Friday, February 25, 2011

CHOCOLATE OATS CRIPS

Agak sibuk jugak 2 - 3hari ni.. rabu dan khamis bertugas untuk acara akhir sebelum temasya sukan jun nanti .. dan hari ni nak ke pusat bowing di pacific mall bp .. ini biskut yang dibuat pada malam hari selasa lepas.. dah 2-3 kali saya menggunakan rspi ni .. ringkas n crispy ...terima kasih maklang azie..

Chocolate Oats Crips
Bahan
130g tepung gandum }
30g tepung jagung }
20g serbuk koko } ayak
½ sk serbuk penaik }
¼ sk serbuk kulit kayu manis }
¼ sk garam
90g Quaker Oat Segera
200g mentega
120g brown sugar
½ sk esen vanilla
badam nips(saya tambah sendiri)
Cara
1. Masukkan kesemua bahan yang diayak tadi dalam bekas.
2. Masukkan garam dan Quaker Oats segera dan gaul rata.
3. Pukul mentega, gula, vanilla sehingga gebu.
4. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit.
5. Uli hingga kental. Canai doh di atas papan yg ditabur sedikit tepung.
6 Potong atau terap dan letak atas dulang.
7 Bakar dengan suhu 160 selama 12-15 minit atau sehingga rangup.


8 comments:

  1. Assalam cikgu, wah ni boleh masuk list ni..ada oats, memang favourite my family..thank u for sharing..

    ReplyDelete
  2. wah sedapnya kak...nk order 1 balang boleh?hehe

    ReplyDelete
  3. Kakk... Mekasih kak... Saya pun mmg nk mncari resepi sekut oat. Tak esok lusa boleh la buat neh

    ReplyDelete
  4. Assalam kak na wah ade sekut kite ni dah list sekut ni lamaaaa dah tak terbuat2 lagi nak kena stert enjin turbo ni

    ReplyDelete
  5. Salam.. Kak Dzana, bukan ke Kejohanan Sukan pada bulan Jun nanti. Cepat betul sek akak.. Acara sukantara pun kami belum buat lagi..

    Sedapnya biskut ni.. Minta izin copy resepi. Tapi tak tau bila nak mencubanya.. :)

    ReplyDelete
  6. akak..nak sebalang...
    nampak sedapp la..

    ReplyDelete
  7. saya dapat bayangkan kesedapannya...best2... =)

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum..saya mintak izin resepinya sebab tengok bahan semua dah ada...sedap nampaknya..

    ReplyDelete