Sunday, December 14, 2014
TART NENAS
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..
Lainkali kecilkan saiz inti tu.. supaya tart awak comel lote.. hihihi.. Terima Kasih Ady Greatsword Empire Kitchen Recipes dan LinaKz Shaari atas perkongsian resepi dan idea.
Best Pineapple Tarts
Empire Kitchen Recipes
350g butter
100g condensed milk or sweetened creamer
510g plain flour / all purpose flour
2 egg yolks
1 egg yolk +1tsp milk, for egg wash
700g Pineapple filling (homemade or store-bought)
Method
1. Cream butter and condensed milk till light.
2. Add in egg yolk one at a time, and beat until combine.
3. Mix in flour, mix till become a soft and not sticky dough.
4. Roll pineapple filling into ball (8g each) and roll dough into ball (10g each).
5. Flatten a piece of dough and place a piece of the roll pineapple filling in the middle. Bring the edges of the dough together and press lightly to seal. Roll it in between your palms to shape it into a roll.
6. Cut few lines on the pineapple balls to create pineapple pattern, apply egg wash with a brush.
7. Bake in preheated oven at 165C (fan forced) for 23mins or till golden brown.
8. Cool completely before storing.
Homemade pineapple filling
1.5kg pineapple flesh (from ripe pineapple but not over ripe) , process finely in a food processor (do not add water)
250g coarse sugar (adjust accordingly)
Method
1. Cook pineapple flesh together with the juices in a wok over medium low heat until water reduced, stir from time to time.
2. Add in sugar and cook over low heat till thick, stir from time to time, takes about 1 hour.
Friday, December 12, 2014
ROTI
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..
Sudah 12 Disember hari ini..
Walaupun namanya cuti sekolah.. kerja2 sekolah tetap ada dan kena siapkan.
Daripada menyiapkan pelbagai minit mesyuarat, mengemaskini fail, menyiapkan buku perancangan sekolah tahun 2015, packing buku koperasi... aduhaiiii... makan tetap makan..
Saya cuba buat roti dengan bahan yang ada dirumah.
ROTI MUDAH
(Inspirasiku)
Bahan2nya
75 ml air biasa*
2sb susu pekat*
1 biji telur (B)*
*satukan
2 cwn tepung gandun
2sb gula pasir
1sk yis (yg aktif)
1sk baking powder
2sb margerin.
Cara2.
1. Masukkan semua bahan * dalam bread maker
2. Masukkan tepung dan bahan2 yg lain. (saya set program dough)/yang gagah perkasa boleh uli sendiri ya.
3. Biarkan doh mengembang 2x ganda
4. Tumbuk2 doh dan bahagikan doh kepada 10 bahagian dan kemaskan bentuknya ikut suka.
5. Biarkan doh mengembang sekali lagi. Sapu susu segar atas doh dan taburkan kekacang ikut suka.
6. Bakar 20 minit 180^.
7. Makan panas2 dengan homemade butterscoth.. yummyyyy
Monday, October 20, 2014
CONGO BAR LAGI!!!
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Saya suka buat congo bars..
CONGO BARS
Sumber resepi : Masam Manis
Bahan-bahannya
315 gm tepung gandum
2 1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
150 gm butter
320 gm gula perang - boleh kurangkan
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
250 gm chocolate chips
1 cawan kacang pican atau apa2 kekacang - optional
Kepingan badam untuk taburan - optional
Cara-cara.
Ayak tepung, baking powder dan garam dalam bekas beSar dan ketepikan.
Dalam bekas lain campurkan gula perang bersama mentega dan kacau rata sehingga butter melarut.
Masukkan telur sebiji demi sebijik dan putar sebati.
Masukkan esen vanila.
Masukkan tepung , baking powder dan garam yang telah di ayak dan kacau rata. Akhir sekali masukkan chocolate chips dan kekacang dan gaul sempurna.
Tuangkan adunan kedalam tin pembakar ukuran 13 X 9 yang telah digris dgn butter dan dialas dgn kertas minyak.
Ratakan permukan adunan dan taburkan kepingan badam dan chocolate chips jika suka sebagai hiasan.
Bakar pada suhu 170C selama lebih kurang 30 minit atau sehingga permukaan atasnyer kuning keemasan. Jangan terlebih bakar
Saturday, October 18, 2014
MUSHROOM SOUP
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Mushroom soup.. resepi Cik Mat Gebu.. Terima kasih Cik Mat.. izinkan saya CP resepi di sini.
MUSHROOM SOUP :-)
Sumber : Dapur Tanpa Sempadan
Bahan-bahan
250 g cendawan butang jenis segar.
800 ml air
250 ml susu sejat IDEAL
1 kiub ayam "Maggi"
1 biji bawang besar, didadu kasar
1 ulas bawang putih, cincang halus
2 1/2 camca besar mentega
1 1/2 camca besar tepung gandum
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Secubit garam
Sedikit cincangan daun parsley, untuk hiasa
CARA MEMBUATNYA :-)
- Cendawan dibasuh, lap kering dengan kitchen towel bersih. Asingkan 4 - 5 kuntum cendawan tadi dan didadu sederhana besar. Manakala yang selebihnya, hiris kasar. Ketepikan.
- Dalam non-stick wok (kalau tak de, belasah guna kuali biasa...) panaskan mentega, masukkan cendawan dan goreng hingga layu. Tambah bawang putih dan bawang besar, goreng hingga bawang besar layu sahaja. Masukkan tepung dan kacau rata2. Gunakan api kecil.
- Tuang air dan susu cair, kacau rata, masukkan kiub pati ayam dan biar mendidih perlahan sambil dikacau kerap hingga kuahnya menjadi sedikit pekat. Padamkan api dan biar ianya suam. Kemudian kisar halus, tuang dalam kuali semula.
- Masak dengan api perlahan hingga mendidih, masukkan cendawan yang didadu tadi, tambah serbuk lada hitam dan kacau rata. Masak hingga pekat. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam...(mat tak letak garam sebab kiub ayam tadi dah terasa garamnya). Hidangkan dengan menabur sedikit cincangan daun parsley dan taburan serbuk lada hitam serta garlic bread tadi......
Subscribe to:
Posts (Atom)