Salam Ramadhan yg ke 11 hari.. sekejap sahaja masa beredar.. saya masih melayan perasan sendiri.. kali pertama berpuasa berjauhan dengan aimman memang terasa sangat sayunya.. masih rasa bimbang, bagaimana masa sahurnya, masa berbuka n mcm2 lagi.. smga anak ibu dapat menempuhnya dengan baik.. di rumah saya sekeluarga hany melayan menu biasa yang seadanya.. rasa kurang 'mood' untuk memasak 'sakan'..
PUDING KASTARD BERKUAH
(Sumber : Yatie di Sinar Kehidupanku )
Bahan2 Utk Puding
- 1 cwn tepung kastard
- 5 cwn air
- 1/2 cwn susu cair
- 1/2 cwn gula
- Satukan tepung kastard bersama gula, susu cair dan air. Gaul semuanya.
- Masak di atas api sederhana sehingga agak pekat dan kacau sentiasa. Biasanya dlm anggaran 20 minit. Setelah agak pekat, matikan api dan tuang dlm bekas2 kecil atau loyang.
- Biarkan sejuk sebentar dan simpan dlm peti sejuk. Setelah beku barulah boleh di hidangkan.
- 1 tin mix fruits ( Boleh ganti buah laici, peach dan nanas..)
- 1 tin susu cair
- 1 tin air biasa (air masak)
- 1 cwn gula( terpulang pd masing2 ya..)
- Ais secukupnya
- Masak gula bersama air(sekadar gula hancur je..). Setelah itu biarkan sejuk.
- Setelah air gula sejuk, bolehlah tuang mix fruit dan susu.
- Ambil puding tadi dan masukkan kedlm mangkuk...tuangkan kuah yg bercampur mix fruit.
- Sedap di makan ketika sejuk. Boleh juga di letak ketulan ais.