Sunday, July 5, 2009

Tom Yam Khung

Menu utama main masak2 hujung minggu.. best betul resepi nih.. kalah mega seafood .. resepi ni mmg standart warong thai yg bersepah kat BP... mask sendiri semua nya mmg boleh letak extra.. mudah menyediakannyer ..pas ni no more kiub miub lagi... resepi mama myvi di MYR.. TQ mama n MYR again.. ampun jugak kerana CP rspi...

Bahan-bahan ( 4 orang )
6 cawan air
2 inci lengkuas (diketuk)
2 batang serai (diketuk)
1 labu bawang besar
5 helai daun limau purut
300 gram udang
5 biji limau nipis
cendawan tiram (ikut suka)
10 biji cili api (belah dua)
garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
Masukkan air, lengkuas, serai, bawang besar & daun limau kedalam periuk. Jerangkan atas api sampai mendidih.
Kemudian masukkan udang dan perahan air limau. Jangan dikacau sehingga udang berubah warna.
Kemudian masukkan pula cendawan dan cili api. Perisakan dengan garam dan sedikit gula.
Sedia dihidang.

4 comments:

  1. sedap lah nmpk tomyam ni k.zana..nnti nk cuba laa jimat skit perencah ku yg tggl 2,3ketul tu...hihihihiii!!!!

    ReplyDelete
  2. Wah ada pantang larang tak blh kacau ye kak... nampak best lah. Kalau kat kedai semangkuk dah berapa hengget tomyumkong neh.

    ReplyDelete
  3. sok nak suruh catlina masak ah tom yam ni, dia nak ke wat yek hehehe...sibuk melayan si kecik tu :)

    ReplyDelete
  4. Tom Yum ni memang sedap dan sihat berbanding dgn lauk pauk yang bersantan dan berminyak. Best!

    ReplyDelete