Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...
Menu sarapan pagi sabtu yang lepas.. tak pernah pun sampai ke Ikea tu.. tapi teringin nak makan Meatball Ala-ala Ikea.. tapi memang tak menyesal punya bila dah mencuba.. aimman tak suka sangat dengan meatball nya.. so dia makan dengan sosej sahaja .. en hb kata sedap.. oppps tak boleh makan banyak2.. tinggi kandungan garamnya.. 2 biji cukup ye.. mcm biasa la.. ibu n adik makan lebihhh..
Terima kasih
SARI di Seri Kandi Tanah jauhar dan Faa Rosli penyumbang resepi..smga pahalanya berpanjangan..
MEATBALL ALA-ALA IKEA
Sumber :
FAA ROSLI
*Meatball jenama MARINA secukupnya digoreng
tanpa minyak dan api sederhana. pastikan selalu balik-balikkan. jangan sampai
hangus. (Seri Kandi sedih, puas cari jadi Seri Kandi guna jenama lain)
*Kentang goreng secukupnya.
*1 sudu jem strawberry/blueberry/mixed
fruit
Sosnya :
2 sudu mentega
1 1/2 sudu tepung gandum
1 biji bawang besar kuning - didadu kecil
2 biji tomato sederhana besar - didadu
kecil
1 1/2 cwn air sejuk
100 ml susu segar/susu cair
3 sudu sos tomato
3 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
2 sudu sos lada hitam/serbuk lada hitam
1 kiub pati ayam (Seri Kandi tukar dengan 1 sb serbuk Cukup Rasa Maggi)
1 sudu gula
1 kiub pati
daging (Seri Kandi tak letak)
Caranya :
1. Cairkan mentega guna api perlahan. Tumis bawang
hingga bawang layu dan warna kecoklatan (Jangan sampai garing)
2. Masukkan tepung gandum, kacau hingga berubah
warna sedikit coklat. Kemudian masukkan tomato dan biar hingga tomato layu.
3. Masukkan air sejuk, susu segar, sos tomato, sos
tiram, kicap manis, sos lada hitam, kiub ayam, gula dan serbuk cukup rasa. Kacau rata
dan biar sampai mendidih.
4. Sentiasa kacau supaya tidak berketul.
5. Kacau sebati. tutup api dan biarkan suam sekejap kemudian masukkan
dalam mesin pengisar, kisar sampai halus dan bolehlah dihidangkan
bersama meatball, kentang goreng dan jem blueberry.