Sunday, October 16, 2011

KEK LAPIS CHEESE PESONA

Baru ada kesempatan mencuba resepi kek lapis cheese yang mudah n sedap ini..Rasanya ramai blogger2 kaki masak dah membuatnya.. resepi oleh ryoAzhar @ adik Hasue .. tq ryo .. saya buat setengah dpd adunan sahaja.
KEK LAPIS CHEESE PERSONA
resipi : Ryo@Ryoazhar

Bahan2: (Saiz 9x9)
A:
2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (ryo guna jenama LEE)
500 ml susu segar,dipanaskan

B:
500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
10 ml susu segar
1/2 cawan gula halus

Caranya :
Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati
Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
Panaskan susu segar,padamkan api.
Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
Pastu sapukan adunanan cheese di atasnya,ratakan
Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..)
Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.

5 comments:

  1. salam zana..bestnya kek lapis cheese pesona ni..mmg hari tu lg teringin nk buat, tp krim cheese ileeekkk...hiihhii..ape pun akan ku try jua suatu hari nnt...tungguuuu

    ReplyDelete
  2. memang terpesona la kak..kalo duk sebelah umah dah ku serbu td..
    agak takut bereksperiman dgn krim cheese...

    ReplyDelete
  3. Sampai rumah akak dah yer kek ni.. Nak kak ..nak... Comel dan terpesona tgk kek akak ni..

    ReplyDelete
  4. Assalam Dzana,
    sedapnya...Kak Amie minta 2 ketul ye...tapau,okeh, pulang dulu ye..

    ReplyDelete
  5. Lama dah nak buat, tapi bila tengok cheese tu macam takut je

    ReplyDelete