 Feb...

Bertugassss ... menjadi deejayyyy dzanaFM.. hahahaha.. tugas sukantara sebagai pengelola peserta untuk acara sukantara yang berlangsung selama dua hari.. TQ kepada semua rakan guru dan pelajar yang telah memberi kerjasama penuh sepanjang program..
lontar peluru...
menunggu gilirann...

Thursday, February 25, 2010

Chocolate Oats Crips..

Cookiesssssssss pulakk... cookies yang sangat sedapp.. tak caya.. cubalahh.. tak menyesal punya...cuma menyesal coz cepat abiss... hihihi.. rspi dari dapur maklang azie.. tq maklang..

Chocolate Oats Crips
Sumber : Koleksi resipi oats
Bahan
130g tepung gandum }
30g tepung jagung }
20g serbuk koko } ayak
½ sk serbuk penaik }
¼ sk serbuk kulit kayu manis }
¼ sk garam
90g Quaker Oat Segera
200g mentega
120g brown sugar
½ sk esen vanilla
Cara
1. Masukkan kesemua bahan yang diayak tadi dalam bekas.
2. Masukkan garam dan Quaker Oats segera dan gaul rata.
3. Pukul mentega, gula, vanilla sehingga gebu.
4. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit.
5. Uli hingga kental. Canai doh di atas papan yg ditabur sedikit tepung.
6 Potong atau terap dan letak atas dulang.
7 Bakar dengan suhu 160 selama 12-15 minit atau sehingga rangup.

Nota
sy tambahkan 50 gm badam cincang dan bakar pd suhu 170 ..25 minit..

Wednesday, February 24, 2010

Agar-agar Santan Gula Merah..

balik jalan2 penang... dari dapur kak watie.. angkut rspi.. tq kak watie.. sesuai dgn cuaca panas skrg ni..

Bahan-bahan:
  • 10g serbuk agar-agar
  • 1/2 cawan gula merah
  • 1/4 cawan gula putih
  • 1150 ml air
  • 120ml air campur 1 paket santan Kara ( sy guna 100ml santan kotak cap ayam)
  • 1 biji telur dipukul dengan santan tadi
  • secubit garam
  • 1 helai daun pandan
Caranya:

  • Masak air dengan gula dan daun pandan (kalau guna gula merah cap bintang tak payah tapis)
  • bila gula sudah larut masukkan serbuk agar-agar dan kacau hingga semuanya larut
  • Kecilkan api
  • kemudian tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga mendidih
  • Tuang kedalam acuan yang anda suka
  • Sejukkan baru di didinginkan dalam peti sejuk!

Tuesday, February 23, 2010

Milo Fuze plus Nescafe Ais Blended...

haussss.... blik jalan2 jepunn... inspirasi dari hana...... tq hana...

Monday, February 22, 2010

Sambal Tumis Telur Cemplok..

masak2 sempoi petang tadi.. dengan kepala pening2 lalat balik sekolah teringat sambal tumis telur cemplok di dapur mama hawa spore yg vogue tuh.. sambal ini mmg sentiasa mendapat permintaan tinggi di rmh ini.. sebelum along n misi fmina tu buat soalan.. kita nak jwb dulu.. menu ini dimasak tidak menggunakan PC yer.. hihihi.. makan bersama udang goreng n ulam timun...

sambal tumis telur cemplok...
udang goreng.. dengan minyak masak... hahaha..

Sunday, February 21, 2010

Popia..

Popia .. inspirasi dari dapur ros.. tq ros.. popia yang kemarau carot.. tokeh carot masih beraya lagi .. so nmpak lebam jer.. yang hijau2 tuh capsicum ganti carot.. jom makann...

Saturday, February 20, 2010

Multifuntion Pressure Cooker againnnn...

Jom goreng mee hoon...
SETTING MODE STIR FRY .. fry lah segala perencah n aksesori yg patut... perasakan garam gula.. dah puas hati masukkan mee hoon.. sayur n kacau rata
tambah 1 cwn air. . n SETTING MODE STEAM .. 3 MINIT.. dah siap..
berbaloi masa.. promosi sehingga hujung Februari ni.. kemudahan mmbayar 4x..harga pasaranRM 695.00.. mmber price lebih murah.. so kene join laa..hihihi.. berminat boleh email za_na66@yahoo.com

Friday, February 19, 2010

Rich Oreo Choc Brownies

yesss.. sudah menjadi.. lihat lah pandanglah.. selepas berpandang2 di dpur alongroz, hana, ika n ayu.. mmg sedap brownis nih.. terasa segalanya.. mmg oreo.. TQ alongroz coz berkongsi rspi yg hebat ini.. resepi copypaste dr dapur Alongroz HomeKreation.. sayang alongg..


(Makes 8" sq)
INGREDIENTS:
225g/8oz Butter
240g Cooking Chocolate
3 Large Eggs
1 tsp Coffee Powder
1 tsp Essence Vanilla
250g Castor Sugar
60g Flour*
40g Cocoa Powder*
1/2 tbsp BP*
1 tsp Salt* (* mixed together)
1 1/2 packs Oreos Cookies - break & mix with 15g Flour
(1 pack = 137g but no need to be so accurate)

METHOD:
1. Melt chocolate & add butter.
Stir until smooth.

2. Whisk eggs, coffee, EV & sugar until smooth.
Add in chocolate mixture & stir well.
Fold in flour mixture until well mixed.
Finally fold in Oreos.

3. Bake 170C for 45 min.

Wednesday, February 17, 2010

Keria Keledek


jom makan....

Electric Multifunction Pressure Cooker..

baruuuu... keluar kotakk.. n testing..testing.. testing.. produk Amyway...multifunction.. high pressure/low pressure/ stir fry/ slow cook / steam/warm/reheat... sapa2 berminat boleh hubungi saya.. heheheh...

testing .. nasi tomato.. masa memasak 7 minit.. semua jenis nasi .. baryani, nasi lemak putih.. ijau ..hihihi.. nasi putih ... dsb ...tak kira byk ke sikit tetapi semuatnya masa memask 7 minit..

ayam mask merah juga... anggaran 15 minit masa memasak...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin