Tuesday, April 19, 2011

AIS KRIM GORENG

Cuaca yang panas di luar.. jom makan aiskrim goreng.. cara membuatnya boleh klik di SINI atau ke Lina.pg tuan punya resepi asal.. TQ Lina

AISKRIM GORENG
(Asal: Lina.pg)
Bahan-bahan:
  • 10 keping roti putih
  • 5 scope aiskrim (apa2 perisa)
  • Plastik wrap ( untuk balut roti)
  • Minyak untuk mengoreng

  • Cara-cara:
    1. Lembabkan roti dengan air /saya gelek jer roti tu..
    2. Skopkan aiskrim ke atas roti.
    3. Tutupkan aiskrim dgn sekeping roti lagi.
    4. Tekan acuan telur yang bulat tu (hana guna acuan spt di atas) supaya roti terputus (Pastikan roti bercantum supaya aiskrim tidak meleleh keluar)./saya guna cawan plastik .. idea dari catlina..
    5. Balut dengan plastik pembalut dan simpan dalam frezeer selama 3jam atau semalaman - hana simpan semalaman
    6. Keluarkan dari tempat pembeku dan goreng dalam minyak yang panas hingga kuning keemasan. Jangan lama, paling kurang 1-2min sahaja tp pastikan minyak sudah betol2 panas.



Sunday, April 17, 2011

MEE HOON GORENG LADA PUTIH

Macam dah lama tak goreng mee hoon putih ni.. sesuai utk kanak2.. untuk dewasa mesti digandingkan dengan sambal kicap..


MEEHOON GORENG LADA PUTIH


Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 200 gm meehoon (direndam 30 min)
  • sedikit daging lembu dipotong kecil
  • 10ekor/lebih udang
  • 1 btg carot dipotong memajang(3cm)
  • sedikit sawi
  • 4 ulas bawang kecil*
  • 2-3 ulas bawang putih*
  • 1 cm halia*
  • sedikit garam, serbuk lada putih
  • daun bwg / hirisan lada merah/bawang goreng untuk hiasan
  • sedikit minyak untuk menumis
  • 1 cwn air

Cara-cara

  1. Kisar bahan bertanda* dan tumis sehingga naik bau.
  2. Masukkan daging, gaul rata, masukkan 1 cwn air, biarkan hingga daging lembut.
  3. Masukkan udang dan gaul rata biarkan 2-3 min kemudian masukkan garam dan lada putih.
  4. Masukkan carot dan meehoon, gaul rata, sehingga meehoon masak kemudian masukkan sawi., biarkan 2-3 minit.
  5. Semasa menghidang taburkan daun bwg/bwg goreng/hirisan lada merah. Enak dimakan bersama sambal kicap.

Thursday, April 14, 2011

ASAM PEDAS AYAM

Ayam... selalu masak kicap atau goreng sahaja.. tiba2 teringin pulak nak makan ayam asam pedas.. en hb kata sedap.. tapi memang sedap pun sekali2 masak camni.. berlawan2 menambah nasi ...


ASAM PEDAS AYAM

Bahan2

5 potongan ayam../ bukan 5 ekor yer..

4 sudu besar lada kisar/ ikut suke.. ikut pedas

5 ulas bawang merah*

4 ulas bawang putih*

1/2 inci kunyit*

1/2 inci halia*

1/2 kuib ayam*

1 batang serai (dititik)

Air asam jawa

air secukupnya

Garam secukup rasa

Minyak untuk mengoreng ayam dan menumis

Cara-cara

1. Lumurkan ayam bersama sedikit garam dan goreng sebentar ( separuh masak)

2. Kisar bahan2 bertanda *

3. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan yang dikisar, lada bersama serai sehingga garing

4.Masukkan ayam , gaul sebati , biarkan sebentar.

5. Masukkan air asam jawa dan gaul sebati, tambahkan air sekadar menutupi ayam.

6.Masukkan pula garam, kuib ayam,

7. Masaklah sehingga kuah asam pedas agak pekat, kemudian masukan tomato jika suka.



Tuesday, April 12, 2011

Sup Tulang Berempah

Mood meng'updated' blog.. macam dah nak 'malas'... tayangan gambar dulu boleh!!!

Award Izah & Nieza

daripada Nieza Our Journey Begins.. Tahniah Nieza smga terus rajin berblog, berkongsi resepi dan cerita diperantauan..terima kasih juga atas ingatan..

Award2 daripada Izah Muffin Lover yang dapurnya macam tak berhenti2 berasap... TQ Izah atas ingatan..

Friday, April 8, 2011

SERIMUKA DURIAN

Serimuka durian.. yang sangat sedap.. dan sesiapa yang belum membuatnya bolehlah mencuba sebelum musim durian berlalu.. untuk resepi ini .. saya telah mengandakan bahan untuk lapisan atas.. sebab rakyat dalam rumahnya selalunya meninggalkan lapisan pulut terbiar begitu sahaja.. untuk mendapatkan lapisan yang seimbang tebalnya.. lapisan pulut tu bolehlah digandakan jika menggunakan loyang 10" x 10".. terima kasih Rima untuk perkongsian resepi yang sangat sedap.. pasti akan diulang lagi terutamanya bila tiba musim durian!!.. terima kasih juga untuk hana yang telah mengalihbahasa .. akk CP dari dapur Izah jer.. tq Izah.. muaaaahhh..
SERIMUKA DURIAN
sumber asal : Rima

Bahan-bahan
Lapisan Bawah
250g beras pulut - rendam 1jam dan toskan ( saya sukat 1 1/2 cawan.. rendam 30 min)
1/2 sk garam
170ml santan cair ( saya guna 1 1/2 cwn )
Daun pandan simpul
1/2sk gula - rima tambah

Cara-cara
1. Sediakan periuk kukusan dan panaskan air. Satukan semua bahan diatas dan gaul sebati.
2. Kemudian kukus lebih kurang 30-35min atau sehingga pulut masak. Keluarkan daun pandan. Masukkan pulut ke dalam loyang yang di alas dengan daun pisang@plastik wrap supaya mudah dikeluarkan. Tekan padat. Ketepikan sebentar.
(Saya alaskan loyang dengan plastik wrap, kemudian masukkan pulut. santan, daun pandan & garam dalam loyang,kukus 30 min..kemudian keluarkan daun pandan dan tekan pulut supaya padat)

Bahan-bahan
Lapisan Atas (saya gandakan bahan lapisan atas... tetapi bilangan telur saya letak 3 biji juga... )
150g isi durian
125g gula
3 biji telur (anggaran 30g setiap satu)
35g tepung gandum
10g tepung jagung
375ml santan pekat (hana buh 200ml santan pekat + 175ml air)
secubit garam
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara
(Saya satukan semua bahan di atas dalam blender n blend hingga sebati dan terus masak sebentar sehingga naik wap kemudian kukus)
Blend isi durian dengan sukatan air sehingga hancur sebati.Ketepikan.
Satukan telur, gula, tepung, santan, garam dan pewarna. Blend semua sebati.Kemudian tapis ke dalam periuk.
Campurkan isi durian tadi. Dan masak sekejap menggunakan api kecil sehingga agak pekat. tak perlu sampai mendidih.Curahkan adunan ke dalam loyang pulut tadi.
Kukus lebih kurang 30-40min atau sehingga masak. Pastikan tutup pengukus dilapik dengan kain agar air tidak menitik atas kuih.
Tunggu benar2 sejuk baru dipotong.

Award

Award dari Norlie Ilham Masakanku dan Dapur Kecil Norul.. terima kasih Norlie n Norul atas ingatan.. semoga persahabatan alam maya ini akan terus berkekalan..

Wednesday, April 6, 2011

TALAM SUJI

Antara kuih talam yang sejak dulu menjadi kegemaran.. dulu2 selalu beli jer... skrg ni pun kalau setakat nk makan sepotong dua tu kenelah beli jugak .. bila buat sendiri memanglah muai.. tapi faham2 lah selera anak2 kat rumah ni yg tak berapa nak suke kuih2 camni .. menjadi rezeki sarapan pagi kawan2 di bilik guru nampaknya.. potongan kuih talam ni kurang cun pulak kali ni .. gara2 tuan tanah dah tak sabar nak memotong... kalau tunggu sejuk mesti dapat potongan yang kemas dan cantik.. resepi dari Citarasawan.. terima kasih kak wan kerana sudi berkongsi resepi kuih talam yang sedap ini..

Talam Suji Chef Zubaidah
Sumber : Chef Zubaidah
(Copypaste: ResepiCitarasawan)

Bahan Lapisan Bawah
140gm tepung suji
20gm tepung gandum (3Tbsp)
2 biji telur
pewarna lemon yellow ( saya guna pewarna orange egg)
120gm gula pasir
750ml santan cair (3 1/4 cawan)
1/2 tsp garam

Bahan Lapisan Atas
2 biji telur
700ml santan pekat
1 tsp esen vanila
1 1/2 tsp garam
150gm tepung gandum (1 1/4 cawan)
80gm gula pasir (1/4 cawan)
200gm gula melaka
1 tsp coklat emulco ( saya guna 1/2 sudu teh nescafe)

Loyang 10 x 10

Cara-cara :
1. Satukan semua bahan lapisan bawah dan kacau di atas api sederhana hingga kental. Masukkan ke dalam loyang yang telah di alas dengan plastik, ratakan dan kukus selama 20 minit.
2. Cincang gula melaka kemudian kisar bersama bahan lapisan atas. Tapis ke dalam periuk dan masak hingga naik wap.
3. Tuang ke atas lapisan bawah tadi, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit atau hingga masak.


Monday, April 4, 2011

Bluebery Cheese Tart

Cheese tart.. terapy untuk melegakan penat n stress .. bila melihat sana sini sibuk menukang tart .. saya cuba jugak untuk mengambil bahagian .. ampun la cikgu hasue.. seni visual akk macam fail, walaupun langkah2 demi langkah puas di renung n tenung.. untuk resepi cheese tart ini akk ucapkan ribuan terima kasih buat Azita Kitchen yang dengan ikhlasnya telah berkongsi resepi dan tips yang sangat membantu.. semoga rezeki ita terus melimpah ruah .. amin.. kalau akk tidak bekerja tentu cheese tart ni menjadi pilihan akk utk berbisnes.. hahaha.. tunggu pencen la kan... untuk yang lain2.. Hasue, Nieza dan Mas .. juga diucapkan terima kasih yer.. kerana telah berjaya mngoda akk menukang cheese tart yg sgt sedap ini... kalau nak melihat langkah demi langkah bolehlah menjengah ke dapur mereka..

Strawberi Cheese Tart
Resepi asal : Azita Kitchen

Tart Crust / Shell .

Bahan-bahan :
  • 170 gm marjerin
  • 50 gm gula aising
  • 1 biji telur Gred C
  • 290 gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Cara membuatnya :
  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut.Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.
Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

Cream Cheese Filling
Bahan :
  • 250gm cream cheese
  • 50gm gula kastor / gula halus
  • 1 biji telur Saiz B
  • ½ sudu teh esen vanilla / esen lemon - Mas letak esen vanila
Cara membuatnya :
  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
  4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170c. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
Tips untuk dapatkan cistat yang gebu dan montok(mengikut pengalaman Kak Azita.) :
  1. Jangan simpan cream cheese di tempat sejukbeku (frozen).
  2. Keluarkan cream cheese 30 ~ 40 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
  3. Isi adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust.
  4. Picitkan adunan hingga penuh...hingga sampai ke bahagian sisi crust.

Mesyuarat Agong PIBG & Pelancaran Sambutan Jubli Emas SMKDBL

Apa yang di sibukkan.. kerja2 disebalik tabir JK Cenderahati bersama rakan2 guru dan pelajar yang membantu... rewang time !!!!.. menyediakan cenderahati untuk tetamu VVIP (Pengarah Pelajaran Ng Johor) membungkus goodies untuk tetamu VIP( Pegawai2 di Pejabat Pelajaran BP, Pengetua/Guru Besar, Bekas2 Pelajar & Guru) dan Ibubapa, pelajar cemerlang, pelajar2 pembantu dan guru2 sekiranya ada lebihan yer.. sian kita kan...
Antara tertamu VIP yang hadir ..
Mengedarkan beg2 cenderahati untuk ibubapa yang hadir mesyuarat PIBG sebagai kenangan...
Antara pelajar cemerlang STPM...
Majlis penyampaian sebahagian cenderahati untuk Tuan Pengarah sebagai kenangan... Kepada semua pelajar & guru yang telah membantu dan menyelesaikan tugas dengan jayanya diucapkan terima kasih.. (SEMUA GAMBAR DARI WEB SEKOLAH .. ampun cikgu Selvam)