Tuesday, November 29, 2011

PUDING LABU BERKARAMEL

Resepi memandai sendiri.. ubahsuai Puding Kentang berkaramel di dapur DayangJack .. lainkali saya akan cuba resepi sebenar Dayang@Dapurku SaYang.. .. saja saya gantikan kentang dengan labu.. memadangkan ada 1/4 labu yg terbiar sepi .. pada mulanya anak2 macam tak berkenan jer dgn karamel ni .. bila masuk hari ke 2 barulah berebut2 nak makan.. Terima Kasih Dayang kerana berkongsi resepi..

Puding Kentang Berkaramel


Karamel :
  • 1/3 cawan gula pasir
  • 1/3 cawan air panas
Cara-cara :
  1. Hanguskan gula sehingga keperangan dan masukkan air panas. Kacau segera supaya tidak berketul.
  2. Kemudian ratakan pada loyang/bekas yang bersesuaian. Sejukkan seketika.
Puding :
  • 1 1/2 atau 2 biji kentang sederhana saiznya (direbus hingga empuk dan dipotong kecil-kecil)/( Saya gantikan dgn Labu anggaran 250 gm)
  • 5 biji telur A (dipukul sedikit tetapi jangan sampai berbuih)
  • 2 cawan susu sejat/susu cair
  • 1/4 cawan air
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara :
  1. Kisar kentang bersama semua bahan (kecuali telur) hingga sebati.
  2. Satukan adunan tadi dengan telur yang sudah dipukul manja. Sebatikan perlahan-lahan dengan menggunakan senduk kayu atau hand whisk. Kemudian tapiskan.
  3. Tuangkan adunan ke dalam loyang/bekas yang berisi karamel tadi.
  4. Sediakan loyang yang agak besar dan isikan air panas secukupnya. Kemudian letakkan loyang puding tadi di tengah-tengahnya. Masukkan ke dalam oven. (membakar dengan kaedah bain marie)
  5. Bakarlah pada suhu 160-170C selama 45-50 minit atau sehingga masak. Bergantung pada suhu oven masing-masing./Saya kukus anggaran 45minit - hingga masak)
  6. Setelah puding masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum diterbalikkan.

13 comments:

  1. Kak Ros ada labu kat dapur.Insyaalah nak cuba ni.

    ReplyDelete
  2. Tetiba kechur lak kak cek tgk puding laba karamel ni....nyum..nyum...yummyyyy...:)

    ReplyDelete
  3. Berhajat lama sangat dah nak makan dan buat puding karamel tp belum2 juga sampai seru.... Orang lain sampai dah guna kentang, guna labu buat karamel. Diri sendiri karamel kosong pun tak terbuat. Teruk betullah....

    Cantik karamel labu akak....

    ReplyDelete
  4. as-salam
    npk sedap karamel puding labu ni..Yum yummm...

    ReplyDelete
  5. Salam dZana...
    amboiiii..goda kite lagi ngan puding labu berkaramel...bestnya..menarik betul resepi ni..

    ReplyDelete
  6. waaaa...kak zana...terliur ngk....kene cuba nih...sy suka karemel...mkn sejuk2 sedappp...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Anna...Puding Labu Berkaramel...Nampak Sedap....Nyummmm...

    ReplyDelete
  8. Salam Kak..Wahhhh guna lagu pula...mesti sedap ni..boleh kopipes resipi ni...ada masa boleh cuba buat juga

    ReplyDelete
  9. kita pun dh 2 hri mkn krimel kakk..buat kek krimel tu..akhirnya jmpa jgk dgn satu rspi kek yg seisi umah kita sukee..klu kek lain..msti brkulat..krimel buh labu mcmana rsanya kak..ada trsa labu ke lebih rasa karamel..nti leh try jgk ni...muahh..

    ReplyDelete
  10. salam cikgu..x kirala labu ke kentang ker..kalu dh dikaremelkan mmg fuiyooo la jawabnye..hahaha!! meleleh sudaaa!

    ReplyDelete
  11. Assalam cikgu..
    puding labu ke puding kentang ke..semua kita belum pernah cuba..maklum ler..rakyat tak berapa into puding....heheh selalunya begitulah cikgu..dah nak habis baru berebut2 nak makan..hehe

    ReplyDelete
  12. wah.apa la rasanya ye bila letak labu ni...dah lama tak buat karamel....gebu je tengok karamel zana ni...:)

    ReplyDelete