pisang tanduk (saja potong begitu) + biji sago + gula + garam + santan kotak jer + daun pandan..
Kerja2 mendonat yg dah lepas sebenarnya .. buat sebelah petang.. bila dah malam anak2 mcm tak layan pulak.. geram betul.. akhirnya buatlah donut frozen.. tpi terlebih goreng pulak.. cuma taklah sampai rentung.. pagi2 sempat goreng, nak ambik gambo pagi2 mmg tak munasabah kan.. ada yg dpt kuliah free pulak nnti.. yg sempat potong2 kecil untuk bekal ke sekolah..Resepi asal oleh Ros Jintanmanis yang memang hebat dengan resepi berjenis2 roti dan saya CP dari dapur Mas Duniaku.. terima kasih Ros dan Mas..
Donat Mayo
Resepi asal : Ros Jintanmanis
Bahan :
- 330 gram tepung gandum
- 1 1\ 2 sudu besar mayonis - Ros guna mayonis jenama kimball
- 1 sudu besar susu tepung@skim milk
- 1 biji telur - dipukul sedikit mengunakan garpu
- 140ml air suam
- 1 1\ 2 sudu besar marjerin
- 3 sudu besar gula
- 4 gram yis @ 1 1/2 sudu kecil
- sedikit serbuk gula sebagari salutan pada donut mayo ni nanti.
(gambar ambik kt sekolah .........)
Cara membuatnya :
- Buat doh, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
- Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
- Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
- Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.