Projek cake in jar bersama my sis acu Zuwairuni @Homemade Chocolate .. untuk tetamu di majlis bacaan yassin perempuan dan tahlil sebelah malam bagi meraikan majlis perkahwinan adik lelaki saya (24 Mac 2013).. projek bermula petang Jumaat 22 Mac n siap pada jam 12.30 mlm .. hampir 150 jar berjaya disiapkan.. waduhhh.. mmg penat tapi tetap mengembirakan..
Untuk 1 adunan lebihkurang dapat dibahagikan untuk 20 jar ( 3 in tinggi)..
suka dengan warna2 nya n kegebuan keknya.. saya guna kan resepi daripada Azie Kitchen.. memang saya suka mengendap n menyelongkar dapur Pn Azie ni.. di sini saya kongsikan resepinya dan ucapan terima kasih kerana kesudian beliau berkongsi resepi dan semoga pahalanya terus berpanjangan ..
ada sedikit ubahsuai resepi ini.. bagi mengelakkan pembaziran saya guna kan telur saiz B dan saya masukkan kesemuanya iaitu putih n kuning telur. Untuk warna saya hanya menggunakan 3 warna sahaja.. hihihi.. tak bolehlah nak dipangil rainbow kan.. n saya hanya sudukan kan adunan ke dalam jar n sebelum membakar, saya bersihkan tumpahan2 adunan dengan tuala ..
jika menggunakan jar 3'' tinggi dapatlah anggaran 20 jar ye.. untuk topping saya gunakan 1 kg ''non diary whipped cream'..
Bahan bahan:
200 gm butter
330 gm gula castor
5 biji putih telur A/ saya guna 5 biji telur B putih n kuning
2 sdk esen vanilla
400 gm tepung gandum*
4 sdk baking powder* - *satukan dan ayak
290 gm susu segar
1 sdk pewarna ungu,biru, hijau, kuning, oren & merah/ saya guna 3 warna
Cara cara:
Dalam mixer, pukul butter dan gula sehingga kembang. Tuang putih telur
dan esen vanilla, kemudian pukul lagi sehingga adunan sebati. (saya masukkan telur sebiji n sebiji hingga habis)
Masukkan adunan tepung bergilir gilir dengan susu segar, gaul sebati
dengan menggunakan spatula, jika nampak berketul ketul, gunakan mixer
dengan kelajuan paling perlahan selama beberapa saat.
Bahagikan adunan kepada 6 bahagian, setiap bahagian lebih kurang dalam
210 gram dan tambahkan setiap bahagian dengan setiap pewarna, boleh
tambah perasa jika suka, masukkan dalam 'piping bag' dan gunting hujung
'piping bag' supaya menjadi lubang kecil.
'Pipe' nipis adunan warna ungu dalam balang 1/2 inci tinggi, diikuti dengan warna biru, hijau, kuning, oren dan merah. Penuhkan hanya 1/2 jar sahaja. Pastikan setiap warna adalah sekata dan menyentuh keliling jar.
Susun jar ke dalam loyang yang diisi dengan 1/2 inci air panas. Bakar pada 170C secara water bath selama 35 minit atau sehingga masak.
Sejukkan kek, baru 'pipe'kan dengan adunan cheese (resepi dibawah) di atas kek dan hias ikut kreativiti masing masing./ saya guna non diary wipped cream
Jika terlalu
penuh, sudu keluarkan sedikit kek untuk dimasukkan frosting samada
cheese cream atau butter cream dan untuk diletakkan penutup jar.
Ikatkan riben bersama sudu, sejukkan dan siap dihidangkan
Adunan ini mendapat 13 jar./anggaran 20 jar ( saiz jar 3 in tinggi)
guna non diary whipped cream untuk topping n hiasan ringkas
mmg tabik ah akk wat dgn banyaknya... hihi.. cantik warna dia.
ReplyDeletehihihi.. tu la hasilnya tun.. kalau tak de tekad mmg tak menjadi..bila tgok kek ni tak byk kerenahnya.. tu yg bersungguh2 mengadun ..
ReplyDeletetahniah kak zana dpt adik ipo...dpt buat kek renbo secra besar-besaran! cun tu..kek n pengantinnya!
ReplyDeleterajinnya kak, sebanyak itu..tahniah dapat ahli kelurga baru
ReplyDeleteTahniah Zana, memang cantik dan sweet sgt pemberian cupcake in jar. Ohh nanti nak cuba guna non dairy whipped cream juga sebagai frosting.
ReplyDeletetersangatlah cantik & rajin membuatnya..
ReplyDeleteSalam kak zana..... huhh...br sy tau cara penyediaan kek in jar ni kakk.... nk try laaa...dlm kapla nk try gak projek ni...hihihih
ReplyDeletethx kakkk....muahhhhhh....