Friday, August 16, 2013

KEK LUMUT

 Assalamualaikum  dan Salam Lebaran ... mood raya lagi.. 
mencuba kek yang lemak2, lembut2 , lembab2 n  boleh lemu ( bahasa jawa) kalau tak beringat ..

RESEPI KEK LUMUT
resepi asal : dayangjack.blogspot.com
sumber 1: AlongRoz.blogspot.com
sumber 2 : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 1 cwn Tepung Gandum*
  • 1 cwn Horlicks* (* mixed)
  • 3/4 cwn Gula
  • 250g Butter
  • 4 biji Telur Grade A
  • 1 sb Pandan Paste
  • 4 sb Serikaya
  • 1/4 cwn Susu Pekat
  • 1/2 cawan nestum kisar - hana tambah
Cara-cara
  • Pukul butter & gula sehingga putih & kembang.
  • Masukkan telur satu persatu sambil di pukul perlahan.
  • Masukkan susu pekat, serikaya, pandan paste & pukul rata setiap campuran.Masukkan tepung campuran horlicks.
  • Tuangkan ke dlm tin@loyang yg di lapik & di'gris'. Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus 3 jam dgn api sederhana. (hana kukus 2jam setengah shj)



Thursday, August 15, 2013

AIDIL FITRI 2013

Assalamualaikum dan Salam Lebaran buat semua.. semoga semuanya dlm limpahan rahmat yang maha esa.. amin..

Raya yang serba ringkas sahaja tahun ni, masih terkenang2kan abah yang dah 10 bulan meninggalkan kami semua... al fatihah buat abah tersayang..

MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI KAMI SEKELUARGA .

Tuesday, August 6, 2013

DODOL DURIAN BY PRESSURE COOKER (NOXXA)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 
Salam Ramadhan alMubarak buat semua muslimin dan muslimat.. sehari lagi ramadhan pasti berakhir.. smga dipanjangkan umur untuk menemui ramadhan pada tahun hadapan.. 
Mencuba membuat dodol menggunakan PC Noxxa.. mudah dan cepat.. saya berpuas hati dengan hasilnya seperti dodol tradisi dan dodol komersial di pasaran.. cuma ketahanannya jer yg tidak pasti..


DODOL  DURIAN
Bahan-bahannya
500 gm tepung pulut
3 cawan gula melaka*
2 cawan gula pasir*
3 cawan air*
2-3 helai daun pandan *
1 kg santan pekat
2 cwn isi durian

Cara-cara :
1. Masak bahan * hingga gula larut kemudian tapis.
2. Masak bahan yg telah ditapis,  santan dan isi durian  sebentar sahaja.
3. Masukkan tepung pulut dan bahan yg di masak tadi dlm pengisar (blender) hingga sebati (tidak berketul2)
4. Tuangkan  adunan tepung ke dalam periuk,pasang penutup
5. Tekan  butang  "Steam"  20 minit.
6.  Selepas itu , buka penutup , dan tekan butang ' Stir Fry' ..
7. Kacau adunan selalu untuk mengelakkan dodol berkerak (anggaran 20 minit)
8. Adunan akan meletop2 dan pecah spt gambar di bawah. kacaulah  sehingga terbit minyak pada dodol trsbt.. siapp.. sejukkan.. sedappp.. tak melekat dijari..
sedia utk set ' Steam"

 waahhh... dlm set ' Stir fry.. meletop2 mcm dlm kawah... tidak melekat diperiuk, juga tidak melekat ditangan..