Tuesday, May 31, 2011

MEXICO BUNS


Roti panas!!!!... baru keluar oven.. perggg... aroma kopi memenuhi ruang dapur .. mexico buns memang sedap makan panas2.. tak caya .. cuba la yer... Resepi CP dari dapur Mamafami.. saya tukar filling dengan butter sahaja.. 'sayang nak guna creamcheese yg tinggal seketul tu''.. hihihi.. tiru ayat ika siam ni ... TQ Mama...



CREAM CHEESE MEXICO BUNS

Post by MamaFaMi (CP dari Mamafami)
Source : Aunty Yochanna via Rinnchan's Fotopages

Dough
Ingredients :

60 g castor sugar
120 ml water
10 g instant dried yeast
325 g High Protein Flour
1 teaspoon bread improver
1/2 teasppon salt
1 1/2 tablespoons milk powder
1 egg
45 g margarine

Method :
1. Mix sugar, yeast and water. Set aside till foamy
2. In the mixer bowl, mix all the dry ingredients.
3. Make a well in the middle and pour in the yeast mixture. Knead till the dough is elastic and smooth.
4. Prove dough for 45 minutes or till double in size.
5. Divide dough into 18 portions of 40g each and shape it into a ball. Rest the dough for 10 minutes.
6.Flatten the dough and place a spoonful of filling in the middle and cover with dough.
7.Arrange on a tray and prove dough for 45 minutes or till double in size.
8.Pipe the mexican topping on top in a swirl mode.
9.Bake in a preheated oven at 180 C for 15 to 20 minutes.

Cream cheese filling


Ingredients :

120 g Cream cheese
30 g icing sugar
1/2 teaspoon vanilla essence

Method :
Cream all the above ingredients. Ready to use.

Note : untuk filling I use butter sahaja .. secukupnya .. ala-ala papa roti gitew)

Mexico Topping

Ingredients :
75 g margarine
60 g icing sugar
1/2 teaspoon vanilla essence
1 egg, lightly beaten
75 g cake flour (I used plain flour)
1/2 teaspoon Nescafe granules

Method :
1. Cream margarine and icing sugar.
2. Add in egg and continue beating. Add vanilla essence and Nescafe granule.
3. Fold in flour and beat till well mixed.
4. Place the mixture into a piping bag and ready to use.

Monday, May 30, 2011

SERIMUKA GULA MERAH

Serimuka yang sedap, lemak2 manis gula melaka.. resepi CP dari dapur Ayu .. Tq Ayu..juga riaputih di MYR
Serimuka Gula Merah
Sumber Asal:-From riaputih@myresipi.com
CopyPaste : Curlybabe's Satisfaction

Bahan2:-
  • BHGN ATAS-(1 loyang kecil)- (Ayu gunakan loyang 8 inci)
  • 1 bj telur-(Ayu gunakan 2 biji telur)
  • 2 camb gula pasir
  • 1 1/4 cwn pati santan-(Ayu gunakan 200ml santan pekat + 200 ml santan cair/air)
  • 1/2 cwn gula merah-(Ayu gunakan 112g gula melaka)
  • 1 1/2 camb tpg. gandum-(Ayu gunakan 9g)
  • 1 1/2 camb tpg. jagung-(Ayu gunakan 9g)
  • 1 camt garam -(Ayu gunakan 1/2 sudu kecil garam)
  • BHGN BAWAH
  • 2 cwn beras pulut (rendam 15 min)-(Ayu gunakan 11/4 cawan-250g)
  • 2 1/2 cwn santan cair-(Ayu gunakan 150ml santan pekat + 150ml air)
  • 1 1/2 camt garam-(Ayu gunakan 1 sudu kecil garam )

Note : Saya guna 250ml santan cair untuk bahagian bawah

Cara-cara

  1. BHGN BWH: Campur semua bhn - kukus selama 20 min. Setelah masak, tekan mampat dgn daun pisang.
  2. BHGN ATAS: Kisar semua bhn dan tapis. Kemudian tuang ke atas BHGN BWH tadi. Kukus lagi 20 minit atau sehingga masak. Sejukkan betul-betul barulah dipotong.-(Kalau nak lebih detail boleh pergi ke Serimuka Pandan dan tengok cara2nya disitu
Note : Saya masak sebentar adunan bhgn atas sehingga naik wap. Kemudian tuang ke atas bhgn bawah.

Petua: Balut dgn towel bersih tudung pengukus supaya air wap tidak menitis ke atas permukaan kuih.
(Cara untuk mengeringkan permukaan kuih : selepas kuih masak.. buka penutup kukus dan biarkan selama 5 -6 minit atas kukusan yang mendidih.. kemudian baru tutup api)

Sunday, May 29, 2011

MARBLE CHEESE BROWNIES

Makan2 untuk semua pelajar 6A3 dn 6A4... pada 25 Mei 2011... harap2 semuanya suka..
Gabungan resepi Brownies Leen Cetusan Selera n Marble Cheese dari dapur Rinchan.. selalu dah saya gunakan resepi brownies Leen ni.. saya suke rspi ni sebab tidak menggunakan soda bikarbonat.. TQ Leen n Rinchan..

BROWNIES
(Sumber: Copy paste dari Cetusan Selera)
Ingredients
250 gm butter
1 1/2 cup of sugar -kalau nak topping, boleh kurangkan...
4 eggs
2 tsps of vanilla essence
1/2 tsp of baking powder
1 cup of plain flour
3/4 cup of cocoa powder
1/2 cup of chopped nuts -tak letak coz nak di 'marble cheese 'kan

Method
1) Melt butter over slow fire, turn off the fire and add sugar. Mix with whisk.
2) Add in the eggs and vanilla, continue whisking.
3) Add in flour together with baking powder and cocoa and mix well.
4) Add in nuts ( you can also add in chocolate chips into the batter or sprinkle sliced almonds on top of the batter before baking )
5) Pour into a lined tray ( 12" x10") and bake in a preheated oven for 25 - 30 minutes at 180degrees celcius.
-masa dan suhu bergantung oven masing-masing, namun brownies jangan terlebih masak, nanti ia tenggelam, bila dah nampak tepi2 tu dah lekang dah masak biasanya
( saya bakar anggaran 25 minit)

(Sumber : Dapur Rinchan)
Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan.
Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

* SELEPAS 25 MINIT SAYA TUANGKAN ADUNAN CHEESE N BAKAR LAGI 10 MINIT API ATAS N BAWAH, 5 MINIT API ATAS.. SELEPAS NI KENA BAKAR 2-3 MINIT SHJ.. SUPAYA DAPAT PERMUKAAN YANG LEBIH CANTIK)

Saturday, May 28, 2011

SURPRISE!!!!

Surprise 2!!!... kek belated birthday di kelas 6A4.. terima kasih kepada semua pelajar kesayangan saya di kelas ini.. semoga anda semua mendapat keputusan cemerlang dalam STPM 2011..
Surprise 1 !!!.. early celebration birthday on 18 May ... by 6A3... I love U all so muchhhh... saya doakan semoga semuanya juga mendapat kejayaan cemerlang dalam STPM 2011...
mmg diluar jangkaan.. semuanya berpakat ... menyerang ke rumah ... Wakenabeb...
aduhai.. bersusah payah mengusung kek..
sekelas 6A3.. minta maaf banyak2 yer .. tak da apa2 persediaan.. lainkali nnti saya jemput ke rumah.. pelajar2 yang sentiasa dalam ingatan saya.. siang n malam.. 'harapan saya semoga semuanya juga berkerja keras utk dapat A dalam ekonomi.. surprise ' all Apple' yg selalu saya termimpi2..... ( Pic oleh Shu Xian) TERIMA KASIH UNTUK SEMUA 6A3 N 6A4...

PANDUAN MENGURUS FRESH CREAM


Hasil BW hari ini.. pernah ada kisah duka tika menggunakan fresh cream(Non-dairy whipping cream) .. so info ini memang sesuai utk saya.. Terima kasih untuk Aku. Zack.
Saya minta izin CP link disini.. untuk rujukan saya dimasa depan dan juga panduan kawan2 yang lain..

(Post ini dibuat khas untuk orang yang tiada pengalaman langsung dalam menggunakan fresh cream (nama lain non-dairy whipping cream).. SILA KLIK DI SINI.

Thursday, May 26, 2011

KEK VELVET OMBAK BERALUN(KUKUS)

Dah lama tak buat makan2 utk kwn2.. semalam macam rajin pulak.. bila terpandang Dayang menayang kek ombaknya yg sangat cantik.. terus bersemangat.. dah lama sebenarnya nk mencuba kek macam ni.. rasa2nya kawan2 blogger kaki masak dah berkali2 membuatnya .. tak pe lah lambat2 pun.. akhirnya tercapai juga hasrat.. Terima kasih dayang .. akk ikut versi dayang.. terima kasih juga utk kak fida MYR.. sedap n gebusss gebassss...

KEK VELVET OMBAK BERALUN
(Diubahsuai oleh Dapurku Sayang)

bahan 1/2 adunan : (SAYA BUAT SATU ADUNAN)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung semolina
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 90 g gula kastor
  • secubit garam
  • 3 biji telur A
  • 6 sudu besar minyak jagung
  • 1/2 sudu besar ovalette
  • 2 sudu besar serikaya
  • 60 ml susu cair
  • pewarna kuning, pes pandan dan merah jambu
  • serbuk milo untuk melapis

Cara-cara :
  1. Panaskan kukusan.Loyang dialas kertas dan digris sekeliling.
  2. Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan pewarna dan pukul hingga kembang.
  3. Masukkan mentega cair dan kaup-balikkan adunan hingga rata.
  4. Bahagikan adunan kepada empat bahagian dan warnakan.
  5. Ratakan adunan berwarna pertama di dalam loyang.Ayak serbuk koko di atas lapisan pertama rata2 hingga menutupi lapisan pertama tadi.
  6. Tindihkan adunan berwarna kedua di atas lapisan koko dengan kemas.Bagi memudahkan gunakan sudu makan dan tompok2kan adunan hingga rata menutupi lapisan serbuk koko.Tabur lagi serbuk koko rata2.Ulang melapis dan menabur serbuk koko untuklapisan ketiga hingga lapisan terakhir adunan berwarna tanpa ditabur serbuk koko.
  7. Tutup loyang kemas2 dengan aluminium foil yang telah disapu mentega.Kukus selama 45 min.
  8. Apabila masak,buka segera aluminium foil.Ketika ini kek yang dilapis dah kelihatan berombak.Biarkan kek 5 min di dalam loyang.
  9. Tangkupkan loyang dan sejukkan kek di atas redai.
  10. Biar kek benar2 sejuk dan boleh dipotong dan hidangkan.
untuk aktiviti jamah2 di BG.. SELAMAT BERCUTI UNTUK SEMUA RAKAN SEKERJA DIMANA JUA BERADA.. SELAMAT MEMBUAT KELAS TAMBAHAN, SELAMAT MENANDA KERTAS PEPERIKSAAN!!!.......

Sunday, May 22, 2011

CHOCOLATE RICE MUFFINS

2 biji muffin dengan segelas milo hangat ... burrrrrppp... Alhamdullillah... resepi Mamafami yang dah lama disimpan.. menggunakan bahan2 yg seadanya di dapur.. huuu.. bahan2 utk baking dah kering kontang.. harap2 minggu depan dapat lah masa untuk shoping2 apa yg perlu.. TQ Mamafami untuk resepi muffin ini.. saya suke muffin ni..

CHOCOLATE RICE MUFFINS
Sumber : MamaFaMi

Ingredients :

2 cups all purpose flour
2 tablespoons baking powder
1/2 teaspoon salt
1 cup sugar / saya guna 3/4 cup saja
1 cup fresh milk
4 tablespoons margarine - melted
1 large egg - lightly beaten
1/2 tablespoon vanilla essence
Enough chocolate rice

Method :

1. Sift flour, baking powder and salt. Add sugar and stir with a whisk to mix.
2. In another bowl, add fresh milk, melted margarine, egg and essence. Mix well using a whisk.
3. Pour the mixture into the dry ingredients and mix using a mixer. Do not over mixed.
4. Spoon the mixture into the prepared tin lined with papercups till 3/4 full.
5. Bake in a preheated oven at 180 C for 20 minutes.


Sunday, May 15, 2011

TRIFFLES

ASSALAMUALAIKUM.. agak lama tak mengemaskini blog yang tak seberapa ini.. kesibukan tugas2 di sekolah dan tugas2 lain menyebabakan masa untuk berblog ni agak terbatas.. kepada rakan2 yg tak jemu2 menyinggah n menyapa .. harap tidak berkecil hati n tidak serik untuk bertandang.. Insyaallah saya tetap membalas kunjungan jika ada kesempatan waktu..

Triffle resepi dari dapur kak nor secubit garam.. TQ kak...

TRIFFLES

(Sumber CP : Secubit Garam)
Bahan-Bahan:
  • 1 bungkus kek swiss roll/ saya guna sponge kek
  • 1 kotak agar-agar segera (Lady's Choice) - perisa strawberry
  • 1 tin fruit cocktail
  • 2 sudu besar tepung kastard/ saya letak 3 sudu besar..
  • 3 sudu besar gula
  • 3 cawan susu segar
Cara:
  1. Campurkan tepung kastard, gula dan susu dan masak sehingga menggelegak dan kepekatan. angkat dan biar sejuk.
  2. Potongkan kek swill roll dan susun ke dalam bekas [kalau nak cantik..masukkan dlam bekas kaca..nanti nampak lapisan triffle ni] sehingga penuh.
  3. Kemudian ambil sedikit jus buah cocktail dan tuangkan keatas kek tadi.
  4. Tuangkan kastard tadi keatas kesemua kek sehingga rata.
  5. Taburkan buah cocktail keatas kastard tersebut.
  6. Bancuh agar-agar segera mengikut arahan yang telah disediakan dan tuangkan keatas buah cocktail tadi.
  7. Masukkan ke dalam peti sejuk.