Friday, December 31, 2010

Aiskrim Goreng

Projek lama yg dah terpendam.. semalam bila terpandang di blog Catlina terus ke dapur hana selongkar atas n bawah..hihihi.. mmg teruja utk mencuba ais krim goreng ni. sebelum ni pernah makan di sebuah warong sebelum jambatan Tongkang pechah tu.. biasalah bila makan.. saya akan membelek2 n dgn rasa tak malu n ringan mulut terus bertanya makcik yg mgoreng ais krim ni.. berpandukan rspi di dapur Hana n saya mengubahsuai sedikit rspi ini.. Saya CP resepi dari dapur hana yer.. terima kasih dik ina n lina.pg..

Bahan-bahan:
  • 10 keping roti putih
  • 5 scope aiskrim (apa2 perisa)
  • Plastik wrap ( untuk balut roti)
  • Minyak
  • Cara-cara:
    1. Lembabkan roti dengan air /saya gelek jer roti tu..
    2. Skopkan aiskrim ke atas roti.
    3. Tutupkan aiskrim dgn sekeping roti lagi.
    4. Tekan acuan telur yang bulat tu (hana guna acuan spt di atas) supaya roti terputus (Pastikan roti bercantum supaya aiskrim tidak meleleh keluar)./saya guna cawan plastik .. idea dari catlina..
    5. Balut dengan plastik pembalut dan simpan dalam frezeer selama 3jam atau semalaman - hana simpan semalaman
    6. Keluarkan dari tempat pembeku dan goreng dalam minyak yang panas hingga kuning keemasan. Jangan lama, paling kurang 1-2min sahaja tp pastikan minyak sudah betol2 panas.
Roti putih... digelek sedikit utk mendapatkan roti yg sederhana padat....
Letakan aiskrim pilihan... kebetulan ada 2 box aiskrim di peti ais.. sukenya...
aiskrim lava coklat
Tangkupkan kepingan roti tadi dengan kepingan roti lain di atas aiskrim ...lupa nk snap pic pulak.. lepas tu ambil lah cawan (sesuaikan dgn saiz roti) tekankan atas roti .. sehingga menjadi seperti di bawah..terus simpan dalam bahagian bhg dinginbeku peti ais..
Lebihan tepi2 roti tu jgn di buang.. hihihi.. boleh buat puding roti pulak lepas ni..
aiskrim roti yg telah siap.. saya dpt 12 keping.. simpan semalaman sebelum di goreng...
goreng dalam minyak yang panas.. sebaiknya bila minyak dah panas terus masukkan aiskrim ni dlm kuali.. balik2kan hingga kekuningan.. n siap boleh terus di makan...
sangat yummyyyyyyy... jom makan aiskrim goreng di petang jumaat yg indahhhh...

Thursday, December 30, 2010

Murukku

Bila kaki melangkah ke kedai runcit di Taman Beroleh.. apa yg terjadi.. plan asal cuma nak beli roti untuk satu projek dotdot... sampai jer di kedai tangan pun mula lah capai sana n sini.. teringat apam beras yg letak eno.. so kena lah beli eno.. yis.. tak ingat ada lagi atau tidak..so beli jer la.. kelapa parut n lastly terpandang tepung murukku pulak.. so layann..
Kul 9 mlm terasa pulak nk mengoreng muruku.. berpandukan arahan yg diberi pada pembungkus tepung .. so ini lah hasilnya..

Sate Rusa di Sate Makmur, Kluang Johor

Balik dari Mesing hari tu.. sempat singgah di warong sate sepupu yg berniaga di kawasan kg baru (klau tak silap yer) kluang.. en hb kata teringin nak makan sate rusa.. utk merasai kenikmatan sate ni.. saya mkn begitu sahaja tanpa kuah.. bagi saya mmg sedap.. coz tiada berlemak seperti sate lembu.

Tq Din n Salmi .. atas sate free hari tu.. hihihi.. smga perniagaan sate makmur semakin laris...

Wednesday, December 29, 2010

Kerja oh kerja...

Cuti panjang yg penuh dengan kerja... selepas balik bercuti dari langkawi.. saya banyak menghabiskan masa cuti di sekolah.. membuat buku perancangan dan takwim utk sekolah, 2 hari mesyuarat di muar, 5 hari packing peralatan alatulis bersama pembantu2 koop yg taat setia, disamping menyiapkan tugas dan amanah penting ... lastly menghadiri pelbagai mesyuarat di sekolah bermula 27 Disember 2010.. dan pendaftaran pelajar bermula 29 Dis hingga 1 Jan 2011... dan menunggu Isnin untuk proses pembelajaran murid dan pengajaran guru..... are u readyyyyyyyyy....

Tanjung Leman

25- 26 Disember bersama family sebelah hb berkonvoi ke tg leman.. menginap 1 malam di Tunjuk Laut Beach Resort..menempah 2 rumah saiz family dgn 2 bilik n ruang dapur.. RM 300/mlm.. keadaan rumah n servis agak kurang memuaskan.. apapun kami pasrah.. mungkin tidak ada 'lain kali' untuk ke sini...hehehe... dalam ke pasrahan.. tuan empunya blog ini pun terus hilang mood utk merakam kenangan manis disini.. saya dan en hb sempat ke jeti nelayan tg leman utk melihat n membeli ikan segar utk di bawa pulang..
Sebahagian keluarga en hb.. dalam perjalanan pulang sempat memenuhi hajat emak@mak atok ke Pantai Air Papan Mersing.. dapat melihat pemandangan sahaja.. kerana banyak bendera merah berkibaran di tepian pantai..
Breakfast timeee.. menu nasi goreng kg , sandwich sardin, air kopi o, n teh o... mmg berselera bila makan beramai2...

makan2 beselerak..
pemandangan di pantai tg leman...
emak @ mak atok yg membesarkan adik beradik en hb... (selepas kematian ayah n bonda mereka)

Tuesday, December 21, 2010

Ubi Ungkep


Selain di rebus, digoreng,dibuat kuih... kalau mahukan kelainan..ubi juga boleh di masak dgn cara ini.. rebus n berempah..boleh juga gunakan serbuk kari utk menggantikan ketumbar.. tpi saya lebih suka guna ketumbar..

UBI UNGKEP
Sumber : Inspirasiku
Bahan2
1 kg ubi - potong spt nak merebus n bersihkan..
4 sb ketumbar*
3 biji bwg merah*
3 ulas bwg putih*
segengam ikan bilis*- lagi byk lagi best..
sedikit kunyit
garam secukup rasa.
Sedikit minyak untuk menumis

Cara2.
1. Tumbuk bahan*.
2. Tumiskan bahan* dalam kuali hingga berbau harum..dan masukkan garam
3. Masukan ubi dan gaul rata
4. Masukkan air hingga paras ubi/menutupi ubi
5. Tutup kuali, dan biarkan sehingga ubi empuk.
6. Apabila air ubi hampir kering, buka tutup kuali dan kacau rata supaya tidak hangit.
7. Kacau perlahan sehingga air ubi kering.. tutup api



Roti Jala

Semalam.. semalam lagi.. bila masak kari teringin pulak nk makan roti jala.. rspi dari Tulip Myresepi dan copy paste dari Ihlam Dapur - Maz.. tak cantik mn pun roti jala sy ni.. klau nk tgok yg cantik2 bolehlah tgok kt dapur maz tu.. Tq Maz,Tulip n MYR berkongsi rspi.. dah nk abis pun cuti2 bahrain maz .. Selamat pulang ke tanah air yer.. smga dipermudahkan perjalanan...

Roti Jala
(Sumber: Myresepi- Tulip)
Bahan-bahan ( 4 org )

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawang air
  • 5 sb susu tepung
  • 1 biji telur
  • beberapa titik pewarna kuning
  • 1 st garam

Cara-cara

1.Masukkan semua bahan dalam blender. Blend hingga semua sebati.

2.Perap dalam 1/2 jam. Sediakan kuali & acuan roti jala untuk menjala di atas kuali leper.

3.Jala dengan api perlahan lebih kurang seminit. Boleh dimakan dengan kari ayam.

hasil menjala yg tak seberapa......
makannn...

Monday, December 20, 2010

Garlic Bread n Mushroom Soup

Semalam... Selera abang... adik dan lain2.. kelu lidah memandang.. terkulat2 tekak jawa mengadap sup sepinggan.. lastly.. adik dan lain2 makan jer roti garlic toast pan..
Mushroom sup readymade jer.. buka tin plus air setin n panaskan.. sedapnya ibu.. kata abang..
Garlic Bread: Roti potong memanjang.. sapu butter yg telah digaul bawang putih tumbuk..toast atas pan..

Sunday, December 19, 2010

Kek Coklat Moist Kukus

Macam dah lama cuti buat kek coklat.. hehehe... so buat lagi kek coklat ni..
Edited: 548am isnin.. Ampun Along.. semlm tak smpt nk tulis panjang2.. along jgn kecil hati @ merajuk ya.. hari ni adinda bangun pagi2 semata nk tulis pasal kek coklat yg lemak,enak,moist n yummmmmy along ni... hehehe.. sebenarnya mata ni dah boleh tidur dr jam 3 am..lepas buat sarapan pagi teringat komen pendek kt post kek coklat ni.. terima kasih along kerana berkongsi rspi kek ini.. dah kali ke 3 saya mggunakan rspi ni... saya minta izin CP rspi di sini yer.. utk rujukan pada masa depan.. hehehe.. ayat skema lagi .. n tak lupa kepada MyR juga.. TQ...

KEK COKLAT MOIST KUKUS

Bahan-bahan ( 8-9 inchi bulat )
100g Serbuk Koko*
1 tin Susu Isian Cair*
200g Minyak Masak Sayuran*
250g Susu Pekat*
4 biji Telur - pukul sehingga berbuih..
250g gula kastor
150g Tepung Gandum
1 st Bic Soda
1st Baking Powder
Cara-cara
Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin. Tak payah sampai menggelegak.
Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn mixer. Gaulkan bhn2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati.
Masukkan ke dlm tin yg di lapik & minyakkan. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.
Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing.
Untuk ganache atas kek lihat resipi dari hana6877: resipi no. 4580



Saturday, December 18, 2010

Ikan Bakar vs Air Asam

Post paling malas.. Masak2 sempoi jer.. ikan di bakar .. air asam .. sayur di goreng n makannn...

Friday, December 17, 2010

Blueberry Cheese Tart

Mencuba resepi tart dari dapur Am-Flora.. sangat sedapp.. Tq utk Am kerana berkongsi rspi tart ni.. untuk filling saya menggunakan tips dpd Azita Zain yg sedang berehat tu.. smga cepat sihat ye ita.. terima kasih atas tips yg ita beri tu.. mmg mjadi n sedap..

BLUEBERRY CHEESE TART
BAHAN PASTRY
1 biji telur
100g butter
75g icing sugar
200g tepung gandum
CARANYA
Semua bahan disatukan dan diuli sehingga menjadi doh
Bulat2 kan doh sebesar ibu jari dan tekan dlm acuan tat & cucuk2 kan sikit dgn garpu.
Bakar selama 15minit - 160°C

KRIM CHEESE
250g keju Philadelpia (atau apa2 brand yg halal)
60g butter
60g icing sugar
1 biji telur
CARANYA
Pukul semua bahan sehingga halus & rata
pipekan dulu sedikit blueberry filling kemudian tutupkan pula dgn krim cheese
lepas tu barulah dilorek mengikut corak disukai
(sedikit krim cheese + sdikit bluberry kaler - dan dilorekkan ke atas prmukaan tat)
Dibakar sekejap lebih kurang 5 minit

Puding Pelangi

Bila selongkar dapur kak nor... ni yg saya dapat... terima kasih kak.. terima kasih juga untuk myresepi dan Alma...

PUDING PELANGI
  • 10g serbuk agar2
  • 650ml air
  • 200gm gula pasir (kalau nk kurang manis wat dlm 180gm pun ok)
  • 60gm mentega
  • 1 biji telur
  • ½ tin susu cair
  • 1 sudu makan tepung custard
  • 1 sudu makan serbuk koko
  • 1/2 sudu teh vanilla
  • pewarna merah dan kuning secukupnya (kalau nak warna2 lain pun boleh)
Cara-cara
  1. Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan
  2. Pukul telur sebentar menggunakan whisker kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis
  3. Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih kemudian masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata. Then pastu tutup api.
  4. Bahagikan adunan kpd 3 mangkuk (sama byk). Then bubuh koko (campurkan sedikit air dulu) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata , adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 leh letak kuning dan merah.
  5. Sengetkan loyang/pe2 bekas puding sedikit (yg Alma gunakan bekas square 7x7in) - i.e. biar satu hujung tu tinggi (lapik/alaskan dgn pe2 utk tinggikan).
  6. Mula2 tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang/bekas (dihujung yg paling rendah tu ler), kemudian satu senduk makan adunan warna kuning dan las skali satu senduk adunan warna coklat. Ulang buat cam ni sampai semua adunan habis.
  7. Bila dah siap, letakkan semula loyang/bekas ke kedudukan asalnya. Then, masukkan ke dalam peti sejuk.


Thursday, December 16, 2010

Pau Gebu Pandan

Jom buat n makan pau.. resepi kak ton MYR... pernah buat sebelum ni.. kali ni mengerutu pulak kulit si pau ni... kes terlupa nak bungkus tutup pengukus.. tapi tektur tetap lembut..utk kelainan .. saya letak perisa pandan n pewarna hijau kt adunan pau ni.. so dptlah pau yg ada rasa pandan sikit.. terima kasih kak ton n MYR

PAU GEBU
Sumber : MyResepi

Bahan-bahan ( 10 biji )
  • 250g (2 1/2 cawan ) tepung pau diayak (pakai tepung gandum pun boleh)
  • 3g (3/4 sudu teh) yis kering
  • 2g (1/2 sudu teh) baking powder
  • 50g (4 sudu makan) gula castor
  • 20g (1 sudu makan) lemak sayuran
  • 2g (1 sudu teh) bread softener
  • 1/2 cawan air suam

Cara-cara

  1. Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener didalam mangkuk adunan.
  2. Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
  3. Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin
  4. ***Jika menggunakan Bread Maker, masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula castor, bread softener dan lemak sayuran kemudian pilih menu dough dan tekan start
  5. Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.
  6. ***Jika menggunakan Bread maker, biarkan doh didalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam)
  7. Bahagikan doh kepada 10 bahagian
  8. Masukkan inti dan tutup kemas.
  9. Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi (2" x 2 ") dan susun didalam pengukus.
  10. ***untuk inti, bolehlah menggunakan inti apa saja, mengikut kesukaan.
  11. Rehatkan pau selama 45 minit didalam kukusan.
  12. Untuk mengukus, didihkan air didalam periuk pengukus. Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi. Kukus pau selama 10 minit.
  13. ***TIps : Air perlu lah betul2 panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yg lembut dan gebu.


Monday, December 13, 2010

NASI GORENG PLANTA

Realitinya.. dah 5 hari dapur ku tidak berasapp.. bila dah masuk 'kerja' .. kira dah habislah cuti sekolah utk tahun ni... tapi hari ni terasa pulak nak mkn nasi goreng cina mcm di dapur kak ina kl yg glemm tu.. so kita warm up dgn nasi goreng ni dulu..

hehehe.. tolong la anak2 ibu ... ibu buzy ni..

Wednesday, December 8, 2010

KEK MARBLE SUSU

Membaking pulak.. guna loyang bersaiz besar so corak marble tak berapa kemas.. tak pandai me'marble' menyalahkan loyang pulak ni.. hihihi.. lain kali kene guna loyang kecil sedikit utk adunan kek ini.. Resepi CP dari dapur Am-Flora resepi asal milik Chef Norzailina.. TQ

KEK MARBLE SUSU

Sumber asal : Chef Norzailina

Bahan-bahan :
250 gm mentega (nak sedap guna mentega berkualiti tinggi)
230 gm gula halus (saya gunakan 200gm sahaja)
2 camca teh ovallate
4 biji telur gred A
270 gm tepung halus * (saya gunakan tepung gandum sahaja)
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
60 gm susu pekat manis (saya gunakan 3 camca besar)
2 camca besar serbuk koko
2 camca besar susu cair (saya gunakan 3 camca besar)
1 camca teh coklat emulco

Cara-cara :

Pukul mentega, ovallate dan gula halus hingga putih. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur. Masukkan susu pekat dan gaul rata.
Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata. Bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak.
Satu dibiarkan tanpa warna dan satu bahagian di campur dengan susu cair, serbuk koko dan coklat emulco. Gaul hingga sebati.
Tuang secara berselang seli antara adunan tanpa warna dan adunan coklat (saya sudukan 2 sudu besar untuk setiap adunan) dalam tin yang telah dilenser dengan mentega dan dasarnya dialas dengan kertas minyak.
Kemudian buat beberapa pusingan dengan menggunakan chopstick (saya tidak buat sebab saya sudukan adunan sedikit2 untuk dapatkan belang yang agak halus).
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 - 35 minit. Saya bakar 45 minit, bergantung pada oven masing2 ya.
Sejukkan 5 minit sebelum dikeluarkan dari tin. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan dan hias ikut suka.



Daging Blackpepper

Daging masak simple .. mmg sedap bila dimakan bersama nasi panas.. CP dari dapur Hana sumber asal resepi ni dari dapur Kak Nor Secubit Garam.. TQ KakNor n Hana.. minta izin CP disni...

DAGING BLACKPEPPER
Sumber : KNor Secubit Garam

Bahan-bahan
  • 500gm daging batang pinang- hana gune dgg slice gred A
  • 1 sb serbuk lada hitam yg ditumbuk kasar - lebihkan jika ingin lebih pedas
  • 1 biji lada benggala hijau
  • 1 biji lada merah
  • 3 sb kicap manis
  • 2 sb sos tiram
  • 1 cawan air
  • 1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air
  • 1/2 sudu garam halus dan 1 sb gula
  • minyak utk menggoreng
Cara-cara
  1. Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng.
  2. Potong panjang kedua2 lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir2 lada
  3. Panaskan minyak. Sebolehnya digunakan minyak yg banyak dan menggunakan api yg kuat spt yg ditunjukajar oleh chef asal supaya daging itu tak perlu digoreng dgn lama. Goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.
  4. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati. Peringatan: garam tak perlu letak banyak2 kerana dah pun masin - dari kicap dan sos tiram
  5. Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan hidangkan panas2 dgn nasi putih.




Tuesday, December 7, 2010

Kari Ikan Tenggiri

Kari.. senang jer masaknya kan.. klau tak tau boleh tengok rspi kt belakang bungkusan serbuk kari tu.. itu cara dulu2 sy belajar masak.. tpi sekarang ni tak yah tgok2 lagi.. bukan la terer mana.. tpi bolehlah utk memenuhi selera en hb n anak2...
sayur sawi goreng + ikan masin sepat goreng+ malas pulak nk buat smbl belacan..