Wednesday, November 26, 2008

Nasi Goreng..

Dinner..simple jer..nak perabis nasi smlm dalam esbok.
pas ni cuti sementara dok kat dpur..
esok hingga 30 Nov nak bawa anak2 gi bcuti.. ke mana tu.. lum final lagik nak gi mana.. rasa nak ke Cherating ada, nak ke PD ada, nak ke KL pun ada.. cuaca pun tak brpa baik..hujan mcm nak banjir ....ikut jerk ler HB nak bawa ke mana..

Lunch di McD....

Hari ni melayan anak bujang ku yg sibuk nak jumpa kwn2 nye di Summit Parade.. so sementara menunggu si bujang tu layan syamira kat sini..bertambah tembam ler anak dara ku tu..baby effen..baby effen..

makan McChicken n ayam greng McD..

Paratha Puff

Hehehe.. tak boleh tahan tgok paratha puff ni kat dpr hana tu..tgok tu smpai tersalah beli roti canai segera tu.. terbeli yg gandum tulen punyer..apa pun rasa mmg sedapppppppp tuk brkfast pagi tadi...mkn espc masa panas2...bab nak buat filling mmg malas so stok sosej byak lak..so layannn..rspi asal oleh checkmate di MYR.. TQ check..rspi telah diubah suai

Bahan-bahan
roti canai segera- guna brand "Kawan"
Sosej kecil secukupnya -direbus sebentar
1 biji telur-pukul sikit
butter utk menggris

Cara-cara
1. potong paratha kepada 4 bhgn
2. letakkan sosej n gulong.
3. susun atas tin yg telah dilenser
4. sapu telur rata2 hiris2 atasnyer dgn pisau n bakar pd suhu 180c selama 15-20min

Hadiah Noorsha

Ni hasil kerja merayau kat blog noorsha.. dapat bawak balik mende ni..teringat kat rmh mak d kg..berkeliaran bila ptg or slps hujan..kat utan dah tak leh survive so kene le jln2 kat kg..kekdg tu anak beranak cucu cicit cam main roller coaster kat atas kabel telefon .. TQ noorsha atas hadiah comel ni...

**Sapa yang dapat award ni bolehlah letak dalam blog masing-masing.
**Link semula kepada orang yang bagi award ni kat korang
**Bagi award ni kat 7 orang yang bertuah.
**Tinggalkan lah mesej pemberitahuan yang korang dah bagi award kat tuan punya.

Nak beri pada sapa lagik ni.. fenin2 ..
1. Hazila
2. Ladyell
3. Alongroz
4. Edazman
5. Syazwani
6. sapa2 yg sudi....ikhlasss

Tuesday, November 25, 2008

Puding Labu

hahaha..ni lah last hasil kerja kat dapur ari ni..mlm tadi merayau kat Carefour jumpalah si labu kecik molek ni..90 sen jer sebijik.. HB suruh buat pengat..tapi pandai2 jerk try buat puding labu..rspi dr MYR gak oleh Alongroz yang cun n teror memsk..pandai2 jer pi kukus labu ni..45 minit.. bhg tengah dah msk tapi lum set..rspi copypaste jer ni Along.. TQ Along

Bahan-bahan ( 1 biji labu kecil )
1 biji labu kecil yg cukup masak (diameter lebih kurang 4-5 inchi) -
Agak2 1/2 peket santan intant (tuang air dlm labu pas tu ukur brp ml ..hehe..nak tau brp isipadu..cam experimen dlm lab gitu..)
2 biji telur
2 sudu mkn tepung gandum
4 sudu mkn gula - kalau nak lebih manis boleh tambah lebih
1/4 sudu teh garam (lupa nak letak.. tapi boh esen vanila)


Cara-cara
1. Labu di cuci bersih & kemudian potong bahagian atas nya. Korek biji di bahagian dalam nya.
2. Santan, telur, tepung, gula & garam di pukul sehingga sebati. Tuangkan ke dlm labu tadi. 3. 3.Letakkan tutup nya (tangkai labu mesti dibuang )
4. Masak dlm microwave suhu "High" selama 5-7 minit i.e. lepas 5 minit check & tambah every 1 minit. Kalau puding nya masih belum set/keras, buka tutup nya & masak lagi 2-3 minit
. (Kukus smpai masak.. kurang 45 minit kot..)
Yang ni utk dik Ina Jepun tu....

Iced Chocolate

Minuman yang sedapppp n menyegarkannn.. rspi oleh Maya di MYR.. TQ Maya

Bahan-bahan
Hersheys chocolate syrup
Magnolia fresh milk


Cara-cara
1. Masukkan hersheys syrup ke dlm gelas. Biarkan dia mendap.
2. Tuang fresh milk slow2. Masukkan ice cubes.
3. Kalau ade whiped cream semburkan.

Blueberry Jam Muffin

Saja post pic byk2..nak bagi terliuq pada kengkwn yg dtg sini... mcm kemaruk muffin lak minggu ni..kali ni buat breakfast pagi tadi.. 2x buat..fisrt round tuk anak2.. n 2nd round tuk breakfast akak2 yg keje mengendap kat ofis skool tu...jgn marah... keja rajin2 ye..klau rindu buka jer pintu dzanariah tu...
kali ni mencuba rspi Yani di MYR.. mudah menyediakannya.. TQ Yani berkongsi rspi ini..copypaste jer ni

Bahan-bahan ( 12 biji- small size )
70g butter-suhu bilik
60g gula
1 biji telur-suhu bilik
2-3 titik esen vanila
4 sudu besar susu segar
100g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
blueberry jem secukupnya.

Cara-cara
1. Pukul butter sehingga jadi bentuk krim. Kemudian masukkan gula pukul sehingga putih.
2. Masukkan pula telur dan kacau. Diikuti dgn esen vanila dan susu segar. Pukul sehingga sebati.
3. Ayakkan tepung + baking powder ke dalam no.2. Kacau dengan spatula.
4. Isikan 1/2 bekas muffin dengan adunan tadi. Kemudian isikan 1/2 sudu jem. Masukkan 1 sudu besar lagi adunan muffin.
5. Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 25 minit.

Monday, November 24, 2008

Makannnnn....

Tekak ni ttiba rasa nak mkn bubur lak..so layan bubur ayam di WI, Batu Pahat...
My favorite..roti nan yg dibakar dlm tempayan rega RM 1.20 ...sedappp mkn panas2..

Bubur ayam... Rm 3.50 jerk..

Bubur ayam lagik..

Otak-otak..berkeping2 pun tak cukup.. 50 sen sekeping...

Coffee Muffin

Antara rspi dlm waiting list(WL)...hasil jelajah ke dapur wani n mamafami..
pagi2 ni pulak ternmpk mufin cheese kat dpur ummi.. tmbh lgik le WL tu...rspi ni copypaste dr dpur wani..TQ untuk semua sumber inspirasiku...

Kim's Moist MuffinsSubmitted by: Kim-Marie
Serves: 12
Preparation time: 15 minutes or less
No melting butter or beating sugar until fluffy!
Easy to cook and easy to eat!

Ingredients
220 g self-raising flour (1 1/2 cups)
1/2 - 3/4 cup vegetable oil (dinasihatkan guna 1/4 - 1/2 cawan je)
3/4 cup buttermilk or regular milk (guna susu sejat...)
1/2 - 3/4 cup caster sugar
1 egg, lightly beaten
1 teaspoon vanilla extract ( guna coffee paste)
150 g added flavours (frozen raspberries, dark/milk/white choc bits, grated apple, mashed banana) (...guna almd nibs)


Method
1. Preheat oven to 180°C.
2. Grease muffin tins or use liners.
3. Mix all dry ingredients together and make a well.
4. Mix all wet ingredients together and pour into the well.
5. Add flavourings and mix well until just combined.
6. Place in tins and bake for 15-20 minutes or until lightly browned.

Saturday, November 22, 2008

Vegetarian Frittata

Sarapan pagi ni.. ambik rspi dr 'Mayonnaise in 101 ways'.. terjumpa masa mgemas buku2 lama tu.. n ubah suai sendiri..

Bahan2
1 biji bwg besar, dicincang halus
2 ulas bwg putih, dicincang halus
4 biji telur
2 sudu bsr mayonis
1 biji tomato dicincang halus
4 biji mushroom hiris nipis
sedikit daun bwg
garam n pepper secukupnya.
cheddar cheese secukupnya ( guna slice cis)

Cara-cara
1. Panaskan oven 180C
2. Goreng bwng bsr n bwg putih hingga wangi dgn sedikit minyak
3. Pukul telur n mayonis hingga sebati, tambah bwg, keju parut, mushroom, daun bwg, tomato. Perasakan garam dan lada.
4. Ceduk adunan 3/4 penuh ke dlm tin pembakar yg telah digris minyak.
5. Bakar 15 min or hingga msk.

Cup Cakes

Cup cakes yg belum di deko..


Ini ler rupa cup cake yg telah ku deko kan..semua ni penangan dr dik ina hana tu.. sepjg hayat mmg tak pernah buat menda ni..nmpk mmg mudah nak mdeko tu tapi klau tak kreatif mmg tak mjadi..kebetulan art kita ni setakat mlukis org lidi..apatah lagi nak buat rose cam dik ina tu.. boleh ttido atas cup cake tu ler jwpnye..syabas tuk dik ina yg mmg berbakat mendeco tu.. syamira kata ibu buat semua bunga caktus.. tak pa ler dik kita kan tak jadi gi cameron highld so ni ler tmn caktus kat cameron tu....hahaha.. rspi cup cake ni dr MYR oleh kak fida iaitu mix fruit cup cake.. butercream tu pulak rspi SL.. TQ kak fida n SL ...rspi d bwh ni ini copypaste dr MYR n SL.
Mix Fruit Cup Cake

Bahan-bahan ( 10 biji )
1 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
3 1/2 sb (55g) mentega
1/4 cawan gula halus
1/2 cawan mix fruits
1 biji telur - dikocok
4 sb susu manis/pekat
1 sk perasa oren
secubit garam
secukup mangkuk kertas


Cara-cara
1. Tepung dan baking powder diayak di dalam sebuah mangkuk dan masukkan mentega dan gaul dgn hujung jari hingga menjadi seperti serbuk roti.
2. Masukkan gula,garam,mixfruits dan gaul rata dgn menggunakan garfu dan masukkan pula susu,telur dan perasa oren dan kacau hingga sebati.
3. Masukkan 1 sudu besar penuh adunan ke dlm mangkuk kertas hingga habis.
4. Masukkan ke dlm oven yg tlh dipanaskan dulu dan bakar selama 1/2 jam pd suhu 180C atau hingga masak.Sejukkan cup cakes di atas redai kek.

Butercream
Bahan-bahan:
250gm butter
200gm shortening
1 tin susu pekat - ikut manis
Caraku:- putar sumer bahan hingga kembang

Friday, November 21, 2008

Nasi Tomato

Lunch hari ni.. lepas buat breakfast terus dok dpur masak nasi ni..cam dah expert sikit..tak yah tgok rspi..rspi sblum ni dah N3 n ada di sini.. tgh mmsk.. jiran sebelah cikgu azie dtg nak berborak n bawa ole2 ..wajik..dah lama tak makan wajik ni..sedapp.. siap tabur kismis lagik..sempat ler tapaw kan nasi tomoto ni..

Thursday, November 20, 2008

Bubur Terigu

Projek lepas masak utk lunch tadi..bubur biji gandum/terigu/white wheat..lastly mkn masa kursus di Tropical Inn ari tuh.. lagi sedap masukkan kuib2 ais masa mkn bubur ni.. mudah menyediakannya ...rebus biji gandum hingga kembang, masukkan sehelai daun pandan, secubit garam,gula ikut manis n santan secukupnya..dah siap..

Wednesday, November 19, 2008

Apple Tart

Lebihan sweet pastry masa raya pose ari tuh..smpi dah nak raya haji..hehehe..masa raya boh cheese n blubery atas tart ni.. filling tart ni cilok kat umh Jo utk rspi peach tart.. dlm esbox yg ada epal so jadilah epal tart.. TQ Jo..ikut rspi asal pastry n filling trus bakar sekali oleh krn nak perabis stok pastry yg ada maka guna jer filling rsp jo n.. keras sikit filing ni coz pandai2 ubah sdiri.. padan mukaaaa ..sesiapa yg nak mencuba ikutlah rspi asal yer.. n boleh juga klik di sini ..rspi dibwh ni kopipes dr rmh JO..

Frangipan Filling:
100g butter
90g serbuk badam -ground almond (boh 50 gm jer..konon nak kurangkan rasa lemak tu..)
2 biji telur - 1 biji buang putih ( boh semua.. nak jimattt..)
30gm tepung gandum (boh 40 gm)

Cara:
Pukul butter sampai lembut, masukkan telur, pukul lagi, masukkan gandum & serbuk badam, pukul sampai sebati.
Ratakan atas sweet pastry yg telah masak. susun pear. bakar @ 180degC 40 min atau hingga masak.

Hadiah dr Hana lagi...

Pemberian dr hana..bru sempat nak post.. TQ hana atas ingatan n sokongan.. juga dipanjangkan kepada kwn2 yg berkunjung ke sini..

Saturday, November 15, 2008

Award Lagi...

Dik Ina Hana yg beri award ni..very best blog ever hehehe..bolehlah tu..cam perasan lak.. yg mberi tu lgi very very best ....TQ dik Ina..Award ni juga dipanjangkan untuk kwan2 cyber yg banyak memberi sokongan..

Roti Manis n Mexican Bun


Buat lepas subuh tadi untuk brfast..
ikut rspi base roti yg ada seblm ni..
kali ni guna tepung gandum coz
terlupa tpg roti dah abisss..
nak rspi lengkap pi jer kat sifu Yani@ MYR, sifu Alongroz .. or anak2 buahnyer cam hana n rmai lagik tak ingat ler...

Hadiah From Wani

You Are My Sweet Tart from  syazwaniadnan


Terima kasih wani...You are my sweet tart also..... sesiapa yg singgah disini silalah ambil yer..yum..yum.. yum...ikhlassss..


huuuuuuu...nak tart..nak tart.. kat sbelah tu projek tart terbengkalai..coz byk sgt waiting lis....



Friday, November 14, 2008

Mee Goreng

Mee goreng sempoi.. enak dimakan panas2 n time lapo..

Thursday, November 13, 2008

Puding Roti

Aimman kata asyik buat yg sama jer bu.. hehehe.. senang n nak perabissss roti...

Tag Hana ...My Workstation

Rules:
snap work station anda then...
taruk link blog anda kat bawah gambar work station anda...
iaitu bersebelahan dengan link-link blog yang ada..
tengok contoh yang dibuat nih...
begitulah seterusnya sampai bila-bila, ok...
sekiranya tag ini berkembang...
pasti akan ada banyak link-link di bawahnya...
kalau tak... terencat la dia... ha ha ha...lastly...tolong pass tag ini pada tujuh (7) blogger lain...
pass la pada siapa-siapa..

<k.chik> <ela> <k.ctdelima> <hana><zana>

yang nak tgok sangat port ni dik ina Hana tu..aah..

Ini ler port buat kerja2 mengendap.. hehehe..slalu tak cun mcm ni..sbb nak show off kene ler general cleaning...kat belakang tu penuh dgn kerja2 yg tak siap...

Sapa lgi mangsa yg nak kene tag nih.. rasa2nyer cam Hazila, Edazman, Ladyell, Syazwani, Aliyanuar, Are dan Tirana..

Wednesday, November 12, 2008

Chicken Ball Spaghetti

Melayan reqst Aimman.. Aimman kata sedappp.. yg lain mcm2 komen ader.. klau dah tekak jawa mkn benda2 cam ni.. rasa nak tuang sambal kicap jerk...hahaha...resepi biasa2 je.. guna pasta sos, tumis bwg besar n bwg putih,btg seleri, mushrom n chicken ball.

Hadiah Fiza, Ladyell n Aliyannuar


Fizanordin, novelis yang gigih tu yg beri hadiah ni.. malu gak nak post di sini..almaklumlah rasanyer lum smpi ke thp tu..msk pun bila sempt..tpi sejak ada kwn2 cyber ni cam dah kureng mkn kat luar ..tapi bila hantu "M" tu dtg..hantu betul pun boleh tabik spring U... TQ fiza atas pghrgaan ini..cam dah ramai yg ada tapi...ssiapa yg lum ada tu amik yer.. ikhlasssss..
Ini Ladyell yg beri, smpi terlupa nak post..ampun ell, lainkali akak tak buat lgi.. Ell beri bersama2 tag pic ori.. hahaha.. malu nak ambik pic sndiri coz tak lawo..nnti akak tunaikan tag Ell tu..ni kira masuk buku 35..TQ ell ..atas pghargaan ini..hadiah ni juga suka nak beri pada Alongroz, Azie, Hana, Fizanordin, Hazila, K ummi,Noorsha,Edazman, Aliyannuar n ssiapa yg singgah di blog ini..ikhlassss

Taraaaa.. ini ole-ole dr Aliyannuar..ampun Aliya..bru post ari ni.. mmg lum smpai tempt ni.. tak apa tgok pic dulu..pas ni InsaAllah ada rezeki,pjg umur..sampai la agaknya..TQ Aliya..

Tuesday, November 11, 2008

Cream Puff versi Coklat...

Buat lagik.. kali ni versi coklat..anak2 cam tak berkenan..suka yg ori gak..yg ori pun buat gak..

nak bawa ke skool esok.. rspi CP versi coklat ni Along punyer..ada di MYR..di dapur hana pun ada, versi milo..hehehe..versi kacip fatimah pun ada di MYR@Yani.. mcm2 adaaaaa... TQ semua..



Sunday, November 9, 2008

Puding Karamel.

Favorite anakku aimman.. rspi asal di MYR oleh Alia.. mudah n yummy..yummy.. rspi cpypaste n ubah suai sikit jer..TQ Alia

Bahan-bahan
400ml susu segar/susu cair
5 sudu besar gula halus
4 biji telur
2-3 titik esen vanila


[ Karamel]
5 sudu besar gula
2 sudu besar air


Cara-cara
1. karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
2. Masukkan telur ke dalam mangkuk, masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
3. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.

4. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
5. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
6. Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.