Wednesday, September 4, 2013

SNOW CHEESE CAKE


Asalammualaikum dan Salam Sejahtera ..

Resepi : Sherry mz@MyR
Sumber: Kzai@Teratakimpian

  • 6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
  • 100 gram gula halus
  • 100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga) - akak guna shelf raising flour
  • 60 gram tepung jagung (maizena)
  • 50 gram air sejuk (dr peti ais)
  • 1 sudu teh baking powder.
  • 2 sudu makan ovelet
  • 75 gram mentega (dicairkan) 
  • Saya tambah perisa strawbery
  • saya letak sedikit esen vanila. 
  •  
  •  Cara-cara:
    1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.
    2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
    3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
    4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
    5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
    6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
    7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
    8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek.
  •  

  • Topping
    250 g cream cheese
    150 g susu pekat manis
    250 g nondairy whiping cream 
     
    Parutan Cheddar cheese  secukupnya

    Cara:
    1.Pukul non diary whiping cream hingga bertanduk.
    2.pukul cream cheese hingga kembang kemudian masukkan susu pekat. pukul sebati pastu masukkan non diary whiping cream. pukul/gaul  hingga sebati.

yang ni versi .. makan guna sudu.. buat utk bekal aimman balik shah alam hari tu..

yang ni versi potong2.. utk mkn dgn kwn2 di BG... mmg lomak bertingkek-tingkek...

13 comments:

  1. salam kak zana.. sedap nmpk kek akak. tun blom smp seru nk mencuba kek ni.

    ReplyDelete
  2. Kalau ada lebih lebih bolehlah pos ke Shah Alam sikit...

    ReplyDelete
  3. salam...sedapnyer cis kek..lom pernah lagi buat kek ni..

    ReplyDelete
  4. Nur tak pernah buat cheese cake..Sedapnya tengok gambar tu...

    ReplyDelete
  5. Sy peminat kek ni kak.tp sllu ode dgn kwn je hehe.leles dap

    ReplyDelete
  6. sy tak penah makan kek ni...tp dah buat dekat 10 bijik utk org...muahahaha

    ReplyDelete
  7. Salam kak Zana,
    Walla... memang full topping cheese. Terliur.. :)
    Ntah bila nak try buat ni, hehe..

    ReplyDelete
  8. Mmmmm kak..sedap tu..lama tak buat..

    ReplyDelete
  9. wah sedap2....heheheh kat dlm freeze tu cream cheese tu tgk kan je tuannye bila nak wat hahahaha...^__^

    ReplyDelete
  10. Nyum2 kak..lma dh x buat..tapi klu buat nk try yg versi meleleh tu..hihi

    ReplyDelete
  11. Hello friends,
    Good news,This one place to shop for members provides value and convenience. JOIN TODAY to enjoy membership status.
    Please visit this site http://www.comprewrds.com/
    & like this page https://www.facebook.com/comprewards
    Thank you.

    ReplyDelete
  12. Salam cikgu Dzana, mau tak bertingkek2 lemak? Telor je dah 6 biji, aduhai..takut nak buat sb takut terbanyak pulak masuk kebadan ni. Ingat nak tempah utk birthday anak bujang nanti.

    ReplyDelete
  13. Sedapnye, cheese tu dh macam snow.......;-)

    ReplyDelete