Wednesday, August 17, 2011

AYAM PAPRIK

simple n sedap...

Ayam Masak Paprik
CP : Janna's Homemade Bakery

Bahan2(untuk 2-3 orang makan):

200g isi ayam yang di hiris2(bahagian dada atau peha)
3 ulas bawng merah,ditumbuk
3 ulas bawang putih,di ketuk
1 batang serai di titik
3-4 helai dau limau purut,di koyak2
4-5 biji cili padi,di ketuk
sedikit minyak untuk menumis

(campurkan semua bahan di bawah di dalam mangkuk kecil)
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
garam dan gula secukup rasa
1/4 cawan air

Sayur:
kobis bunga,di potong kecil
lobak merah, dihiris2
babycorn, di potong2


Cara2:

-Panaskan minyak di dalam kuali, kemudian tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi,
- masukkan campuran sos2 tadi,kacau2 sekejap, kemudian masukkan sayur2,ayam,serai,daun limau purut serta cili padi, kacau goreng sehingga masak (kira2 10 minit).... (SAYUR MASUK SAYUR KEMUDIAN)...
- Sedia untuk di hidang.





3 comments:

  1. btol la kak simple n sedap... ;)

    ReplyDelete
  2. salam kak dzana. suka paprik tambah kalau makan dengan nasi goreng ke .. wowo terangkat ..:)

    ReplyDelete
  3. sedapnya ayam paprik..
    lama dah tak buat...

    ReplyDelete