Asslamaulaikum & Salam Sejahtera... kek dalam katogeri fobia jugak ni.. dulu2 buat ok jer... pernah buat bantat 100% n terus ke tong sampah.. kali ni kira ok juga walaupun ada sikit kt bawah tu cam nak bantat jugak.. huuuu... puas jugak membelek tutorial cheese cake di blog hasue.. kesudahannya begini lah jadinya.. TQ hasue sudi brkongsi ilmu InsyaAllah smga pahalanya berpanjangan.. amin.. hari ni berangan lagi.. nk buat perisa strawbery...
LIGHT CHEESE CAKE
Resepi:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Tutorial : Light Cheese Cake
Bahan-bahan
• 125g cream cheese
• 300 ml susu segar
• 80 g mentega atau marjerin
• 80 g tepung gandum
• 80 gram gula halus
• 3 biji telur saiz A
• beberapa titik esen vanila/jus lemon
Cara-cara
1.
Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream cheese sehingga cair
sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan pula
mentega/marjerin,kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan.
2.
Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula
halus sehingga menjadi meringue. -meringue ialah adunan putih telur dan
gula betul2 ringan (ia tidak tumpah apabila mangkuk cuba diterbalikkan)
3.
Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang
dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit
demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau
menggunakan hand whisk dengan perlahan
4. Akhir sekali campurkan
merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan
cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk
tapi gaul dengan perlahan2)..
5. Glis acuan kek dengan marjerin dan
alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven
sudah dipanaskan sebelum membakar kek
6. Bakar pada suhu 160 darjah
selama 45 minit (atau sehingga masak) menggunakan kaedah bain
marie(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika
dibakar)
8. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.
mmm sedapnyer bau cheese.. akak erma tak pernah lagi try aper2 resepi cream cheese.. memang tak yakin lagi.. aperpun akak memang rajin.. dugaan betullah kalau bantat hu hu ni erma bawa mangga madu kita tukar ngan cheese cake tu.. he he he x reti wat sendiri tumpang makan sini jek he he he
ReplyDeletelum pernah buat yang nie..teragak laa nak buat..bahan macam senang ajer..
ReplyDeletealong dah dapat panggilan ke NA..
sedapnya cheese cake, saya suka sangat =)
ReplyDeleteSalam Kak Zana..yana suka mkn light cheese kek ni tp nk bt sndiri xde keberanian lg..pnh bt skali jd bingka pulak..lepas tu trus xnk bt hehee
ReplyDeleteLiza pun belum pernah buat lg cheesecake ni, tkt xjadi....hihihhihi
ReplyDeleteSalam kak! ahahahaha... sama lerr kita, resepi kek ni mmg fobia betul nak buat, takut tak menjadik kikiki... mcm2 kejadian masa buat kek ni, dgn jadi bingkanya dgn kempisnyer hihihi...
ReplyDeleteAssalam Dik Zana bau cheese tu sedapnya....bila lah nak berani mencuba ni!! nak cuba rasa sepotong ada lagi tak??
ReplyDeletehuhuh...kite kalau setiap kali buat kek ni kenfem macam berpeluh2 dh...adoi...
ReplyDeletesalam kak Zana, hmmm sedap tu..lemak2 n bau cheese yang memikat rasa
ReplyDeleteKak na cheq pun tak pergnah buat ni ni takut jugak
ReplyDeletejadi gak tu...pasti sodap!..tgh tensen giler ni kak Zana...tgk pago skola pon dh rasa cam sembelit...keje tak sudah2..sindrom kemurungan melanda!
ReplyDeleteSalam K.Zana.cheese cake...sedapnya. dah lama tak buat. sypun kali ke 2 buat baru jadi....part maringue tu yg remehkan...
ReplyDeleteAs'salam Zana
ReplyDeletekalau kek cheese ni buat pagi petang dah bersih sebab semua ahli2 kat rumah memang gemar sangat2 sebab lembut dan seakan cair aje bila masuk dalam mulut.
Tapi masa mula2 buat kek ni seram juga sebab takut tak menjadi, alhamdulillah akhirnya dalam seram2 tu berjaya juga..hihihi
saya pun tak pernah cuba buat kek ni kak...tak pe nanti cuba lagi yer..lelama sure jadi la tu. pastu buat lebih sikit antar saya sikit bagi rasa..hehe
ReplyDeletesalam kenal kak zana..jumpa link blog nie kt dapur noorsha..terus jengah kesini..byk masakan menarik rupanya..h ehe hee sy follow yer:)
ReplyDelete