Sarapan pagi Jumaat.. memang puashati guna rspi Maz .. lembut n gebu dan tidak berkedut hingga ke petang.. akk setuju dgn kata Maz tu.. senang, sedap n simple (3S) Maz buat dapat 14 biji akk buat dapat 8 biji dgn saiz yg beso gedabak.. kalau nk comel2 kene ikut maz yer.. untuk Maz yang sedang berbahagia bersama suami di bumi Bahrain tu akk ucapkan terima kasih..
PAU 3S
(Sumber : ILHAM DAPUR )
Bahan-bahan (dalam 14 biji saiz kecil)
- 1 1/4 tepung serbaguna (allpurpose flour) - tepung gandum pun ok
- 120ml air sedikit suam (anggaran sahaja) saya letak sikit2 sehingga doh bgumpal shj)
- 1/2 sudu besar yis kering
- 1/2 sudu besar gula
- 1/2 sudu kecil baking powder
- 3 sudu besar minyak masak - maz guna sunflower oil, sini xde minyak sawit
- 1/2 sudu kecil garam
- inti secukupnya - maz guna inti kacang merah, biar keras dalam petiais sekejap senang nak bulatkan
- kertas minyak secukupnya - potong 4 segi kecil untuk lapik bawah pau
1. Dalam bekas yang sesuai masukkan air, yis dan gula. Biarkan seketika dalam 1-2 minit.
2. Kemudian masukkan minyak masak dan kacau sikit guna garfu.
3. Satukan baking powder, tepung dan garam, kemudian tuang dalam bancuhan yis tadi sampai dikacau guna garfu dan tepung melekat pada garfu.
4. Kemudian boleh la diuli guna tangan. Kalau lembik celup je tangan dalam tepung (atau tabur je tepung sikit) dan uli sehingga doh tidak melekat pada tangan dalam 8-10 minit. Ramas-ramas manja pun ok semasa proses menguli tu.
5. Tutup bekas dengan plastik/tuala yang sesuai dan rehatkan doh selama 30-35 minit atau dah naik sekali ganda.
6. Sediakan pengukus. Amik doh yang telah naik tadi dan tumbuk sikit buang angin. Kemudian amik doh sebesar bola ping pong dan leperkan sedikit, masukkan inti dan tutup kemas. Kemudian letakkan sekeping kertas minyak dan susun dalam pengukus. Buat sampai habis dan rehakan pau selama 10-15 minit.
yehaaa kita datang naik tikar aladin ,akhirnya menjadi juga akak buat paukan
ReplyDeletefuhhh...sedappnyer pauuu.... 1 hari nti nk wat laaa.... (tatau bile) sgt terujaaaaa.....
ReplyDeleteAssalamualaikum dZana,
ReplyDeletebiar besar gedabak....tapi nampak gebu dan mulus...sedapnya makan panas-panas ye dZana...
Salam Maal Hijrah.
cantik bulat je pau..dah lama teringin nak makan pau tapi malas nak buat...hehehhe
ReplyDeleteSalam Maal Hijrah cikgu Dzana
ReplyDeleteNampak lembut pau ni....suka tengok.simpan resepi dulu....nanti nak cuba juga....
kakkkk..segannya kitaa..rspi xsbrapa kak..rspi bidan trjun sbnarnya tu..tpi xsngka jdi elok je kan..alhmdulillahh idea driNya..tpi memang kita puashti snguh..sdpp mkn..mksih kak sdi mncuba..muahhh...kita ni bru buka laptop..sni dh sjukk..kna demann slesma..huhuu..duk lam slimut je..
ReplyDeleteGebu dan cantik pau tu.Kak Ros kalau buat pau selau frust sebab tak brapa nak gebu.Terasa pula nak mengepau esok.
ReplyDeleteaslmkm Kak..ni dtg nak ngendeng..bagi jela bape ketul pun kita terima..heheh..senang je nmpk bhnkan..naktryla..inti lak mls nak wat..hehe
ReplyDeleteeh..pn doc br copy resipi kt blog maz..tgk2 kt sini dh siap masak dh..hehe!!
ReplyDeleteRajinnya Kak dZana. Nak satu pau hehe
ReplyDeletegebunya pau... kite suka inti kacang merah. yammmmmm. hehe
ReplyDeleteIjan
akak suka pau.esp inti kacang hitam..
ReplyDeletedebab dan gebu pau dzana.akak ambik resepi ya