Friday, December 19, 2008

Kek Santan Pandan

Dlm list nak buat mufin pandan.. tpi krn rasa males nak bekecah dgn acuan yg comel2 tu.. tukar rspi ni.. mufin pandan tu msuk list balik..mencuba kek ni pulak ..dah lama dlm list..sedapp ... rspi dari ResepiNoraini.blogspot. TQ sudi berkongsi rspi.

Bahan-bahan :
270 gm mentega
230 gm gula kastor
5 biji telur B
60 ml santan segar @kotak
1 sudu besar pes pandan
240 gm tepung kek@ tepung gandum
30 gm kelapa kering ( tak da.. tak letak..)
1/2 sudu teh serbuk penaik
Bahagian atas (topping): ( Tak buat...pun dah abis)
40 gm mentega
35 gm gula aising
55 gm kelapa kering


Cara Membuatnya :
1. Putar mentega dan gula hingga gebu dan putih selama 10 minit.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul hingga sebati.
3. Masukkan santan dan pes pandan sedikit-sedikit hingga sebati dalam adunan.
4. Tepung diayak bersama serbuk penaik dan masukkan sedikit sedikit ke dalam adunan diatas.Diikuti dengan kelapa dan gaul sebati.
5. Griskan tin pembakar empat segi atau bulat berukuran 9 inci dan lapik kertas serap minyak.
6. Tuangkan adunan kek kedalamnya.
7. Untuk membuat toppingnya, pukul mentega dan gula hingga sebati lalu dimasukkan kelapa dan gaul lagi.Taburkan topping diatas adunan mentah tadi.
8. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan ke suhu 180 darjah celcius selama 45 minit.
( oven sy 150C 55 min)

2 comments: