Thursday, March 24, 2011

Bingka Labu

Bingka labu.. i like it... lemak2 dengan manis manja2.. menyuap sepotong demi sepotong macam tak mahu berhenti... menghabiskan kisah si labu separuh yg dah seminggu terperap di peti ais.. memujuk en hb supaya mengupas kulit si labu utk membuat pengat langsung tidak di layan.. huuuu.. abis kisah pengat yg tak menjadi .. saya potong 4 si labu dan rebus dengan kulit2nya.. bila dah lembut tentu lebih mudah untuk memisahkan kulit labu ni dengan isinya.. hihihi.. betapa malasnya 'aku' nk mengupas kulit labu yg keras itu.. Terima kasih CikMat Gebu kerana berkongsi resepi bingka labu yg sedap ini.. resepi saya CP dari MYR ...

Bingka Labu

Bahan-bahan

  • 5 biji telur Gred A .. ( SAYA GUNA 3 BIJI TELUR SHJ)
  • 200 ml air
  • 300 ml pati santan (mat guna santan kotak)/SAYA GUNA SANTAN FRESH
  • 200 g tepung gandum
  • 180 g gula halus... SAYA GUNA GULA PASIR
  • 1/2 camca teh garam
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 450 g labu manis, dikukus hingga lembut dan dilecek halus... SAYA REBUS JER
  • 1 SB BUTTER.. SAYA TAMBAH
  • BIJAN IKUT SUKA

Cara-cara

1. 1. Satukan kesemua bahan dalam satu bekas kecuali labu lecek. Kacau menggunakan wisk hingga sebati dan gula hancur. Tapis adunan.

2. 2. Masukkan labu manis yg telah dilecek halus tadi. Gaul hingga rata.

3. 3. Tuang adunan tadi ke dalam tin bulat berlubang tengah yg telah di sapu mentega dan dialas dasarnya dgn kertas. Sapu juga mentega pada permukaan kertas tadi.

4. 4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 40 minit. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

(CARA SAYA: BLENDER LABU REBUS BERSAMA AIR, GULA, SANTAN,GARAM ESEN VANILA SEHINGGA HALUS, KEMUDIAN MASUKKAN TELUR & TEPUNG, 1 SB BUTTER .. BLENDER SEHINGGA SEBATI).. TUANG DALAM LOYANG YG TELAH DI SAPU MINYAK).. TABUR BIJAN


9 comments:

  1. kak zanaa..ingt nk menamatkan jugak riwayat labu kat dapo tu ngan bingka..huk huk..maleh betui nak membingka..kiki..kak..nak tanya , apa beza lebih telur ngan kurang telur ek?

    ReplyDelete
  2. kak kita sukaaaaa bingka ni rcp ni bestkan kak

    ReplyDelete
  3. wahh kak zana dah berbingka ler...nak jugaaaaaa....lieza suka juga ni...tp bila buat lieza yg makan sorang penyudahnya lieza pun jadi cam labu..hukhukhuk

    ReplyDelete
  4. kak zana, saya pun suka bingka..yg malasnya bila buat anak2 tak makan..memilih betul anak2 KEJAWA nih..!!!:)

    ReplyDelete
  5. sy ada sebelah labu baru beli semalam mmg cadangnya nak buat bingka gak...tq yer resepi..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Zana

    Bingka labu sedap kalau buat sarapan pagi dan minum petang...

    ReplyDelete
  7. sedapnya bingka labu,
    mas suka rasa lemak2 labu dan santan tu....sedapppp....

    ReplyDelete
  8. Kt dpur syapn ade lbu jgk bli aritu ingt nk buat kek lbu tp termlas le pulok so arini jaln2 jmpe blog akk,menu pmcuci mlut arini sdh s'mstinya sang lbu kt dpur tue le yg akn jd mngsa sya..thnk 4 da rsepi..

    ReplyDelete