Sunday, March 25, 2012

MEE HONGKONG

 Asalamualaikum & Salam Sejahtera... macam rajin pulak hari ini semata2 bangun pagi (kul 5.00am) untuk mengemaskini maklumat permohonan UPU Aimman.. selepas gagal menembusi web tersebut semalam ... Ini pula aktiviti menambah berat badan di hari sabtu malam ahad .. mungkin sebahagian  kesan bila mengambil vitamin B utk aktif women.. bila tak aktif berkerja mulalah perut ni aktif meminta2 kerja... pengajarannya bila tak ke sekolah tu tak perlulah  menelan byk2 vitamin agaknya..

Kelantang-kelentung jam 9 malam.. ini lah hasilnya.. akhirnya dapat menghirup kuah mee hongkong.. tak taulah apa sejarah nama mee ini.. bila oder di kedai..  lebihkurang beginilah rupa mee yg dihantar.. tapi saya rasa mee hongkong saya lagi kelass.. baik dari sudut persembahan dan rasa... hahahaha... sesi puji-pujian jap.. saya guna bahan yg seadanya di peti ais almaklumlah menu yang tiada pelan strategik canggih.

MEE HONGKONG
(oleh : INSPIRASIKU)

Bahan2
1 mangkuk kecil mee kuning
2 biji telur dikocok + sedikit garam
Minyak secukupnya untuk mengoreng

Bahan2 kuah
2 biji bawang putih - diketuk/hiris2
1/2 biji bawang besar kuning- hiris2
1 sudu besar sos tiram
1 biji lada merah
Sayur2- karot & sawi
Udang/fish ball/ayam jika ada
sedikit serbuk lada sulah
garam/gula mengikut rasa
1 sk tepung jagung(utk memekatkan kuah)
sedikit minyak untuk menumis
air secukupnya - utk kuah

Cara-cara:
1. Satukan mee & telur, gaul rata dan goreng dalam minyak yg telah di panaskan.. api perlahan supaya mee dapat masak rata dan tidak hangus. Angkat & letakan ats pinggan
2.Tumis bawang putih, bawang besar sehingga beraroma.. masukkan sos tiram, gaul rata diikuti udang/ayam/fishball serta karot.Gaul rata  kemudian bolehlah masukan air utk kuah secukupnya.
3.Biarkan kuah mendidih, kemudian masukan hirisan lada dan sawi.
4.Perasakan garam/gula dan lada sulah. Akhir sekali masukan tepung jagung yg dibancuh dengan sedikit air. Tuangkan kuah ke atas mee yang telah digoreng tadi.

 

10 comments:

  1. waaaaa..ala mi hong kong aaaa...manyak best lor!
    result spm sek sy...biasa2 je...kuantiti naik..tp kualiti menten..alhamdulilah subjek sy 100% lega..peh ni kena ngadap boss bentang pos motem..

    ReplyDelete
  2. bestnya kak mee hongkong tu...bak mai sepinggan, taruk cili potong lebih yer....ekekekekee

    ReplyDelete
  3. Waduh! kita mau tambah-tambah ni Dzana... he he heh tambah udangnya yang mengancam tu!

    ReplyDelete
  4. Tak payah gi Hong kong dah kan??? udang ooo udang....

    ReplyDelete
  5. Slmt berhujung minggu Cikgu Dzana.sedap nampak mee hongkong penuh sayur dan udang tu.....dah lama tak buat..

    ReplyDelete
  6. Mmg hebat dari kat kedai lagi kak!! Besttt

    ReplyDelete
  7. Spesel nyaaa..... mana Liana punya? Liana suka makan mee tau.

    ReplyDelete
  8. Salam Zana :)
    Amboi2x rajin nyer!!!
    Tapi kalau perut dah minta diisi perlu jgk kedapur kan3x..

    x pernah mkn mee hongkong begini Zana.. something different blh cuba nnt lah..

    ReplyDelete
  9. Salam Kak Zana,
    Akak apa khabar? maaf ya, lama saya tak sempat berjalan-jalan.
    Mee hongkong ni macam mee kungfu ye. Sedap, saya suka lah mee dia digoreng macam tu.

    ReplyDelete