Saturday, September 18, 2010
AIDIL FITRI 2010
Anak2 abah yg ada masa raya pertama.. pok da n family, oteh n acu yg masih available.. n kak long(dzana) family yg memang tetap n bpencen braya dengan abah... makndak pulak bermlm raya di rmh mertua.. sobsobsob....
sesi menutup buku lama... jgn buka buka baru yer...
sesi menghitung 'hasil'... kira dik jgn tak kira...
Wednesday, September 8, 2010
SALAM AIDIL FITRI
Salam aidil fitri buat semua sahabat n kenalan yg tidak jemu berkunjung di blog ini.. Ampun dan maaf juga dipohon atas kesalahan n kesilapan . Semoga ikatan persahabatan terjalin erat.. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.. MAAF ZAHIR N BATIN..
kad raya hana
kad raya Along Roz
Kad raya Catlina
kad raya Doc Inahar...
kad raya hana
kad raya Along Roz
Kad raya Catlina
kad raya Doc Inahar...
Saturday, September 4, 2010
Biskut Dahlia
Yehhhhhhh.... panazzzz ... baru keluar oven...kalau maz dah berbalang2 mngodeh biskut, begitu juga nurindah .. alongroz n n dik ika bangkok kita tu.. ... saya baru ada kesempatan nak join aktiviti ini... terpandang biskut dahlia di dapur Cik Mat Gebu.. hati terus terpikat.. jatuh chenta... walaupun rupa biskut kita tak secantik Cik Mat punya.. tapi tetap rasa puas hati n harap2 rasanya juga akan memenuhi selera.. petang masa berbuka nnti baru dapat merasa... Saya minta izin CP rspi ni disini.. utk rujukan di masa depan.. TQ cik mat n Norazie RN kerana berkongsi resepi
Sumber : Dapur Tanpa Sempadan
BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g mentega /saya guna SCS
160 g gula aising (mat guna 140 g)
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla (mat guna esen rose)/ saya guna copy paste.. saja suke2..
240 g tepung gandum*
100 g tepung jagung*
160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
Sumber : Dapur Tanpa Sempadan
BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g mentega /saya guna SCS
160 g gula aising (mat guna 140 g)
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla (mat guna esen rose)/ saya guna copy paste.. saja suke2..
240 g tepung gandum*
100 g tepung jagung*
160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga kembang.
- Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.
- Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit.
- Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Sotong Goreng Tepung
Daging Rebus vs Air Asam
Menu2 berbuka yag dah terlepas... daging malas nak bakar .. kita rebus jer lawan dengan air asam.. rspi air asam ada di SINI... memang tak mngecewakan.. dah berkali2 menggunakan rspi ni.. TQ ika