Saturday, June 8, 2013

SOTONG BAKAR BERSAMBAL

 Assalamaualaikum dan Selamat Sejahtera.
Menu ringkas sahaja hari ini.. mencuba memanggang  sotong dengan pemanggang ajaib.. baru punya.. dah lama berangan nak membelinya, tpi bila memikirkan byk gadget2 yg berabuk di rumah, terus pendamkan sahaja.. tapi bila memandang org berebut2 membelinya semasa melawat Langkawi baru2 ni.. saya pun ikut sama tergoda n TERbeli... murah sahaja  saiz besar berharga RM79.90, jenama HIG.. klau tak guna rasanya tak lah menyesal sangat.. hihihi.. gitu pulak niatnya.. 


Resepi saya olah sendiri, ikut stok yang ada didapur.
SOTONG BAKAR BERSAMBAL

Bahan-bahannya
Sotong (saiz besar).. pemberian jiran hasil mencandat di pantai Mersing.
10 tangkai lada kering - dikisar
4 ulas bawang kecil
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih 
4 biji buah keras
1 btg serai
2 sudu besar sos tiram
air asam jawa -secukupnya
garam dan gula
Sedikit minyak masak

Cara2:
1. Sotong dibersihkan dan dikelar (tidak putus)
2. Kisar semua bahan (lada, bawang. buah keras dan serai)
3. Masukkan sos tiram dan air asam jawa.
4. Perasakan garam dan gula dan akhir sekali masukkan minyak masak
5. Ratakan sambal ke atas pemanggang letakkan sotong dan tutup permukaan sotong dengan lebihan sambal.
6. Masaklah lebih kurang  5 -6  minit, untuk keringkan air saya buka tutup pemanggang dan teruskan memanggang (balik2kan sotong) sehingga masak. jgn terlalu lama kerana sotong akan menjadi liat.

Thursday, June 6, 2013

CINNAMON BREAD

 Assalamualaikum /Salam Israk Mikraj /Selamat Sejahtera... 
 Bagi yg berpuasa hari ini, diucapkan selamat berpuasa, tuan tanah berpuasa jugak hari ini, smga terus diberikan kekuatan.. aminn.
Menu memanaskan BM semalam, sambil semak2 tepung n bahan2 roti/kek  dalam petiais, mana yg dah hampir tarikh luput tu kenalah bertindak segera.. kalau tidak ke tong sampahlah tempatnya..  4 hari lagi dah nak bertugas semula secara formal ke sekolah... tentu semakin sibuk di penggal ke 2 nanti..

  
 CINNAMON BREAD
Sumber : Sinaran Menu
Bahan-bahan untuk roti
1 cawan susu suam 
2 biji telur
1/3 cawan(75 grm) margarine(Puan Ro guna butter)
1/2 cawan gula halus
4 1/2 cawan tepung roti (High protein flour)
2 1/2 sudu kecil yeast
1 sudu kecil garam 

Bahan tabur
1 cawan gula perang 
2 1/2 sudu kecil cinnamon
1/3 (75 grm) butter lembut

bahan untuk cream cheese  (saya tak buat cream cheese)
 85 ke 100 grm (3 ounce cream cheese)
1/4 cawan butter
1 ke 1/2 cawan gula icing
1/2 sudu vanilla
secubit garam

Cara memasak
1- campukan susu suam bersama yis dan biarkan selama 10 minit
2-Dalam mangkuk besar,campurkan semua bahan roti dan masukkan campuran yis.Uli doh selama 10-15 minit. Tutupkan mangkuk doh dan rehatkan doh selama lebih kurang 45 minit.
3- Keluarkan doh dan tumbuk-tumbuk sedikit sebelum dicanai.tabur gandum atas tempat mencanai dan canaikan doh pada ukuran 21 x 16 inci.
4- Dalam mangkuk kecil campurkan gula perang dan cinnamon 
5-Sapukan butter lembut diatas doh yang telah dicanai tadi sehingga habis.Taburkan pula campuran gula dan cinnamon keatas doh sama rata.
6- Gulung doh kemas-kemas dan potong doh menjadi 12 potongan cinnamon roll(P.Ros dapat 15 biji).Atur doh dalam dulang yang disapu sedikit butter.Rehatkan doh selama 20 minit.
7-Bakar dengan kepanasan 180 C sehingga roti kuning keemasan lebih kurang 15 minit.
Note: Untuk kali ni P.Rose bahagikan doh kepada 2 bahagian baru diletak butter dan campuran brown sugar dan digulung. Dopotong sederhana kecil dan dapat 2 loyang kaca

 
yang ini versi walnut sticky bun.. guna adunan yang sama .. cuma ada tambahan  walnut n gula .boleh lihat di SINI..   petang ni nak menu ape yer utk berbuka.. baru jam  12 dah fikir nak makan berbuka.. hahahaha... terima kasih kak Ros.. saya CP resepi kak ros


Wednesday, June 5, 2013

NASI AYAM ISTIMEWA

 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..
Nasi Ayam Istimewa yang sangat sedap katanya... woooo.. memang sedap.. terima kasih Azie di Azie Kitchen.. saya CP bulat2 dari dapur Azie.. boleh tgok SINI ada step by step ..

Nasi Ayam Istimewa
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan ( 6-8 orang )
Untuk rebus
1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya
2 ulas bawang putih
2 cm halia yg diketuk


Untuk perap
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 cm halia
2 ulas bawang putih
Sedikit kicap cair

Sedikit minyak bijan

Ayam dipotong ikut suka besarnya, bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2 cm halia yg diketuk. Rebus sehingga empuk.

Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan perap dan tabur sedikit gula dan garam. Simpan dalam peti ais selama 15 - 20 minit. Lumurkan sedikit madu. Goreng hingga keperangan. Angkat ayam dan diketuk sedikit sebelum dihidangkan.
Tips: ayam digoreng sekejap sahaja iaitu secara "Touch N Go", barulah ayam 
 lembut.   

Untuk nasi
5 cawan beras.. saya masak  2 1/2 cwn sahaja..
3 sudu besar butter
1 cm halia - ditumbuk
4 ulas bawang putih – ditumbuk
air rebusan ayam secukupnya
Sedikit garam
1 bunga lawang
2 buah pelaga
1 kayu manis
1 batang serai – ketuk

2 helai daun pandan
Pewarna kuning

Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis bahan penumis, daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. 
Masukkan beras dan goreng sekejap sehingga terbit bau. Masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masukkan sedikit pewarna. Masak seperti biasa. 

Untuk sos
5 biji cili merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu teh cuka

1 sudu teh garam 
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam

Blendkan semua bahan di atas. Boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)

Untuk sup
Air rebusan ayam
1 biji bawang besar kisar
Rempah sup
Garam
Daun sup yg dihiris.

Air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi. Tabur bawang goreng sebelum dihidangkan.

Untuk kicap 
Kicap manis cap kipas udang
Gula
3 biji cili api (jangan banyak takut pedas)

Air rebusan ayam

Masukkan kicap manis, gula dan cili api ke dalam blender dan kisar sampai jadi pekat.