Assalamualaikum dan Salam sejahtera...
Tekak teringin nak makan cheese cake pulak.. tgok Sari (Seri Kandi Tanah Jauhar) buat siaran ulangan caramel cheese cake nya menjadi2 lah 'kemencer' saya... resepi saya ubah suai ikut stok yg ada di rumah....memang nak kene letak bahan/buah yg ada rasa masam2 baru bertambah sedap melayan cheese cake.. lain kali la...terima kasih sari yusa.
Toffee Cheese Cake With Fresh Blueberry
Adaptasi : Toffe Cheese Cake
Sumber : Alam Sari, Masam Manis dan Epicurious
Bahan-bahan & Cara-caranya :
Lapisan bawah :
1 1/2 bungkus biskut Cream O (pisahkan krimnya)/ saya guna biskut marie (11/2 cwn)
60 gm mentega
cairkan (biar suam sekejap)
Kisar biskut dengan pengisar kering hingga halus dan satukan bersama mentega sehingga sebati.
Letakkan dalam acuan pie 7".
Padatkan biskut dalam
acuan sehingga ke tepi acuan atau dasarnya sahaja mengikut ketebalan yang sesuai, jangan terlalu nipis.
Simpan dalam peti ais anggaran 1 jam. (Nak simpan satu hari pun boleh juga)
Cheese Cake
125 gm cream cheese ~ keluarkan sekurangnya setengah jam sebelum digunakan.
3 sb gula perang
15 gm mentega ~
dicairkan
2 biji telur gred A
1/2 sudu teh esen vanilla
Buah blueberry secukupnya/ saya tak letak
Panaskan oven dengan suhu 170 darjah selsius.
Pukul cream cheese
dan gula perang hingga lembut.
Tambahkan telur sebiji-sebiji dan terus
pukul.
Tambahkan mentega cair dan esen vanilla dan pukul rata.
Keluarkan acuan pie yang ada lapisan bawah tadi dari peti ais.
Tuang
adunan cheese cake ke dalamnya.
Taburkan buah blueberry ke atas adunan.
Masukkan dalam oven -tray tengah.
Bakar pada suhu 170 darjah selsius selama 1 jam menggunakan api atas bawah.
Biarkan sejuk.. atau kalau dah suam boleh masuk peti ais.
Caramel
6 sb gula
sedikit sahaja air
1/4 sudu teh jus lemon
1/2 cawan krim tenusu
Dairy Whipping Cream / heavy cream (boleh juga 1/2 kotak tuang terus dari kotaknya jadik tak payah nak basuh-basuh cawan.. hehe)
sedikit mentega
Masak gula, air dan
lemon dengan api perlahan (kecil) hingga keperangan sambil dikacau-kacau
selalu. (Jangan tinggal nanti hangus.. kena sabar tunggu perang.. nanti
dia letup-letup sikit, jaga-jaga ya)
Kemudian tambahkan krim tenusu dan kacau lagi hingga ia
pekat (sekejap jer dah pekat)
Tambahkan mentega dan kacau hingga ia berkilat... tutup api.
Biarkan
suam.
Hidangkan bersama cheese cake tadi mengikut citarasa anda.. sama ada nak
tuang caremel dulu baru potong atau potong dulu baru tuang caremel.
Sama ada nak letak banyak caremel atau tak nak letak pun tak apa, jadi
tak payahlah buat caremelnya, hehehe.
Meleleh leleh caramelnya tu yg jd teringin semacam ni kak..
ReplyDeleteLazatnya..... dapat sepotong alangkah nikmatnya!
ReplyDeleteBookmark dah resepi nih! Ngencessssss
ReplyDeletevahhhh....ngancam sungguh ni kakk...mmg tekak ni nk mkn kek jerkni haa...bak setgh kek tu kakkk.........
ReplyDeletewauu.. mantap nmpk karamel dia.. sungguh terliur tun tgk.
ReplyDelete