Thursday, July 18, 2013

UDANG LEMAK BERTOMATO & CENCARU GORENG SAMBAL BELACAN.

Assalamualaikum, Salam Ramadhan ... dah masuk hari ke 8 kita berpuasa.. masih bertahan dengan menu di dapur sendiri.. hati masih belum ada keinginan utk ke bazar ramadhan.. tak tau la pulak esok lusa.. harap berpanjangan hingga kepenghujungnya..

Masak ringkas2 sahaja.. yg penting memenuhi selera org berpuasa..

UDANG LEMAK BERTOMATO
Bahan:
400 gm udang (bersihkan)
1 biji bawang besar , potong2
3 ulas bwg putih, dimayang
6 biji lada hijau, dimayang 
2 biji tomato ( potong ikut suka)
1 sb sos tiram
1/2 cwn santan
garam secukupnya
sedikit minyak utk menumis

Cara2
1. Panaskan minyak dan tumiskan bwg putih dan bwg besar, kemudian masukkan lada hijau.gaul rata
2. Masukkan udang, gaul rata, biarkan separuh masak, masukkan sos tiram.
3. Masukkan santan , hampir mendidih masukkan tomato dan perasakan garam.

CENCARU GORENG SAMBAL BELACAN
bahan2nya
Ikan cencaru di goreng
Sambal belacan + perahan air limau kasturi + hirisan kulit limau kasturi..


Friday, July 12, 2013

NASI DAGING & KUIH BAKAR PANDAN

Assalamulaikum, Salam Ramadhan AlMubarak & Selamat Sejahtera

Terima kasih Cikmin dan Ika ..

NASI DAGING UTARA
(Sumber : cikmin.comhttp://cikmin.com/2010/08/nasi-daging-utara/
1 kilo daging batang pinang – dipotong sebesar kotak mancis / 600 gm
1 kilo beras basmathi – bersih dan toskan / 3 cwn
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan minyak masak / saya kurang
3 s/b planta
1 tin tomato sup Kimball – boleh ganti dengan sos tomato beberapa sudu besar / sos tomato jer
3 s/b rempah nasi daging-boleh ganti serbuk kurma
sudu kecil rempah sajira – rempah ni boleh cari kat kedai mamak .. tak letak
sedikit gula batu – saya letak gula melaka... hihihi.. suke ati jer..
dan garam secukup rasa
sedikit kismis dan bawang goreng untuk taburan
Bahan tumis :-
4 sekawan – kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan Pelaga
sedikit daun ketumbar – untuk wangikan nasi
3 helai daun pandan
1 batang serai – diketuk
1 labu bawang besar – dikisar
3 ulas bawang putih – dikisar
1 inci halia – dikisar
3 cawan air
Cara :
1. Panaskan minyak masak dan masukkan planta
2. Tumis 4 sekawan, daun ketumbar, daun pandan dan halia
3. Masukkan bahan yang dikisar
4. Masukkan rempah yang dibancuh dgn sedikit air,kacau biar wangi
5. Masukkan daging,tomato sup kimball dan air yang telah disukat dengan sukatan beras.
6. Setelah air mendidih, masukan gula batu dan garam secukup rasa dan baru masukkan susu cair
7. Masukkan beras dan kismis. Masak dgn rice cooker untuk nasi masak sekata..
8. Gemburkan nasi…boleh ambil daging yg tertanam dalam nasi untuk dicicah bersama air asam

AIR ASAM
Sumber : IKA@ARAH
Bahan2
  • 4 biji Cili >terpulang nak pedas tambahkan kuantiti cili
  • 1 biji Lada Merah Besar
  • 1 ulas Bawang Putih
  • 1 inci Belacan yg di bakar
  • 1 sb sos tomato
  • 1 sb sos cili
  • 1 sb sos ikan
  • 60 ml air asam jawa>>kalau nak cair boleh tmbhkan air
  • 1 sk gula >> terpulang nak manis mcm mana
  • secubit garam

**Kesemua bahan di atas di blend hingga hancur atau separuh hancur terpulang nak mcm mana, kalau nak cair sedikit just tambahkan air kemudian perasakan kembali. Kemudian masukkan bhn2 hirisan td, dan siap utk di hidang bersama nasi daging :-)




KUIH BAKAR PANDAN

(MY Resepi : zana08  @dzanariah.blogspot.com)

Bahan-bahan 

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air pandan
  • 1 cawan santan
  • 1 cawan susu cair (sejat)
  • 3 biji telur
  • Sedikit pewarna hijau
  • Sebagai hiasan- sedikit bijan jika suka

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan
  2. Blender hingga sebati
  3. Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan bahan tadi kedalamnya.
  4. Taburkan bijan (jika suka)
  5. Bakar 40 minit pada suhu 180c/ hingga masak. Untuk dapat kan permukaan yg berkerak/garing bolehlah tambah masa membakar.
# guna acuan bahulu pecah 8- dpt 3 keping)

Monday, July 8, 2013

BISKUT FAMOUS AMOS lagi...


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..

Jom kita buat  untuk kunyah2... kalau rajin bolehlah buat comel2.. yg nak cepat macam saya .. boleh buat saiz gedabak... baru puas hati mengunyah...terima kasih mrnamie dan Naz ..

RESEPI BISKUT FAMOUS AMOS
(Sumber : MRNAMIE) 
(Boleh  juga rujuk  di SINI (Naz- Cute Oven, Small Kitchen)
Bahan-bahan ( 70-80 biji )
* 250g mentega
* 280g tepung gandum
* 10g serbuk koko
* 150g gula kastor
* ½ sudu kecil esen vanila
* ½ sudu kecil soda bikarbonat
* 2 sudu besar susu tepung
* 2 sudu besar tepung jagung
* 1 biji kuning telur
* 100g sebarang kekacang (walnut, badam, hazel, gajus, etc, yang dicincang)
* 100g coklat cip
* Secubit garam

Cara-cara
1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanila hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
3. Ayakkan tepung gandum, tepung jagung, susu tepung, soda bikarbonat, serbuk koko dan garam ke dalam bahan yang dipukul tadi.Kemudian kacau hingga rata.
4. Masukkan coklat cip dan cincangan kacang. Kacau rata.
5. Sudukan adunan di atas dulang pembakar. Bakar pada suhu 160°C selama 15-20 minit atau sehingga kekuningan.
6. Sejukkan biskut terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam balang kuih.



Thursday, July 4, 2013

CHEEZY LAYER


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..
woooo... sedapp n berbaloi2 dapat buat sendiri terima kasih Nuanza..
 
CHEEZY LAYER
250 g cream cheese
150 g susu pekat manis
250 g dairy whiping cream (UHT)
1 peket biskut marie jenama munchies
cup secukupnya
1 cawan fresh milk 

cara:

pukul cream cheese hingga kembang kemudian maukkan susu pekat. pukul sebati pastu masukkan whiping cream

cara lapis:

1- adunan cheese
2- filling
3- biskut marie (celup susu tp jgn sampai lembik..jap je)
4- adunan cheese
5- filling
6- biskut marie
7- adunan cheese
akhir- lorekkan filling

utk perisa tiramisu:

biskut celup ngan air nescafe (bancuh 1/2 sudu nes + 1/2 cawan air suam
atas sekali, tabur dgn serbuk koko

biskut disuggestkan guna jenama munchies- ngam2 utk bekas comel tu, kalo jenama lain, biskutnya agak besar

filling leh guna apa2 perisa yg disukai..leh dapat di kedai bakery atau pasaraya HERO...
masa sudukan adunan cheese, x perlu byk..sekadar ratakan bekas...kalo byk sgt, x muat nk buat byk lapis
sama dgn filling...just ratakan nipis- aku suka gunakan piping beg, dan paipkan secara zig zag shj (aku x ratakan pun)

tp kalo x suka biskut marie 2 lapis, leh just letak 1 lapis... ikut suka la kretiviti dan citarasa sendiri...

sejukkan dlm peti ais...dan nikmatinya sejuk2...




Wednesday, July 3, 2013

ROTI NAIK PAHANG

 
AUTO PUBLISH...
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..

Resepi CP dari dapur MamaFami's Spice n Splendour..

Source : Tok Mak via Mlong Tipah
Ingredients :
1 egg
2 tablespoons condensed milk
Water (weigh egg + condensed milk + water to make 300ml)
3/4 cup sugar
500 g flour
1 tablespoon milk powder
2 teaspoons instant dried yeast (I used Mauripan)
2 tablespoons margarine
1 teaspoon shortening

 

Topping :
A bit of margarine
Coarse sugar
Bread maker method :

1. Into the breadmaker pan, pour in the water, egg and condensed milk. Add sugar.
2. Top it with flour, milk powder and instant dried yeast.
3. Set the bread maker to DOUGH setting and press start. When the dough is just combined, add in margarine and shortening. Leave the bread maker to finish the cycle which will takes about 1 1/2 hour or so.
4. Remove the dough from the pan and divide the dough into 20 equal portions. Roughly about 49 to 50g each.
5. Form each portion into a ball and arrange on a baking tray. Leave to rise for another 30 minutes or so.
6. Bake in a pre-heated oven at 180c for 30 minutes or till golden brown.
7. Once out of the oven, brush with a bit of butter. Place on a wire rack to cool. Keep in an airtight container.





Tuesday, July 2, 2013

BUBUR SOMSOM

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..
Dah lama buat... mudah dan sedap, nanti masa puasa bolehlah buat lagi.. resepi copypaste dari dapur Alongroz.. terima kasih along!

BUBUR SOMSOM
Source: Nana Resipi di bawah ni Along sudah separuhkan dari asal & buat sedikit perubahan
Bilangan: 9 biji
50g Tepung Beras
50g Tepung Jagung
800ml Santan
1 helai Daun Pandan
1/2 st Garam

CARA2:
1. Campur sebati kesemua bahan2 dan masak sehingga pekat & berkilat.
2. Tuangkan ke dlm acuan2 kecil & sejukkan dlm petisejuk.
3.  Hidangkan dengan sirap.

SIRAP 
150g Gula
100ml Air
1 helai Daun Pandan
3 sb Sirap Ros
- Didihkan sehingga gula hancur. Sejukkan dlm petisejuk sebelum di hidangkan.