Saturday, August 27, 2011

SELAMAT HARI RAYA

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin buat semua pengunjung Inspirasiku di tanahair dan juga di perantuan.. Semoga persahabatan kita berkekalan hendaknya.. andai kata terkasar bahasa ketika menyapa ampun dan maaf sekali lagi dipinta..

Monday, August 22, 2011

BISKUT SEMPERIT

Semperit perisa strawbery dgn hiasan coklat rice.. TQ Naz.. akk CP resepi Naz ..

SEMPERIT PANDAN(Resepi asal)

Bahan A :
  • 200 gm mentega
  • 100 gm gula icing
  • 1 biji kuning telur
  • 1/4 tsp pes pandan (Naz letak 1 tsp pandan emulco)/ saya tukar perisa strwbery
  • 1/2 tsp pewarna hijau/sedikit pewarna merah
Bahan B :
  • 250 gm tepung gandum
  • 50 gm tepung jagung
  • 30 gm tepung kastad
Hiasan :
  • Coklat masakan putih dan gula manik

Cara-cara :
  1. Sebatikan bahan-bahan A.
  2. Masukkan B dan uli rata.
  3. Gunakan acuan dan paipkan adunan. (Naz paip dan potong adunan kepada 1.5 inci setiap satu).
  4. Bakar selama 15 minit dengan suhu 160C.
  5. Sejukkan biskut dan celup hujung biskut dengan coklat putih dan tabur dengan gula manik.



Saturday, August 20, 2011

BANGKIT KELAPA MODEN

Aroma kelapa penuh serumah... tak tau lagi mcmna rasanya biskut ni.. kene tunggu berbuka puasa utk memberi komen.. apa pun saya mmg suka biskut kelapa semasa saya kecik2 dulu.. rindu saat2 itu..
Resepi Kakbesah di MYR.. saya minta izin CP resepi disini.. Terimakasih kak besah n my resepi..

BISKUT BANGKIT KELAPA MODEN
(sumber : MYRESEPI)

Bahan-bahan ( 1 tin susu 1 kg )

  • 1 cawan mumbung gula icing (150g) (jika guna gula halus rata saja ya (130g) )
  • 1 buku mentega (jika guna majerin=1cawan)
  • 2 biji kuning telur
  • 2 cawan kelapa parut - putih saja (kalau dpt yg agak muda lg bagus)
  • 4 cawan rata tepung ubi
  • 2/3 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh mumbung baking powder

Cara-cara

  1. sangrai/sangai kelapa parut segar dgn api kecil hingga kering. kalau bleh jgn sampai perang sangat.asal dah kering, walaupun hanya kekuningan cukuplah.
  2. putar gula & butter hingga kembang/sebati. masukkan telur satu persatu, putar 10 saat.
  3. ayak tepung2 bersama baking powder. pastu campurkan kedalam butter sedikit demi sedikit, berselang seli dgn kelapa sambil diuli hingga mnjadi satu doh yg lembut. x mengapa ia agak lembut, coz x lama nnti ia akn mengeras sedikit.
  4. gelek doh diantara dua plastik, terap lah ikut suka.
  5. susun atas dulang yg tlh disapu mentega.(ala..sapu dgn lebihan butter yg lkat pd pembungkus butter tu jer..)
  6. bakar dgn suhu +- 150c slama 30 mnit atau lebih.(hingga masak, ikut lah kebiasaan oven masing2)



Friday, August 19, 2011

MEE KARI 2

Mee kari n cempedak goreng.. Resepi mee kari CP dari dapur Ika.. sumber asal kak Nor secubit garam.. Tq kak nor n ika.. tak sempat nk selongkar2 gobok kak nor cari rspi .. link kt ika dulu yer kak.. malam2 nnti saya dtg dapur akk..

MEE KARI
K.Nor Style
Resepi Asal: KAK NOR SECUBIT GARAM

Bahan2:
  • isi ayam, udang, isi kerang
  • fish/chicken ball
  • 4 - 5 sudu cili mesin
  • 5 - 6 sudu besar rempah kari
  • 5 tangkai daun kari
  • 3 sudu besar kicap
  • 4 liter air
  • 1 - 1 1/2 cawan santan pekat
  • air asam jawa>>Yg ni kita tak masukkan gantikan dgn sos tomato
  • 1 kiub pati ayam
  • sawi
  • garam secukupnya
  • 1/2 sudu besar gula
  • minyak

bahan dikisar:
  • 3 bj bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1in halia

bahan sampingan:
  • mee kuning secukupnya
  • telur rebus
  • tauhu ~ digoreng dan dipotong
  • taugeh ~ rendam sekejap dgn air panas dan toskan (jgn lama2 nanti lecur)
  • daun saderi ~ dihiris
  • bawang goreng ~ jika suka
  • cili merah/cili padi ~ dihiris
  • limau kasturi/nipis

cempedak goreng...



Thursday, August 18, 2011

DAGING BAKAR & AIR ASAM

Menu semalam.. mudah2 jugak.. n menjadi fav di rumah ni..

Daging batang pinang saya perap bersama halia, madu, garam, lada hitam n sos tiram.. saya panggang atas kuali hingga masak..

Air asam.. resepi Ika bangkok.. TQ ika..

AIR ASAM
Sumber : IKA@ARAH
Bahan2
  • 4 biji Cili >terpulang nak pedas tambahkan kuantiti cili
  • 1 biji Lada Merah Besar
  • 1 ulas Bawang Putih
  • 1 inci Belacan yg di bakar
  • 1 sb sos tomato
  • 1 sb sos cili
  • 1 sb sos ikan
  • 60 ml air asam jawa>>kalau nak cair boleh tmbhkan air
  • 1 sk gula >> terpulang nak manis mcm mana
  • secubit garam

**Kesemua bahan di atas di blend hingga hancur atau separuh hancur terpulang nak mcm mana, kalau nak cair sedikit just tambahkan air kemudian perasakan kembali. Kemudian masukkan bhn2 hirisan td, dan siap utk di hidang bersama nasi daging :-)

Bahan Hiris
  • Sedikit hirisan bwg merah
  • Sedikit tomato di hiris dadu
  • Daun ketumbar di hiris halus
  • 1 biji cili di hiris bulat





Monday, August 15, 2011

COOKIES 'N' CREAM CHEESE CAKE

Minta maaf ... Ini N3 tertangguh.. atas permintaan rakan di bilik guru.. katanya teringat2 keenakan oreo cheesecake ni semasa potluck sebelum ramadhan tempohari.. kebetulan dlm sibuk2 mengurus jamuan tu .. teringat nak mengambil pic cheese cake yg tinggal banyak tu.. utk Aslina selamat mencuba yer.. resepi saya ambil dari blog DG Tested n Tested... TQ DG .. saya minta izin CP rspi disini.. dirujukan saya n dikongsi2kan bersama rakan lain..


COOKIES N CREAM CHEESECAKE
Source : Cheesecake Seduction by Catherine Lau
CP : Tested & Tested
Ingredients:
Biscuit Base:
200 gr Oreo cookies
90 gr Melted butter

Cheese Filling:
500 gr Cream cheese, softened
110 gr Caster sugar
1 tsp Vanilla extract
10 gr Corn flour
200 ml Whipping cream
3 Eggs, lightly beaten
100 gr Oreo cookies, chopped

Topping
Oreo Cookies for decoration (optional)

Method:
- For Biscuit base : Blend cookies until fine then mixed melted butter and mix thoroughly.
- Press into 8” round pan. Chill in the freezer to let it harden.
- Preheat oven to 150C
- For Filling : Beat cream cheese until smooth, add sugar, vanilla and corn flour, beat until smooth.
- Add whipping cream and blend until mixture thickens. Slowly pour in eggs and mix until just combined.
- Pour half the filling on the biscuit base. Add chopped oreo cookies on the filling. Pour remaining filling on cookies. Decorate few slices of cookies on top of the cake.
- Place pan in water bath. Bake for 1 hour or until filling is set but still soft in the centre.
- Turn oven off. Leave cake in oven for 30 minutes with door slightly open. Remove from the water bath and let it cool completely with the pan before refrigerate it.
- Cover cake and refrigerate for at least 6 hours before removing from pan.
- Slice and enjoy



Sunday, August 14, 2011

PUDING KOKTEL BERKUAH

Buka puasa .. mesti nak ada yg manis2 n sejuk2... masa puasa ni juga .. masak2 kadang2 rasa rajin selalunya rasa malas.. coz dah penat bersekolah..kerja sekolah pun sampai ke rumah.. huuuu... 2 hari ni juga saya buzy 'mengegar taman' (istilah aziemas ).. menyiap baju raya sendiri n anak2.. Alhamdullilah kerja2 mngegar dah siap.. tinggal kelim2 bhgian bawah baju n jahit butang n hop jer.. hihihi betul ke eja hop tu.. ceter rspi pulak... TQ Mamasya beri inspirasi saya.. anak2 dah lama minta.. saya buat extra.. budget utk 2 hari.. resepi asal dari Kakzai teratak impian.. TQ mamasya n KZai.. saya CP n link jugak.. minta maaf la.. pic tidak menarik.. tak sempat nk snap yg bersungguh2..

Puding Cocktail Berkuah
Sumber; K.Zai@Dapur Impian

Bahan-bahan puding:
1 cawan tepung custard
1 sudu besar tepung jagung
5 cawan air
gula ikut rasa manis
1 biji telur

Cara-cara:
> Campurkan kesemua sekali dan dimasak diatas api yg sederhana dan dikacau sampai pekat dan likat.
> Setelah pekat dan likat,masukkan kedalam acuan yang berbentuk supaya senang dimakan.
> sejukkan didalam peti ais hingga beku dan keluarkan dari acuannya.
> dihidangkan bersama fruit cocktail dan kuahnya.

Kuah:
1 tin susu cair
1 tin air (guna sukatan dr tin susu cair ni juga)
Gula ikut rasa manis
Jika suka bolih taruh sebiji kuning telur

Cara-cara:
> Campurkan kesemua bahan2 dan jerangkan diatas api hingga mendidih dan biarkan sejuk dahulu kemudian sejukkan kedalam peri ais.

Hiasan:
1 tin fruit cocktail

Friday, August 12, 2011

KUIH BOM

Kuih paling ganazz... dijamin tidak meletop semasa mengoreng.. TQ alongroz atas kongsi2 resepi yang selamat ni.. hihihi.. minta izin CP resepi along disini..

Petikan dari blog Alongroz

Resipi dah ramai member blogger yg mencuba & berpuas hati sebab ianya tak meletup apabila di goreng (lebih selamat...!). Rasanya pula memang sedap sebab tak liat walaupun masih springy gitu (tak tau nak translate "springy"...hehe) dan rangup di luar....! Lagi satu keistimewaan resepi ni, kuih tetap solid molid, bulat jer tak penyet selepas di goreng.

KUIH BOM
By:
AlongRoz@HomeKreation
Bilangan: 12 biji
BAHAN2:
80g Keledek
- kukus & lecek
120g Tepung Pulut
20g Tepung Gandum
35g Gula Kastor
Secubit Garam
100ml Air
Biji Bijan
- utk salut
Inti Kelapa / Kacang Merah/Hijau

CARA2:
1. Campurkan kesemua bahan (kecuali bijan & inti) sehingga sebati menjadi doh lembut.
Bahagikan kpd 12 ketul.
Leperkan seketul doh, letak seketul inti, balut & bulatkan.
Golekkan ke atas biji bijan sehingga menyaluti seluruh permukaan bola kuih.
Ulang sehingga habis.

2. Goreng dgn minyak yg dalam sehingga garing.







Tuesday, August 9, 2011

ROTI JALA

Roti jala n kari daging...
2 cawan tepung gandum
2 cawan air (*ummi guna 1 cawan air dan 1 cawan susu segar)
1 bij telor
1 sudu kecil garam halus
beberapa titik pewarna kuning

Cara Menyediakan:-
Masukkan semua bahan dalam blender. Blend hingga semua sebati. Perapkan selama 1/2 jam. Sediakan kuali leper non-stick dan ceduk adunan dengan acuan roti jala dan tebar/kirai adunan atas kuali. Gunakan api perlahan. Masak lebih kurang 1 minit. Angkat dan gulung atau lipat ikut suka.



Saturday, August 6, 2011

KONYAKU JELLY

Konyaku Jelly Nenas...
Bahan2
1 paket Konyaku Jelly
1 tin nenas

Cara2
Ikut arahan pada bungkusan
1. Potong nenas kecil2 dan masukkan dalam acuan.
2. Didihkan jelly bersama 1250 ml air (termasuk air nenas/jus)
3. Masukkan pewarna jika suka.
4. Tuangkan dlm acuan kegemaran.


Friday, August 5, 2011

BUAH MELAKA

Semalam punyer... buat separuh dari adunan.. test market.. berebut makan2 coz sikit jer kejadiannya.. klau buat banyak2 mcm tak da org nak layan jer.. rasa bangga bila semua makanan yg ibu masak abis.. hihihi.. lainkali ibu buat versi pulut hitam pulak yer.. resepi copy paste dari dapur kak rose My Kuali.. tq kak n tuan punya resepi

Buah Melaka
(Sumber : MYR oleh SuriHati)
Bahan-bahan ( 20 biji )
  • 10 helai daun pandan -kisar dan ambil airnya
  • 2 ketul gula melaka
  • 2 cawan tepung pulut
  • 1 biji kelapa parut- ambil putihnya sahaja
  • secubit garam- digaulkan bersama kelapa

Cara-cara

  1. Bancuh tepung bersama air daun pandan sehingga boleh diuli serata lembut. Pastikan adunan tidak terlalau lembek dan keras.(agak2 boleh dicubit)
  2. Cubit adunan sebesar guli, masukkan gula melaka yg telah dipotong kecil2 ditengah2 adunan, bulatkan, dan pastikan menutupi keseluruhan gula.
  3. masukkan ke dalam air yg sedang mendidih. Ulang sehingga 5-6 ketul.
  4. Bila bebola timbul, bolehlah diangkat, dan ditapis sebentar sblm di gaul dgn kelapa

Wednesday, August 3, 2011

Sosej Cheese Roll

masak yg biasa2 jer utk berbuka semalam .. sosej cheese roll ..
pengat labu..
kuehtiaw goreng...

SALAM RAMADHAN ALMUBARAK..

3 Ramadhan sudah hari ini.. Selamat menjalankan ibadat puasa kepada semua umat Islam sedunia.. semoga puasa kita mendapat keberkatan hendaknya.. amin..
kad dpd Alongros.. TQ along.. kpd kwn2 yg lain kesempatan ini diambil untuk memohon ampun dan maaf sekiranya sapaan tidak berjawab, teguran dan kunjungan tidak berbalas..semga tidak berkecil hati.. InsyaAllah jika ada kelapangan waktu saya akan berkunjung balas..