Thursday, April 29, 2010

Bubur Pisang Berjagung..

Salam.. siaran ulangan lagi.. kegemaran keluarga.. bubur @ pengat pisang tanduk , jagung n biji sagu..

Blogger Award n Tag...


COPY AWARD INI MACAM DAPAT GRAMMY AWARD....
- OK

2)BERI TAU SAPA DAN LINK PEMBERI AWARD INI....
- Terima kasih untuk Maz - ILHAM DAPUR n Ayu- CURLYBABESATISFACTION ... minta maaf kerana lambat menjawab.. n akk cuba jawab sebaik mungkin..

3)TAJUK POS KORANG MESTI ADA 5-FIVE-KHAMSAH?
KENA JAWAB 10 SOALAN DAN SETIAP 1, DENGAN 5 JAWAPAN...WOWWW!!!!!)....

4)FIVE NAME THAT PEOPLE CALL YOU....
- zana ... nama panggilan ringkas kawan2 n rakan blogger jugak
- cikgu zana .. panggilan anak2 murid..
- Z.. panggilan oleh beberapa orang kawan di BG
- kak long ... panggilan oleh mak , abah n adik2..
- emmm... yg lain2 tu biarlah rahsia..

5)FIVE IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE....
~ 13 Jan (hari lahir my dear hubby
~22 Julai (hari lahir Aimman)
~13 julai (hari lahir Syamira)
~16 mei ..hari guru
~25 hb ... hari gaji

6)FIVE THING YOU DONE YESTERDAY....

~ sekolah 630 - 1.30 pm
~ Aktiviti koko pengakap laut.
~ Pertandingan Petanque hingga kul 4.30
~ Ambik Aimman kt High Sch
~ tak msk.. beli bungkus.. tido awal.. hihihi

7)FIVE WAYS TO BE HAPPY....
~Balik rumah tanpa keje sekolah
~Peti ais penuh mcm supermarket
~Jalan-jalan n makan2 dengan geng bus sekolah
~Ada baju baru bila nak gi sekolah
~bila hb kata hari ni tak yah masak...

8)FIVE FAVOURITE MOVIES...
~ Tak minat tengok wayang.. huwaaaa... so tak de fav movie..

6 - FIVE FAVOURITE HOBBIES....
~Menonton TV - drama, 703 /707
~Jalan-jalan

~Masak2..
~Blogging..
~Menjahit

7 - FIVE FAVOURITE PEOPLE....
~My dear HB
~Aimman n Syamira
~Mak n Abah
~Adik2...
~Kawan sejati - kwan sekerja, kawan2 lama, semua blogger..

8 - FIVE FAVOURITE PLACES FOR VACATION....
~ bercuti bersama keluarga.. ada pantai.. ada swimming pool
~ tempat2 sejuk .. air terjun

~ ke bumi mekah pada suatu hari nanti
~ ke Jepun kot.. klau ada sponser...hahaha
~

9 - FIVE REASON YOU ANSWER THE SERVEY....
~kene taq... huuuuu.. jwpan yg lain sama mcm maz.. tak leh fikir dah ni maz...
~Terasa diri ni diterima oleh kawan-kawan blogger...samaada yang SENIOR mahupun yang JUNIOR mcm kita ni...
~To be sporting la...menghangatkan lagi dunia blogger sesama kita semua...

~Tanda ada juga orang yang ingat akan diri kita ni...
~Sebelum terlupa..baik dilaksanakan tugas ni dgn sgera...

10 - FIVE PERSON TO TAG....PASTINYA AKAN ADA PENYAMBUNGNYEEE...hihi...
~ yg ni hutang dulu.. kene ronda .. tgok siapa yg belum kene...

Harap Maz n ayu puas hati.. n tidak berkecil hati...

Friday, April 23, 2010

Kuih Bakar Pisang again...

Harap kalian semua tidak jemu memandang .....

Bahan2
1 sisir pisang masak ( 10 - 13 biji).. di lenyek kasar .. byk ni coz sy suka pisang.. klau tak suka boleh kurangkan...
1 cwn tepung*
3/4 cwn gula*
1 cwn santan*
1 cwn susu sejat/cair*
1 biji telur*
2 sudu besar butter*

Cara2
1. Blender semua bahan*
2. Tuang adunan ke dalam mangkuk berisi pisang lenyek dan di gaul rata.
3. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan butter
4. Bakar 180C selama 45 minit.. or lebih untuk dapatkan kerak yang hebat.
5. Sejukkan.. baru di potong.. masuk peti ais lagi bestt
Buat dua adunan .. satu untuk makan2 di bilik guru esok...

Kerja oh kerja.....

2 hari berlokasi di sini.. (21/22 April).. boleh tahan jugak hotel ni walaupun bertempat di sebuah pekan yang sedang berkembang pesat.. cuma terputus bekalan air pada hari ke 2.. masalah teknikal diselesaikan dengan diberi bilik lain... selesai juga akhirnya tugasan JPNJohor...


Monday, April 19, 2010

Kuih Cara Manis

Minum petang semalam... hari ni.. tak da masak2..mkn angin jer kat blog kawan... kul 4 baru sampai rumah.. penatnya...

Bahan2 nya:
1 cwn tepung gandum*
1 cwn santan*
1 cwn susu sejat*
1 biji telur*
sedikit garam*
pewarna hijau & paste pandan*
2 sudu butter atau minyak masak*
Minyak secukupnya
Gula secukupnya
Daun pandan utk menyapu acuan

Cara2:
  • Masukkan bahan * ke dlm blender n blender sehingga sebati
  • Panaskan acuan dgn api yg kecil,sapukan minyak pada lubang2 acuan.
  • Tuangkan bancuhan ke dalam lubang acuan.
  • Masukkan sedikit gula (1/2 sudu kecil) pada setiap kuih yg separuh masak.
  • Tutup acuan dgn penutup periuk n biar hingga masak. Ulang sehingga habis

Sunday, April 18, 2010

Sup Ayam Special..

Memang special sup ni..yg penting ikut step yg diberikan...resepi dari MYR oleh Tulip.. TQ Tulip n MYR

Bahan-bahan ( 8org )

  • 1 ekor ayam potong 16
  • 1 labu bwg merah
  • 2 ulas bwg putih
  • 1 inci halia
  • sebatang kulit kayu manis
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 iji buah pelaga
  • 2 bj kentang
  • 1 btg lobak
  • 1 mangkuk air panas br masak
  • lada sulah, garam, ajinomoto dan stok ayam (letak lada sulah shj..)
  • daun sup, daun bawang & bawang goreng

Cara-cara

  1. Rempah2 direndam dalam air panas menggelegak,biarkan hingga air tersebut suam & toskan rempah2 tersebut. Air rendaman turut disimpan.
  2. Bwg merah & bwg putih dikisar halus. Halia ditumbuk sedikit jgn sampai lumat. Lobak dipotong bulat2 anggaran 1.5cm & kentang dipotong 6
  3. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau. Kemudian masukkan halia & rempah2 yang telah direndam. Tumis sebentar.
  4. Masukkan ayam dan gaulkan supaya bercampur dengan rempah yg ditumis. Biarkan selama 10minit
  5. Masukkan air rendaman rempah tadi beserta 1 mangkuk air lagi. Jika mahukan kuah sup lebih boleh tambah lagi semangkuk air.
  6. Biar sup menggelegak,masukkan kentang dan lobak. Bila ayam dah empuk masukkan stok ayam, garam, aji & lada sulah. Adjust mengikut selera anda
  7. Dah siap tutup api. Masukkan daun bawang,daun sup & bawang goreng, tutup rapat periuk selama 20minit supaya baunya meresap ke dalam sup. Sedia untuk dihidang

Kuih Kaswi..

Respi dari dapur Anawahid .. yg di CP dari dapur Cik Mat Gebu.. TQ Cik Mat b Ana... Minta izin CP di sini pulak..

Bahan-bahan ( Loyang bulat 30cm )
BAHAN A :-)
350 g gula melaka (mat guna 300 g)
240 g gula pasir
450 ml air
2 helai daun pandan, disiat dan simpul
BAHAN B :-)
190 g tepung gandum*
120 g tepung ubi*
60 g tepung beras*(*disatukan dan diayak)
900 ml air
2 camca besar air abu (alkaline water)
3/4 camca besar air kapur
1 camca besar pewarna coklat
BAHAN C :-)
1 cawan kelapa parut putih
Secubit garam

Cara-cara
Satukan bahan2 A dan masak atas api sederhana hingga semua larut. Sejukkan.
1. Satukan bahan2 B dalam satu bekas. Kacau rata dengan wisk.
2. Satukan no1 dan no2. Kacau rata dan tapis ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak masak.
3. Kukus 40 - 45 minit atas air mendidih. Balut tutup kukus dgn kitchen towel. 4. Jika lepas 45 minit terdapat air pada permukaan kuih. Letakkan paper towel (yg baru) dan biar ia terserap. Angkat perlahan hingga kering. Biarkan sejuk betul sebelum dipotong dan hidangkan bersama bahan C.
KATA2 DARI MAT GEBU:- Jika buat separuh dari resipi diatas, boleh guna loyang/tin kek berukuran (8 x 8 x 3) inci dan jika suka boleh juga dikukus dalam acuan apam yg comel2 tu, dan jangka masa mengukus 10 - 12 minit utk bekas2 comel. Harap maklum.

Saturday, April 17, 2010

Rojak Buah..

perggghhhh... sedap.. guna buah yg seadanya.. nenas, mangga, sengkuang... buah yg lain masih di kedai...

Kerabu/Urep Taugeh n Kacang Panjang

Sedap ratah gitew2 jer..

Bahan2
3 ulas bawang kecil potong kecil*
2 ulas bwg putih potong kecil*
6-7 biji cili api belah 2*
sedikit ikan bilis*
sedikit belacan*
2 inci cekur@ kencur
kelapa parut secukupnya
2 biji jus limau kasturi
garam secukupnya
daun cekur dihiris nipis, taugeh, kacang panjang potong2..

Cara2
1. * digoreng, angkat dan ditumbuk bersama cekur
2. Panaskan kuali tanpa minyak satukan bahan yg ditumbuk bersama kelapa, gaul rata, masukan garam n jus limau.. kemudian masukan sayur2 kegemaran.. siap..

Ayam Masak Kicap..

Masak sempoi jer.. semua orang pandai masak ayam ni kan.. saja2 nk buat tayangan... jom makan

Thursday, April 15, 2010

Roti Jala..

yehhhhhh... pekene roti jala pulak..masa makan rehat tadi terpandang kari daging makcik kantin kat sekolah.. lepas selak2 n tgok rupa .. kari ni mcm memenuhi ISO tekakku ini.. bungkus kak RM3.00 .. balik sekolah terus godeh2 kat dapur .. sebelum tu selongkar dapur Maz dulu.. mengancam sungguh roti jala dia... akak punya ..hahaha .. boleh lah.. rasa tetap ada .. rupa ???.... resepi CP dari dapur Maz.. tq Maz n Tulip MYR...

Sumber Resipi : Tulip (Myresipi)
Bahan-bahan ( 4 org )

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawang air
  • 5 sb susu tepung
  • 1 biji telur
  • beberapa titik pewarna kuning - kita letak warna pink & hijau
  • 1 st garam - kita buh 1/4 sdu kcik je

Cara-cara

1.Masukkan semua bahan dalam blender. Blend hingga semua sebati.

2.Perap dalam 1/2 jam. Sediakan kuali & acuan roti jala untuk menjala di atas kuali leper.
(kita perap 10 min je, nak cpat)

3.Jala dengan api perlahan lebih kurang seminit. Boleh dimakan dengan kari ayam.

Monday, April 12, 2010

KEK PISANG

Kenapa ada conetto.. dalam melayan perasaan marah tiba2 teringin nak makan aiskrim... hahaha.. lega sikit kot..
Untuk meredakan perasaan marah selepas melayan conetto ... jom kita lepaskannya dengan melecek2 pisang pulak.. Resepi dari dapur Doc Inahar.. tapi saya terlupa nk letak gula perang mcm doc ina punya..kebetulan stok coklat chip tengah kemarau pulak... huuu...memang sedap makan kek ni masa panas2 berasap .. resepi CP dari dapur doc ina.. lama dah mengintai rspi ini.. tq doc!!

Bahan2:
1 cawan pisang emas lecek
13/4 caw tepung

225 gm butter
2 biji telur grade A

1 caw gula halus(i guna 1/2 gula castor,1/2 brown sugar..kurangkan amaun sikit jadi 3/4 caw. je)
sedikit lemon juice
1 suduteh soda bicarbonate

1 suduteh esen vanilla

1/2 caw yogurt

sedikit walnut cincang..bakar dulu.(tukor ngan chocolate cip)
garam

cara:
pukul mentega dan gula sampai kembang.masukkan telur satupersatu.then masukkan esen vanila,lemon juice & yogurt.kacau sebati.last masukkan tepung dan pisang lecek. bakar pd preheated oven @ 180 c selama 45-60 minit(ikut oven masing2)

MARAHHHH...


Aku memang MARAH... siapa yang tak marah bila ada kawan yang dengan senang lenangnya tidak memberi kerjasama dalam melunaskan kerja2 yang sepatutnya dibereskan.. bagi aku surat lambat itu bukan alasan.. sebab surat aku juga lambat n aku tak tidur malam menyiapkan kerja2 tsbt.. aku bukan kaki memberi helah atau kaki MC bila tak siap kerja.. kerja adalah kerja..di mana rasa tanggungjawab???.. kenapa tanggungjawab yang sepatutnya dipikul terpaksa digalas oleh orang lain.. YA ALLAH.. Ampun kan lah dosa ku ini.. jauhkan diriku dari perasaan hasad n benci.. AMIN...

Apa yang berlaku apabila anda marah?

  • Degupan jantung meningkat
  • Tekanan darah meningkat
  • Pernafasan menjadi cepat dan pendek
  • Mengalami ketegangan otot-otot
  • Paras hormon (adrenalina dan noradrenalin) meningkat menyebabkan pergerakan badan terasa kuat dan pantas
  • Bagaimanakah anda menerima kesan buruk akibat perasaan marah anda?

    Kecederaan fizikal dan emosi yang anda lakukan terhadap orang lain akan menyebabkan anda terasa bersalah dan seterusnya menyakitkan hati anda sendiri, ataupun menyebabkan tindakbalas daripada orang lain (contoh: mereka mencederakan anda kembali).

    Perasaan marah yang berpanjangan boleh menyumbang kepada penyakit darah tinggi, penyakit jantung dan penyakit angin ahmar (strok).

    Gangguan psiko logikal boleh berlaku akibat perasaan marah yang terlalu kerap dan teruk.

    Bagaimana untuk menenangkan diri anda?

    Anda boleh menenangkan diri anda dengan mengawal perilaku luaran dan tindak balas dalaman anda:

    • Panjangkan serta perlahan kan tarikan nafas anda
    • Perlahan kan atau hentikan pergerakan anda supaya kadar degupan jantung anda dapat diturunkan
    • Kendurkan atau legakan otot-otot anda
    • Kenal pasti pemikiran anda yang negatif dan tidak rasional, kemudian cuba alihkan kepada pemikiran positif dan membina
    • Kenal pasti pemikiran yang positif dan juruskan pemerhatian terhadapnya
    • Berjenaka untuk menghilangkan perasaan marah
    • Beralih dari persekitaran dan sumber yang menyumbang kepada perasaan marah anda
    • (petikan dari Portal MyHEALTH!)

Sunday, April 4, 2010

Breakfast ............

Salam sejahtera untuk semua... makan2 untuk hari ini ialah jemput2 @ cucur@cekodok kentang bilis.. bersama nasi goreng sempoi.. harap anak2 ibu aiman n syamira berpuas hati ya.. menu tambahan yang lain ialah kerabu mangga..menunaikan hajat yang lama dah tertangguh.. so breakfast kali ni layan bersama kerabu mangga..ya ampun.. gabungan yang memang tidak sesuai.. tapi apakan daya.. bila mood dah smpai tu kenelah cepat2 buat kan.. tengahari ni dah dpt lesen tak masak dr en. hb.. so bolehlah melepak sambil buat kertas soalan PK 2...
nasi goreng vs popudum...
kerabu mangga.. ikut suka...
Bahan2
2 biji mangga muda - sagat memanjang ikut suka
bawang besar potong ikut suka
lada cili bilangan n potong ikut suka
udang kering goreng n tumbuk
jus limau nipis/sos ikan/gula/ garam .... perasakan ikut rasa
kacang tanah goreng ikut suka
Cara-cara..
Gaul semua ikut suka.. hahahaha..