Monday, October 31, 2011

NASI LEMAK biasa2 jer

Anak2 ibu punya keje.. yg dakwat biru pesanan syamira ... 2- 3hari selepas tu pesanan dah bertukar pulak.. berdakwat merah.. aimman punya keje..

nasi lemak di petang hari.. nk buat nasi lemak hijau(pandan) nnti ada org komplen pulak.. so saja2 n suke2 titiskan pewarna hijau atas nasi yg hampir kering.. bila nasi dah tanak baru kacau2 nasi tu.. ada lah warna hijau sikit2 ...

Sunday, October 30, 2011

BAKED MACARONI

Habis sudah cuti2 Deepavali.. tak ke mana2 pun.. melayan aimman yang bakal menduduki peperiksaan SPM bertulis 14 Nov nanti .. dah lama nak buat baked pasta ni.. asyik tertangguh2 sehinggakan mozarella cheese yg dibeli hampir luput tarikh.. hari ni sempat jugak memenuhi permintaan syamira yg nakkan samosa lagi.. ini kira menu breakfast merangkap lunch yer .. guna resepi Dayang dari Dapurku Sayang.. Terima kasih dayang.. akk CP resepi utk dikongsi bersama .. untuk lihat hasil yang sangat cantik bolehlah jengok ke dapur dayang yer.. hasilnya tak cantik bila dipotong.. tentu ada silap dimana2 tu .. yg pasti sos putih akk ni mmg cukup2 jer... begitu juga sos pasta tu.. macam sikit pulak .. lain kali kene lebihkan .. akk punya berderai bila dipotong.. panas2 terus kene terkam.. tak sempat nk menyejuk.. anyway pasta camni mmg sedap mkn panas2.. tq again dayang!..


selepas dituang sos putih dan taburan mozarela cheese..
baru kuar oven.. best- best...

Baked Pasta

bahan-bahan : untuk 4-5 orang makan
  • 2 cawan makaroni + 1 cawan pasta spirals (direbus ala dente* dan toskan)
  • 150 g minced beef/chicken
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
  • 1 tin kecil puri tomato atau 1 botol kecil sos spagetti
  • sedikit sos cili
  • sedikit sos tomato
  • sedikit garam
  • 1 sudu besar mentega
Sos Putih :
  • 2 cawan susu segar
  • 1 sudu besar mentega
  • sedikit lada sulah
  • 2 sudu besar tepung gandum (dibancuh dengan sedikit air)
  • 1 slice cheesedale atau 30 g krim keju
  • sedikit garam dan gula
  • lain-lain : keju parut dan oregano
Cara-cara :

  1. Cairkan mentega di dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan daging/ayam cincang dan kacau hingga airnya kering.
  3. Barulah dimasukkan puri tomato atau sos spagetti. Gaulkan sebati. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, garam dan gula secukup rasa. Setelah kuahnya pekat. Tutupkan api.
  4. Satukan kuahnya dengan pasta tadi dan gaulkan hingga rata. Boleh juga letak mushroom jika suka.
  5. Sementara itu, untuk sos putih : Cairkan mentega di dalam kuali leper/periuk. Kemudian masukkan cheesedale atau krim keju. Kacau hingga cair. Barulah dituangkan susu segar. Masak hingga susu mendidih. Masukkan lada sulah, sedikit garam dan gula.
  6. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung dan kacau lagi hingga pekat. Tutupkan api.
  7. Sediakan bekas tahan panas atau loyang aluminium. Sapukan dengan mentega. Masukkan pasta tadi di dalamnya dan ratakan dengan sos putih.
  8. Taburkan keju parut dan oregano.
  9. Bakarlah selama 35-40 atau hingga keperangan dengan suhu 160C.

Saturday, October 29, 2011

AGAR-AGAR SANTAN PANDAN

Ubahsuai sikit agar-agar santan gula merah kak watie .. terkurang meletak pewarna hijau.. but rasa pandan original tu yg penting..

AGAR-AGAR SANTAN PANDAN
(Ubahsuai : Inspirasi)
Bahan-bahan:
  • 10g serbuk agar-agar
  • 1/2 cawan gula putih (manis sedang2 jer.. klau nk rasa manis betul boleh tambah)
  • 1000 ml air (air pandan + air biasa )
  • 100ml santan kotak( cap ayam)
  • 1 biji telur dipukul dengan santan tadi
  • secubit garam
Caranya:
  • Masak air , serbuk agar-agar dengan gula hingga larut.
  • Kecilkan api
  • kemudian tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga mendidih
  • Tuang kedalam acuan yang anda suka
  • Sejukkan baru di didinginkan dalam peti sejuk!

Friday, October 28, 2011

PUDING ROTI SOS KASTARD

Menghabiskan stok roti sebelum luput tarikh.. dalam cuaca sejuk sebelah petang @hujan.. masak apa pun memang sedap..

PUDING ROTI
(Sumber : MYRESEPI)

Bahan-bahan

  • 4 keping roti, disapu mentega/ saya guna 8 keping roti gardenia
  • 450ml susu segar/ 600 ml susu
  • 3 biji telur
  • 25g gula/ 3/4 cawan gula
  • 1 sudu besar tepung kastard/ 2sb tepung jagung
  • Kismis secukupnya

Cara-cara

  1. Potong roti sesuka hati dan susun di dalam loyang.
  2. Panaskan susu di atas api(jangan sampai mendidih).
  3. Pukul telur dan gula sampai kembang dan masukkan susu yang telah dipanaskan.
  4. Masukkan tepung kastard dan kacau hingga sebati.
  5. Tuang campuran atas susunan roti. Biarkan selama 15min supaya roti kembang.
  6. Bakar 20-30min pada suhu 180. Kemudian sejukkan. (Lainkali saya perlu kurangkan masa membakar .. leka.. mcm terhangus pulak..)
Bahan sos kastard

1 tin susu cair
2 sb tepung jagung
2 sb gula
sedikit esen vanila

Cara2
Satukan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.

Thursday, October 27, 2011

POPIAH BERINTI CRAB STICK

Sarapan hari ini... menghabiskan stok kulit popia hari tu.. teringat pulak keenakan bersarapan popia semasa berkursus di hotel tempohari .. kebetulan ada crab stick dan mix vegi dalam freezer .. so letak jer la kan..
POPIA INTI CRAB STICK
(by Inspirasiku)
Bahan2
Kulit popia secukupnya
sebungkus filamen ketam
1/2 biji bwg besar potong dadu
2 biji bawang putih cincang
2 cwn mix vegi
2 sb sos tiram
sedikt minyak utk menumis
minyak utk mgoreng

Cara2
1. Tumis bwg putih n besar hingga layu, masukkan sos tiram.
2. Masukkan mix vegi dan masaklah sehingga kering. Sejukkan
3. Letakkan sedikit sayur tadi bersama crab stick atas kulit popia dan gulung. sapukan dipenghujung kulit popia dgn air sbg pelekat.
4. Goreng 'deep fryer' dgn api perlahan.

Tuesday, October 25, 2011

SAMOSA INTI KENTANG

Tiba-tiba terasa nak makan samosa.. kalau beli selalu tak berkenan kat intinya.. bila buat sendiri dapatlah buat inti mengikut citarasa sendiri.. boleh letak ektra sana sini kan..
SAMOSA INTI KENTANG
(by: Inspirasiku)

Bahan2nya
Kulit popia secukupnya.
Sedikit air utk melekatkan kulit popia/guna putih telur pun boleh..

4 biji kentang potong dadu
200 gm ayam kisar
*1/2 biji bawang besar kuning potong dadu
*2 ulas bawang putih cincang halus
2 sudu besar serbuk kari - bancuh ngan 2sb air
Daun sup - hiris halus
garam dan gula secukup rasa
M
inyak untuk menumis & mengoreng

Cara-cara

  • Panaskan minyak. Tumis bahan bertanda* . Masukkan pes kari, dan sedikit air.Biarkan sehingga terbit minyak. Masukkan ayam dan gaul rata . Biarkan seketika kemudian masukkan kentang dan biarkan hingga empuk.
  • Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  • Akhir skali masukkan daun sup. Matikan api. Sejukkan.
  • Untuk membuat kelongsong samosa, Kulit popia potong kepada 2 bahagian dan sambungkan/gunakan air sbgai bahan pelekat kepada 2 bahagian tadi secara memanjang. Masukkan inti tuna dan lipat seperti biasa.
  • Panaskan minyak. Goreng hingga kekuningan. Angkat dan toskan.

Sunday, October 23, 2011

TART TELUR

Dah lama simpan resepi ni dalam folder buku resepi .. bila cari2 balik dari blog nur nak di 'link' tak jumpa pulak resepinya.. satu lagi resepi pilihan utk membuat tart telur.. terima kasih nur my little kitchen..

Egg Tart Nur dari my little kitchen
(Copypaste : NURMy Little Kitchen)
Bahan Pastri
125 gm mentega sejuk
60 gm gula aising
1/2 biji telur putih
1 biji kuning telur
200 gm tepung gandum
1/2 sudu kecil vanilla essence

Bahan Untuk Telur Custard
280 gm fresh milk
160 gm sugar
3 biji telur
1/2 sudu kecil vanilla essence

Cara-Cara
1. Pukul mentega bersama gula aising hingga rata.
2. Masukkan putih dan kuning telur, kacau rata.
3. Masukkan vanilla essence, kemudian masukkan tepung, gaul rata hingga jadi doh. Biarkan 10 minit. Ambil sedikit doh dan masukkan ke dalam acuan tart sambil ditekan dan kemaskan.
4. Bakar doh tart separuh masak.
5. Untuk membuat egg custard, panaskan gula dan susu. Apabila telah gula telah hancur, matikan api.
6. Pukuk telur dan masukkan kedalam bancuhan susu tadi. Di kacau sebentar saja.
7. Masukkan perisa vanilla essence.


Thursday, October 20, 2011

LEMPENG KELAPA

Kisah yg dah berlalu.. lempeng kelapa dan sambal tumis ikan bilis.. makan2 di musim hujan petang...

MUSHROOM SPAGHETTI

Western.. yg di melayukan.. macam biasa.. sos spgetti mushroom Kimball yg ditumis bersama bwg bsr dipotong dadu dan lada kisar 'kasi pedas'.. saya tambah hirisan mushroom n sosej goreng serta mix veg.. rebus spggti seperti arahan pada pembungkus.. dah siap..

Tuesday, October 18, 2011

BINGKA TAPAI UBIKAYU

Bingka tapai ubikayu yg sedappp... resepi ciptaan AlongRoz@HomeKreation.. sangat mudah myediakannya, saya blend semua bahan dalam 'blender' n sedia utk dibakar.. TQ Along yer.. Tapai ubi saya dapat dpd sekolah (lebihan dessert semasa hari anugerah kokurikulum 2011)..

BINGKA TAPAI UBIKAYU(BAKED FERMENTED TAPIOCA)
Recipe created by: Roz@HomeKreation
Makes 9" round or 8" square
INGREDIENTS:
500g Mashed Fermented Tapioca (see here)
1 cup Sweetened Creamer / Condensed Milk
1 packet (200ml) Coconut Milk
2 Eggs
1/2 cup Flour
1/2 tsp Salt
Orange Coloring

METHOD:
1. Mix all ingredients until well mixed.
2. Pour into well greased tin.
3. Bake 180C for 1 hour and top is brown.

Monday, October 17, 2011

TAUHU GORENG

Tauhu Goreng!!!!!... kes terlupa membeli taugeh.. sagat carot n potong2 timun jer.. berlawan2 makan dgn syamira.. diluar hujan renyai2..

Bahan2
2 keping tauhu lembut.. potong ikut saiz yg di sukai dan goreng 'deef fryer'
Timun /Carot/ Taugeh..

Utk Sos
4 sb sos chili thai.. saya bancuh dgn sedikit air..
@ sambal kicap kalau ader.. hihihi.. malas nk buat
kacang tanah utk tabur atas tauhu.

Sunday, October 16, 2011

KEK LAPIS CHEESE PESONA

Baru ada kesempatan mencuba resepi kek lapis cheese yang mudah n sedap ini..Rasanya ramai blogger2 kaki masak dah membuatnya.. resepi oleh ryoAzhar @ adik Hasue .. tq ryo .. saya buat setengah dpd adunan sahaja.
KEK LAPIS CHEESE PERSONA
resipi : Ryo@Ryoazhar

Bahan2: (Saiz 9x9)
A:
2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (ryo guna jenama LEE)
500 ml susu segar,dipanaskan

B:
500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
10 ml susu segar
1/2 cawan gula halus

Caranya :
Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati
Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
Panaskan susu segar,padamkan api.
Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
Pastu sapukan adunanan cheese di atasnya,ratakan
Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..)
Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.

Sunday, October 9, 2011

FRUIT TARTLET @ Seri Sawit

Mencuba resepi dari Buku resepi Seri Sawit pemberian kawan semasa di sek men dulu yg kini bertugas di Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Kajang Selangor.. Terima Kasih Nizam .. InsyaAllah akan saya cuba resepi yg lain nanti..

Bahan2.. saya tak gunakan coklat masakan tu.. utk kastard saya 1 guna 1 biji telur.
cara2...
kiwi n strwbery..

dah siap.. n dah abis pun.. baru sempat nk post... minta maaf kwn2 tak dpt nk myalin resipi.. Insyaallah kalau keadaan kesihatan saya mengizinkan ..saya akan update resepinya n membalas kunjungan kawan2 yg saya sayangi..

Wednesday, October 5, 2011

KEK KUKUS PELANGI

Kek lagi... resepi dari dapur Nazrah Bakery.. TQ naz kerana berkongsi resepi.. smga rezeki naz berniaga kuih muih terus melimpah ruah.. kek ini tekturnya lembab n lembut .. memang diluar jangkaan.. sangat menepati citarasa saya.. n hasil 'ketamakan' saya .. dapatlah kwn di bilik guru menjamahnya esok.. sebenarnya kek ni saya buat 1 1/2 adunan dan menggunakan loyang 10' x 10'.. saya minta izin dari naz CP resepi disini.. terima kasih nazrah..

KEK KUKUS PELANGI


Rujukan : Buku Steamed Cake
Dari rumah : Nazrah Bakery

Bahan2

250 gm mentega / * 375 gm
5 biji telur gred B/* 7 biji
250gm tepung superfine/ 375 gm tpg naik sendiri
225 gm gula caster (kita kurangkan kepada 180 gm)/* 300 gm
100 gm susu pekat manis /*150 gm
1/2 sudu besar serbuk penaik/* tak letak coz guna TNS
1/2 sudu besar esen vanilla / * 1 sb

Hiasan : Pewarna

Cara2

1. Pukul telur dan gula sehingga kembang dan pekat
2. Ayak tepung dengan serbuk penaik dan ayakkan ke dalam adunan telur dan kaub balik adunan.
3. DI bekas yang lain pukul mentega dan susu sehingga gebu.
4. Masukkan adunan mentega ke dalam adunan telur tadi dan sebatikan adunan.
5. Bahagikan adunan dan warnakan.
6. Acuan 8" bulat/* loyang 10' x 10'
7. Sendukkan adunan berselang seli sehingga habis dan tutup acuan dengan aluminium foil
8. Kukus selama 1 jam 30 minit./* 2 jam

Catatan : yang bertanda * utk rujukan saya .. resepi asal boleh klik di SINI

Sunday, October 2, 2011

AYAM GORENG OATS

Tgok kt dapur Mas Duniaku hari tu.. mmg terus berkenan.. coz bahan2nya ada dalam stok n yg penting tak ambil masa yg lama utk myediakan.. TQ mas berkongsi resepi.. akk CP resepi mas ye..

Ayam Goreng Oats
Resepi : MasDuniaku
Bahan :
  • 1 keping dada ayam @ peha ayam tanpa tulang - potong dadu
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 1 sudu kecil serbuk kari
  • sedikit garam
  • 1/4 kiub ayam
  • 1/2 biji telur - dipukul sedikit
  • 3/4 cawan oats
  • 2 @ 3 sudu besar tepung kastard
  • minyak secukupnya untuk menggoreng
Cara membuatnya :
  1. Gaul ayam dengan serbuk lada sulah, kiub ayam dan serbuk kari hingga sebati. Boleh tambah sedikit garam jika perlu. Perap sebentar.
  2. Letakkan telur yang telah dipukul sedikit tadi pada ayam yang telah diperap dan gaul sebati.
  3. Taburkan oats pada ayam yang diperap tadi dan juga tepung kastard hingga oats dan tepung kastard melekat elok pada ayam tu.....
  4. Goreng dengan minyak panas hingga keemasan.
  5. Apabila dah masak, angkat dan toskan. Hidangkan dengan sos kegemaran.


Saturday, October 1, 2011

KEK COKLAT MOIST KUKUS again..

Kek Coklat n aiskrim keladi di petang hari... sedappp.. melupakan sekejap penyakit yg ader.. saya mmg suka guna resepi ni bila buat kek coklat... resepi Alongroz di MYR.. tq along sayang n tuanpunya asal resepi.. bbrp hari lepas terpandang hasue membuat kek yg sama..

KEK COKLAT MOIST KUKUS

Sumber : MYR @ Alongroz

Bahan-bahan ( 8-9 inchi bulat )

  • 100g Serbuk Koko*
  • 1 tin Susu Isian Cair*
  • 200g Minyak Masak Sayuran*
  • 250g Susu Pekat*
  • 4 biji Telur - pukul sehingga berbuih..
  • 250g gula kastor
  • 150g Tepung Gandum
  • 1 st Bic Soda
  • 1st Baking Powder

Cara-cara

  1. Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin. Tak payah sampai menggelegak.
  2. Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn mixer. Gaulkan bhn2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati.
  3. Masukkan ke dlm tin yg di lapik & minyakkan. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.
  4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing.
  5. Untuk ganache atas kek lihat resipi dari hana6877: resipi no. 4580