Friday, December 17, 2010

Blueberry Cheese Tart

Mencuba resepi tart dari dapur Am-Flora.. sangat sedapp.. Tq utk Am kerana berkongsi rspi tart ni.. untuk filling saya menggunakan tips dpd Azita Zain yg sedang berehat tu.. smga cepat sihat ye ita.. terima kasih atas tips yg ita beri tu.. mmg mjadi n sedap..

BLUEBERRY CHEESE TART
BAHAN PASTRY
1 biji telur
100g butter
75g icing sugar
200g tepung gandum
CARANYA
Semua bahan disatukan dan diuli sehingga menjadi doh
Bulat2 kan doh sebesar ibu jari dan tekan dlm acuan tat & cucuk2 kan sikit dgn garpu.
Bakar selama 15minit - 160°C

KRIM CHEESE
250g keju Philadelpia (atau apa2 brand yg halal)
60g butter
60g icing sugar
1 biji telur
CARANYA
Pukul semua bahan sehingga halus & rata
pipekan dulu sedikit blueberry filling kemudian tutupkan pula dgn krim cheese
lepas tu barulah dilorek mengikut corak disukai
(sedikit krim cheese + sdikit bluberry kaler - dan dilorekkan ke atas prmukaan tat)
Dibakar sekejap lebih kurang 5 minit

2 comments:

  1. dh lama teringin nk buat. tp blum smpi seru lg. keinginan msh ada cuma sejak ada ank kecik nih kn curi2 ms yg sesuai utk mcuba. bl tgk kt cni tliur la plk. hehehe...

    ReplyDelete