Aktiviti memendekkan list yg berjela2.. membuat roti CCCSB yg hasilnya tak berapa nk swirl n ber choc ... rasanya banyak jugak letak cinnamon powder kat filling tu.. tak menjadi secantik air tangan kak nor di secubit garam tu.. saya buat 1/2 jer adunan memandangkan di rumah ada 3 mulut jer yg nk mgunyah.. Terima kasih kak nor berkongsi tips n resepi yang telah dipermudahkan.. begitu juga shidah..
CINNAMON CHOC CHIP SWIRL BREAD
hasil olahan : K.Nor@SecubitGaram
resipi asal : Technicolor
sumber : Shidah
Bahan:
180ml susu segar/fresh suam
1 ¾ sudu kecil yis segera (mauripan)
455gm tepung high protein (tepung roti)
85gm tepung gandum
3 sudu besar gula castor
1/2 sudu kecil garam
85gm butter sejuk
½ cawan + 2 sudu besar air
3/4 cawan coklat chip
Bahan taburan (filling):
1/2 cawan gula perang
1 sudu kecil cinnamon/serbuk kayu manis
1 bj telur A ~ dikocok
~ gula perang dan serbuk kayu manis digaul hingga rata.
~ ketepikan.
Cara (dgn menggunakan breadmaker):
Masukkan susu segar ke dalam bekas breadmaker (BM) kemudian diikuti dgn bahan2 lain kecuali butter dan coklat chip.
Tekan suis ON pd BM dan setkan pada DOUGH.
Tekan START dan biarkan ia menguli seketika hingga membentuk spt doh barulah dimasukkan butter.
Biarkan sehingga proses menguli selesai. (* tip: utk menghasilkan doh yg lembut dan cantik, bolehlah diulang proses menguli utk sekali lagi)
Biarkan ia naik 2x ganda atau sehingga BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.
Keluarkan doh tadi dan letakkan dlm sebuah mangkuk, kemudian masukkan coklat chip. Uli sehingga rata.
Bahagikan kepada dua bahagian.
Ambil satu bahagian dan canai hingga membentuk segi empat tepat lebih kurang 14" x 6"
Sapukan permukaan doh dgn telur yg dah dikocok tadi (tinggalkan sedikit utk satu bahagian doh lagi)
Tabur pula separuh dari bancuhan gula perang dan serbuk kayu manis (tinggalkan sedikit ruang bahagian hujung atas dan bawah doh utk proses mengemaskan masa menggulung)
Gulung doh dgn kemas. (jgn lupa kemaskan bahagian hujungnya supaya nanti doh tidak akan terbuka.
Letakkan ke dalam loaf pan yg dah digriskan dan taburkan sedikit tepung.
Ulang sekali lagi proses utk sebahagian lagi doh.
Rehatkan doh dgn meletakkan tuala lembab ke atasnya.
Biarkan ia naik lagi utk kali ke dua.
Panaskan oven 180C dan bakarlah hingga masak (lebih kurang 30 - 40 min), kemudian keluarkan dr oven.
Biarkan seketika dan keluarkan roti dr loyang dan sejukkan atas redai.
Sedap dimakan suam2 panas.
kak zana pun dh buat =) tun nyer swirl pun x bape nk jadi, xtau nape. agaknyer kene double filling sugar+cinnamon tu kan, tp nnti kuat sgt pulak rasa cinnamon dia.
ReplyDeleteAssalam Dik dZana....wah meroti ya...maklumlah kan tengah cuti sekolah ya!..Akak masih mood cuti...nak gi jalan2...Blog nanti kejap...hehehe!
ReplyDeletekahkahkah... nmpknyer swirl2 kita org ni mmg tak menjadik lerrr wakakaka.... takpe practice3!!!
ReplyDeleteakk punye ni tlebih yis kot.. abis semua rasa cinnamon n choc nya.. swirlnya pun tk jelas sgt.. akk mmg suke rasa cinnamon..
ReplyDeletemeroti =)kena cuba2 buat pasni...
ReplyDeletex pe lah Kak Zana ..lenkali akak patahkan kulit kayu manis tu boh kt dalam tu...jgn maree...tgh mengantuk menengok kertas exam bebudak ni!
ReplyDeleteAssalam kak zana, saya pun dah buat roti ni tapi lum n3 lagi..haha nanti senang saya n3kan:)
ReplyDeleteayoo kak...virus ni da sampai kt sini eyh...bestnyer makn time hujan nin dgn kopi o...wallahhh
ReplyDeletesalam kdzana...wah cuti sekolh meroti yer kak..canti tul kajadian roti ni... rongga2 nya...cecah air kopi nih...fuhhhh ingat2 lupa maunya liza kalu mkn...
ReplyDeleteAlamak kena tggl keteapi lagi hehehe mmg cun lah CCCSB nie..bila lah nk meroti hehehe
ReplyDelete