Saturday, November 22, 2008

Cup Cakes

Cup cakes yg belum di deko..


Ini ler rupa cup cake yg telah ku deko kan..semua ni penangan dr dik ina hana tu.. sepjg hayat mmg tak pernah buat menda ni..nmpk mmg mudah nak mdeko tu tapi klau tak kreatif mmg tak mjadi..kebetulan art kita ni setakat mlukis org lidi..apatah lagi nak buat rose cam dik ina tu.. boleh ttido atas cup cake tu ler jwpnye..syabas tuk dik ina yg mmg berbakat mendeco tu.. syamira kata ibu buat semua bunga caktus.. tak pa ler dik kita kan tak jadi gi cameron highld so ni ler tmn caktus kat cameron tu....hahaha.. rspi cup cake ni dr MYR oleh kak fida iaitu mix fruit cup cake.. butercream tu pulak rspi SL.. TQ kak fida n SL ...rspi d bwh ni ini copypaste dr MYR n SL.
Mix Fruit Cup Cake

Bahan-bahan ( 10 biji )
1 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
3 1/2 sb (55g) mentega
1/4 cawan gula halus
1/2 cawan mix fruits
1 biji telur - dikocok
4 sb susu manis/pekat
1 sk perasa oren
secubit garam
secukup mangkuk kertas


Cara-cara
1. Tepung dan baking powder diayak di dalam sebuah mangkuk dan masukkan mentega dan gaul dgn hujung jari hingga menjadi seperti serbuk roti.
2. Masukkan gula,garam,mixfruits dan gaul rata dgn menggunakan garfu dan masukkan pula susu,telur dan perasa oren dan kacau hingga sebati.
3. Masukkan 1 sudu besar penuh adunan ke dlm mangkuk kertas hingga habis.
4. Masukkan ke dlm oven yg tlh dipanaskan dulu dan bakar selama 1/2 jam pd suhu 180C atau hingga masak.Sejukkan cup cakes di atas redai kek.

Butercream
Bahan-bahan:
250gm butter
200gm shortening
1 tin susu pekat - ikut manis
Caraku:- putar sumer bahan hingga kembang

No comments:

Post a Comment