Sunday, April 29, 2012

BINGKA LABU LEMAK MANIS

Assalamualaikum & Salam sejahtera... Saya memang suke beli labu.. tapi paling tak suke nak kupas kulit labu tu..  kalau ada menu2 berasaskan labu.. tentu boleh teka siapa yg jadi mangsa mengupas kulit labu... hihihi... tq my dear hb...  selain pengat labu.. bingka labu mmg menjadi pilihan.. kali ni mencuba resepi dari dapur Yatie Sinaran Kehidupan yang terkenal dengan talamnya yg sedap2 tu..  Terima kasih  yatie .. saya sangat suke resepi ni.. . 

BINGKA LABU LEMAK MANIS
(Sumber : Sinar Kehidupan)
BAHAN-BAHAN-Yatie guna loyang bulat 9 inci
  • 2 biji telur
  • 2 cwn santan (Yatie guna santan kotak kara 200ml, selebihnya tambah air biasa je)
  • 1/2 cwn susu cair
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn gula pasir halus
  • 1/2 cwn susu pekat manis
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 sudu besar butter/minyak sapi-Yatie guna minyak sapi
  • 2 cwn labu- yg telah direbus, toskan dan dilecek
  • sedikit bijan utk tabur di atas permukaan kuih
CARA-CARA
  1. Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang dengan mentega, panaskan sebentar .
  2. Satukan bahan2 diatas kecuali labu yg di lecek dan bijan dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu.
  3. Tapis adunan tadi, kalau guna blender lagi senang. Tuangkan dlm mangkuk besar dan masukkan labu yg telah di lecek, kacau hingga rata.
  4. Tuang dalam loyang yang telah di panaskan tadi.
  5. Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.
  6. Biarkan kuih betul2 sejuk barulah di potong.



Thursday, April 26, 2012

LIGHT CHEESE CAKE

Asslamaulaikum & Salam Sejahtera... kek dalam katogeri fobia jugak ni.. dulu2 buat ok jer... pernah buat bantat 100% n terus ke tong sampah.. kali ni kira ok juga walaupun ada sikit kt bawah tu cam nak bantat jugak.. huuuu... puas jugak membelek tutorial cheese cake di blog hasue.. kesudahannya begini lah jadinya.. TQ hasue sudi brkongsi ilmu InsyaAllah smga pahalanya berpanjangan.. amin.. hari ni berangan lagi.. nk buat perisa strawbery...

LIGHT CHEESE CAKE
Resepi:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Tutorial : Light Cheese Cake
Bahan-bahan
• 125g cream cheese
• 300 ml susu segar
• 80 g mentega atau marjerin
• 80 g tepung gandum
• 80 gram gula halus
• 3 biji telur saiz A
• beberapa titik esen vanila/jus lemon

Cara-cara
1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan pula mentega/marjerin,kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan.
2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. -meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia tidak tumpah apabila mangkuk cuba diterbalikkan)
3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan
4. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)..
5. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek
6. Bakar pada suhu 160 darjah selama 45 minit (atau sehingga masak) menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar)
8. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.



Friday, April 20, 2012

SERABUT!! bukan nama menu ini..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera....melayan  minggu ke 3 April yang sangat serabut... macam2 kisah suka-duka berlaku.. entahlah.. smga semuanya dipermudahkan..  amin.
Dlm masa yg agak terbatas.. hasrat  nak BW n berbalas kunjungan tak berkesempatan.. 
 dalam serabut -serabai kepala ni mencuri masa  mencari rspi yang mudah dan cepat dapat di makan.. huuuu...  disini akk minta ampun n maaf pada Ijan @Blogresepi kerana mengubah rupa bentuk bake cranberries pancake nya menjadi begini... wakakakaka.. sepatutnya akk jenguk dulu rupa sebenar pancake ni..  Ini gara2 tergoda sgt dengan ayat2 sue di Rencah Kehidupan.. terima kasih Ijan n Sue kerana berkongsi resepi yang sedap ini..    resepi yang tidak mengecewakan... see .. aimman boleh makan  4 biji pancake saiz muffin dengan lajunya... saya masukkan prune dalam adunan ni..
makan panas2 dengan butter  n jem rasbery mmg best.. saya kongsi kan resepi asal dibawah                        
         
 

 BAKED CRANBERRIES PANCAKE
Resipi Asal : Ijan @ Blogresipi .. SILA ke blog Ijan utk melihat wajah sebenar!!
Terjemahan/olahan :
Sue@Nenie

BAHAN-BAHAN
  • 500 ml susu segar
  • 2 biji telur (saiz A)
  • 1 cwn tepung serbaguna ~Sue guna selfraising flour
  • ¼ cwn mentega cair/olive oil ~Sue guna minyak jagung
  • 2 s.teh gula
  • secubit garam
  • ½ s.teh esen vanilla
Untuk Topping
  • gula icing
  • Dried Cranberry/rasberry

PENYEDIAANNYA
  1. Panaskan oven pada suhu 200~225C..Gris pan/acuan dengan mentega dan panaskan sekali di dalam oven...Sementara itu.........
  2. Di dalam mangkuk pengadun, masukkan kesemua bahan (kecuali topping) dan adun dengan pantas lebih kurang 1 min menggunakan senduk kayu/egg whisk sehingga kesemuanya bergaul mesra (Sue guna blender)
  3. Tuang adunan ke dalam pan/acuan.Pastikan ia tidak terlalu nipis.Taburkan sedikit dried cranberry/rasberry di atasnya.
  4. Bakar lebih kurang 20~30 min/sehingga keperang-perangan.
  5. Apabila masak, keluarkan dari acuan dan taburkan gula icing ke atasnya...Sedap dinikmati bersama madu/jem kegemaran...

Wednesday, April 11, 2012

CHEZZY POTATO WEDGES

Assalamualaikum &  Salam Sejahtera...
Edisi menu sarapan di hari cuti.. sempena musim kentang berharga murah.. puas jugak lah mgadap kentang 5 kg tu.. sebelum ni  dah cuba juga crispy potato wedges di dapur ucubakery dan mamahawa  .. lepas ni mungkin ada bingka kentang, donat kentang, sherperd pie n apa2 aja yg berkentang  agaknya... kalau tidakpun mungkin boleh berimbun hijau kat sudut dapur tu.. kita tunggu dan lihat jer la..

Potato Wedges kali ni nampak cam ala2 makanan sihat sikit.. tak da goreng2.. (kes malas la ni)

CHEZZY POTATO WEDGES (BAKED)
( by: Inspirasiku)
Bahan2
5 biji kentang
garam
sedikit lada hitam
2 sudu besar butter
slice cheese

Cara2
1. Kupas kentang, potong wedges, rebus hingga empuk (masuk garam).
2. Toskan air, gaul dengan butter dan tabur  serbuk lada hitam.
3. Taburkan slice cheese dan bakar 15 minit (oven 160C)

Wednesday, April 4, 2012

CINNAMON PULL APART BREAD lagi..

 Asalamualaikum & Salam Sejahtera....
CPAB lagi dan lagii... kesibukan masih belum beransur... huhhhhh...